Thursday 11 February 2016

SI BULUS COMEL JAN 2016




Cakk!! ;p
Tetibe muncul lak entri terbaru dari tuan blog ni hihi ;p
Hmm sebenarnye haku dalam proses cube untuk rajin update blog kesayangan haku ni :)
Sabo je la kan haha ;0
Ok meh kita borak2 ;0


Tahun 2016 ni tetibe ade penghuni baru muncul dalam rumah haku :)
Pagi januari berapa haribulan haku dah lupa ;p ( tu la baru hari ni nak update blog kan ;p ) bukak2 pintu belakang area dapur tu tetibe haku nampak ada macam ibu kucing dalam baldi :)


Haku ni bukanla tak suke kucing tapi layan gitu2 je tak terfikir pun nak bela kucing atau haiwan2 lain
Tapi bila haku tengok dekat ibu kucing tu ade pulak 3 ekor anak kucing kecik2 rase macam laaa awat yang comey sangat ni anak2 kucing ni hehehehe ;0
Ibu kucing lak bile tengok lame2 macam jelita pulak hahahaha :)
Patutla anak2 kucing tu comel2 :)
So haku pun bincang dengan encik somi tentang nak bela kucing tu



Asalnya haku dengan encik somi hanya bagi makan je dekat ibu kucing tu
Tapi lame2 haku rase macam nak pulak beli sangkar kucing sebab haku tak nak la nanti  anak2 kucing tu bila dah pandai panjat n lari nanti jenuh pulak haku nak mengejarnye hihi ;p
So dengan tetibe lak haku menggoggle cari sangkar kucing dan ape3 yang berkaitan dengan kucing hahaha ;0


Seb haku ade kawan yang memang pencinta kucing ;0
So haku tanyela tips2 n ape2 je keperluan untuk kucing2 haku tu ;0
Pastu ade mase2 haku terfikir betul ke haku nak bela kucing ni? ;p


Bila haku upload gambar kucing dekat group whatsapp family anak2 buah haku pulak teruja nak datang tengok dorang pun tak sabar2 nak tengok anak2 kucing haku tu ;0
Ade yang nak ambil bela pun ade ;0



Ade sekali tu datang je rumah haku first sekali dorang sebut mane anak2 kucing tu atau terus sebut name anak2 kucing tu hahahaha ;p
Cet salam haku pun boleh lupe gara2 nak tengok anak2 kucing hahaha ;p



Anak2 kucing haku tu haku bagi name : Cikudut,Cikidit,Cikodot ;p
Mak dia lak name CekTeh pasal putih kan
Cikudut ni ade 3 warna : putih,oren,hitam Cikidit lak ada 2 warna : Putih dengan Perang n Cikodot lak warna : Putih Hitam :)
Paling banyak merengus Cikudut la garang betul hahaha ;p 


 tapi cikudut la paling comel ;0 rase macam nak picit2 je ;p



Masa ni masih dalam baldi sebelum haku dengan encik suami transfer ke dalam kotak :)

Dari bawah ke atas : Cikodot,Cikudut,Cikidit 

Welcome to our new family hihi ;p


Teruja lak nak cari sangkar dengan keperluan2 lain untuk kucing ;p


Tips untuk haku yang pertama kali nak membela kucing ni ;p




Jika anda menyayangi haiwan peliharaan dan sering mengajaknya bergurau, ternyata situasi tersebut boleh menstabilkan dan menurunkan tekanan darah anda.




Jika anda suka bersenam dan anda boleh membawa haiwan peliharaan anda bersama. Ia akan memberikan efek pada penurunan kadar kolesterol tubuh dan perkara ini juga akan memberikan tubuh anda kekuatan untuk mencegah penyakit datang.Situasi ini saling berkait dengan penurunan tekanan darah dan melonggarkan pembuluh darah sehingga darah dapat mengalir lancar.



Memiliki kucing, hamster atau haiwan peliharaan lain yang dapat mengisi hati anda dan membuatkan anda bukan sahaja tersenyum. Bahkan ketawa terbahak-bahak, jadi jagalah haiwan peliharaan anda itu  seumur hidup. Kehadiran haiwan peliharaan dalam hidup anda  adalah tiket untuk anda bebas daripada stress dan depresi. Ia akan mengeluarkan hormon endorphin dari otak yang akan membuat anda lebih berkeyakinan, berasa lebih bahagia dan berfikiran positif.




Jika anda berjaya menghindari daripada hipertensi dan kolesterol, menjadi penyumbang kecil kemungkinannya anda akan mengalami penyakit kardiovaskuler secara tiba-tiba. Kombinasi antara menurunkan stress, bebas daripada depresi dan penurunan tekanan darah mampu mencegah anda daripada risiko penyakit kardiovaskular.






Banyak yang mengatakan alergi disebabkan oleh bulu haiwan, sedangkan ia sebaliknya. Jika anda memperkenalkan anak anda sejak kecil ,bahkan saat mereka berusia kurang dari enam bulan, ia akan menguatkan anak-anak anda dari alergi. Kajian membuktikan bahwa anak yang hidup dengan haiwan peliharaan lebih kebal terhadap alergi, demam dan ekzema.


Binatang juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita. Kadang kala ketika kita sedih, ia juga akan bersedih. Sebagai contoh, kucing. Apabila kita bersedih, kucing akan datang kepada kita dan menggesel-gesel serta mengeluarkan bunyi seperti mahu memujuk kita. Mereka mempunyai hati untuk memahami dan menenangkan perasaan kita.



Islam dan agama lain mengajar penganutnya supaya kasih dan sayang kepada haiwan. Walaupun haiwan tidak punya akal, namun mereka masih mempunyai hati dan perasaan. Apabila kita memelihara haiwan peliharaan, secara tidak langsung, kita akan menyayangi mereka.





Mungkin anjing tidak sesuai untuk dipelihara oleh orang Islam. Namun, anjing yang dipelihara lebih cepat mengesan bunyi dan bau dari jauh. Contohnya, jika anjing terhidu asap kebakaran atau merasakan rumah tuan mereka dipecah masuk oleh perompak, anjing akan menyalak supaya semua orang tersedar. Begitu juga dengan kucing, mereka juga adalah pengawal yang baik!




Nanti haku upload lagi gambar2 anak2 kucing ye hehe ;p

Ok have a nice day ye korang2 kat luar sane tu ;p






Operasi nyahkutu tapi tak berjaya sebab kutu lari sangatla laju ;p
Kena beli ubat kutu kucing jugak nampaknya ;p






Anak2 kucing dah pandai main :)



Ewah tetibe lak haku bleh shopping keperluan kucing tahun ni ;p




















No comments: