Thursday 3 March 2016




;p

Pagi haku terbangun jam 5.10 pagi

Lepas buat ape yang patut terus masuk dapur

Fikir nak masak ape plak untuk breakfast pagi ni

Apekate buat kueyteow kungfu je sebab takkan nak masak makaroni lagi kot? ;p
So cepat2 kuarkan kueyteow sebungkus,lobak merah.baby sawi,tepung jagung

Daging burger ramly pun haku kuarkan

motip ade daging burger plak dalam kueyteow kungfu???

Well ape yang tekak rase nak makan masak je la tanpa banyak songeh ;p
Takkan kueyteow kungfu mesti skema je kene ikut resepi kan?

Pandai2la ikut selera bukan boleh gagal dalam exam plak kot?






Dah lembut kueyteow dan toskan so ketepikan jap

Pukul 3 biji telur suppose 4 biji atau lebihla kan sebab pakai 1 bungkus kueyteow tu

Lepas masak baru realize kueyteow sebungkus tu boleh bahagi kepada 4 sebab dapat portion kecik2 comel nanti

Tapi haku buat 2 portion so dia jadi besar sketla ;p
Tapi janji licin je makan pastu hihihi ;p
So lepas subuh baru teringat adelagi kaedah lagi bagus masak kueyteow kungfu ni

Tapi takpe boleh aplikasi untuk next time plak sebab dah masakkan ;p
Selalu dapat idea bernas semasa solat

Kadang teringat kadang lupa
Ilham atau syaitan nak kacau kan? ;p
Tapi canggih2 je cara penyelesaian yang tak terfikir di luar solat ;0
So terpaksa paksakan diri kembali fokus ha ha ha ha ;p






Eh kat mana tadi kita cerita? ;p
Melalut lak cerita bab lain hihihi ;p

Ok telur 3 biji tu pecahkan dalam mangkuk kacau2 bagi sebati
Macam nak buat telur dadar tu

Pastu masukkan serbuk lada sulah sket,garam sket,tepung jagung sket

 Bahagi kepada 2 mangkuk sebab nak buat untuk 2 pinggan kan

Kemudian masukkan 1 bahagian kueyteow yang dah tos tadi dalam 1 mangkuk masukkan dalam kuali yang dah letak minyak masak sket

Masak sampai agak2 kuning terbalikkan pastu biar masak jap dan angkat masukkan dalam pinggan

Dah siap untuk 1 lagi pinggan now teruskan kepada buat kuah dia lak





Ok kuah dia senang je tumis bawang putih tadi

Masukkan hirisan lobak merah kacau2 jap

Kemudian masukkan tepung jagung yang dah dilarut dengan air

Masukkan garam sket dan sos tiram sket

Kacau2 sampai nampak agak likat tuang je dalam pinggan2 tadi

Siap! ;0





Daging burger tadi hiris dadu pastu masak macam biasa goreng2 angkat

Sedap makan tabur2 atas  kueyteow kungfu pagi2 ;0
Tak lupa picit limau nipis atas kueyteow





K selamat mencuba korang ;0
Gambar takde tak sempat nak tangkap sebab lapar nak makan cepat2 punya2 pasal ha ha ha ;p
Lenkali haku masak haku tempek sini ok

K lah stop dulu nanti kita sambung borak 
Daaaaaaaaaaaaaaaaaa














































No comments: