Tuesday, 29 September 2020

MEKDI

 


Sebenarnya aku teringin makan 2 benda ja kat mekdi malam ni tapi aku tak faham kenapa lain pulak yang aku order haha mungkin kecewa 2 benda tu dah sold out pastu slide2 sendiri ja kat papan screen mekdi tu macam2 pulak menu yang ada terus main touch2 ja ewah 🤣 pastu encik suami cakap berapa dah tu syok touch2 ja kan sampai aku pun tak ingat apa yang aku touch tadi 🤣🤣🤣 bahaya sungguh


     Thai Milk Tea & Choc Sun RM3.76

 Aku nak mcflurry oreo sebenarnya dah sold out aku pilih menu baru atas ni hihi rasa? macam teh tarik tu la campur dengan coklat yang kita kerap makan tu 😄 sesekali oklah kalau selalu sendiri mau ingat aaaa 🤣



             Cheese Burger RM6.13

Aku dulu2 kan suka makan double cheese burger ni tapi malam ni aku tak touch yang double aku amek yang biasa jer 🤣 sudah2la double sejak dulu umur semakin remaja purba ni kenala jaga pemakanan kan supaya sihat & jelita selalu 🤣🤣🤣🤣 


RM10.19

Ayam goreng spicy ni encik suami yang pilih tapi aku share je pedas weh tapi pedas2 pun licin heran aku 🤣🤣🤣🤣

 Sekarang ni aku malas selfie2 bagai nak rak muka sendiri tapi sebab ada menu baru tepek pi la sekeping lebih eh? 🤣



                   FiletOFish RM7.55

Aku dah agak kalau encik suami yang ambikkan gambar faham kan 😃  



Nah setepek lagi lama tak selfie kan jadi belanja la gambar sendiri yang semakin remaja purba ni 😄


         Dah upload kan layankan je la 🤣


         Small Hot Teh Tarik RM3.63

                 Small Milo RM4.25 

Rilek2 je masa ni maklumla kehidupan ni apa yang kita tak suka itu yang kita kena hadapi sebab Allah S.W.T nak bagi pelangi lepas ribut taufan supaya kita jadi lebih kuat lebih menghargai segala2nya lebihlah 😃 aku sekarang dalam mode hibernasi bertahun2 tengah bersabar tengah perlahankan rentak di samping cekal hadapi semua benda mendatang sebelum aku speed semula lebih dari dulu2 Aamiin💪 

Saturday, 12 September 2020

SANTAI2 DI KHM STRAWBERRIES & JEM

 

Pada suatu pagi...

Encik Suami :'Syg jom gi ⛰CH'

Aku :'Jom...'

( dalam hati main2 ke pakcik ni 😃 ) 

Sampai 1 simpang aku pikir kalau encik suami belok ke kiri betul la naik ch tapi kalau belok ke kanan gi Aeon Mall hehe

Sekali encik suami belok ke kiri 😄

Apalagi wah biar betul encik suami nak naik ⛰CH ni 😅 yelah cuaca asyik 🌦hujan je kan tapi masa ni tak hujan lagi redup je hati aku pun macam antara nak berbelah bahagi nak seronok ke cuak hihi sebab agak lama tak naik sebab nanti aku akan naik cuti2 dengan geng TXCJ jugak 😃 jadinya layan je lah rasa gembira sepanjang perjalanan hari ni hihi 😄

Perjalanan naik dari Simpang Pulai hari Jumaat jam 12 tengahari berjalan lancar cuma bila nak masuk simpang belok ke Kg Raja yang ke arah CH tu dah banyak kereta tapi masih bergerak perlahan sebab rupanya yang melambatkan tu lori besar & panjang bergerak perlahan maklumla panjat bukit 😃 tapi pemandangan dan suhu sejuk sekitar tak mengecewakan jadinya layankan je la kikiki




Masa ni kami singgah solat di Masjid Kayangan Brinchang , hujan sekejap masa ni ramai je pengunjung tapi masing2 pun jaga S.O.P pastu air wuduk pun sejuk je terus segar mata dan2 hehe yelah masa layan jalan naik Cameron aku rasa mengantuk je 😄 maklumla suhu sejuk hehe


Banyak kali aku naik CH sebelum ni tak pernah lagi aku jejak KHM ni 😄 walaupun dalam kawasan Taman Sedia mungkin aku terlepas pandang 1 lorong mula2 naik ke atas kemudian belok kanan sebaliknya aku terus je lepas dari lorong tu kalau terus je memang jumpa Opah Farm , Abang Strawberry dan lain2 tu jadinya kali ni aku terjah pulak lorong ke atas tu 😍


Tadaa dah sampai pun 😄 punyala seronok jumpa KHM ni ekekeke 💕


Hijau je 🌲 pokok ni kan 😍 masa ni aku mengantuk je rasa yelah sebab suhu sejuk je memang mengundang 💤💤💤 hahaha




Set Strawberry Scone dengan Air Teh Strawberry ni harga RM17 pastu ada macam2 perisa teh boleh pilih masa order kat kaunter jadi aku tanya staff situ yang paling sedap perisa yang mana dah tentula dorang cakap perisa 🍓Strawberry 😃 tapi memang sedaplah layan masa suhu sejuk2 kan 👍 



 





Masa aku update gambar ni dekat fb sepupu aku tanya tak cuba ke 🍰🍰🍰kek velvet tu 😃 sebab sedap katanya tapi itulah aku ni bila banyak2 menu susah betul nak pilih boleh jadi stress ekekekeke takpe lain kali aku naik Cameron pasti aku order velvet ni pulak teringat kak ipar aku kat ganu kami pernah sama2 buat 🍰cupcake velvet ni sama2 pastu memang sedap pun 👍 



Aku tambah order 🍰kek Vanila Cheese ni RM6 tinggal 1 je rasa pun yummy sangat makan sket2 oklah kalau banyak2 muak jugakkan 🧀cheese2 ni tapi peminat cheese ok je la 


Kalau gembira tu memang nampak sangat kan 😄😄😄 maklumla sape je tak suka tempat2 sejuk ni kebas2 je muka hehehe


Encik suami tambah menu 🍝kuey Teow Banjir ni RM8 rasa sedap jugak 😘👍


Masa ni nak balik dah jam 4.36 petang solat 'asar jap kat Masjid dalam kawasan Taman Sedia ni aku sorang je pempuan masa ni solat situ 

Masa ni kat depan surau kayangan 

Berpayung2 encik abang ni ukir2 tembok tu nak cepat siap agaknya 😊 


Lata Kijang kami tak singgah sebab dah singgah dah sebelum2 ni jadi ambik gambar je lah masa melepasi tempat ni dekat2 hujung perjalanan hujan lebat turun pakej ada kilat Alhamdulillah kami dah nak sampai ke lebuhraya kalau masih di pergunungan aku pun seram hihihi 😄


Tamatlah perjalanan tak rancang kami ni

nampaklah tempat2 menarik yang kami akan jalan2 nanti sepanjang perjalanan turun dengan geng2 TXCJ coming soon 😍                   Alhamdulillah....💕⛰