Thursday 22 September 2011

KEK CEKMI TINGIN NAK BUAT ;P

Kek Pisang Coklat Chip

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" ) :
  • 250gm mentega/marjerin(boleh guna butter anchor)
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang-boleh tukar ke coklat chip dan kepingan badam yang telah di bakar dulu.

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul-betul kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat chip dan gaul sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan tabur lagi coklat chip dan kepingan badam dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lagi cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
*****************************

OREO CHEESE CAKE :




Bahan-bahan untuk dasar biskut :

2 cawan penuh biskut Oreo ( kalau suka tebal. Lebihkan lagi)
2 sudu besar butter
1/4 cawan brown sugar
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan untuk Cheese Cake :

2 bekas soft cheese jenama Philadelphia ( 300 gram setiap bekas)
1 cawan gula
1/3 cawan sour cream
3 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji jus lemon yang diperah
1 1/2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan (belah 4)

Hiasan (takda pun x apa) :

1 paket kecil milk chocolate
1/2 cawan whipped cream


Cara untuk membuat dasar kek :

1. Hancurkan biskut yang dah dikeluarkan krimnya. Kalau ada pengisar kering lagi senang. Cepat kerja. Nak kerja renyah pun ada. Masukkan biskut dalam plastik. Kemudian ketuk dengan lesung batu atau kayu pencanai. hehe.

2. Gaulkan dengan butter yang telah dicairkan. Masukkan brown sugar dan serbuk kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal. Kalau anda tambah kuantiti biskut. Makanya silalah tambah sedikit lagi kuantiti butter ya.

3. Kemudian tekan di atas loyang yang sudah dialas dengan kertas minyak.

4. Sejukkan di dalam peti ais sebentar. Kemudian bolehlah teruskan dengan kerja-kerja membuat adunan cheese.


Cara-caranya :

1. Dedahkan soft cheese Philadelphia pada suhu bilik untuk memudahkan kerja-kerja memukul. Sebaiknya satu jam atau dua sebelum kerja-kerja memasak dimulakan.

2. Pukul cheese dengan menggunakan mixer pada kelajuan sederhana selama 3-4 minit. Sehingga cheese benar-benar kembang.

Kalau takda mixer pun tak apa. Gunakan tangan yang Allah berikan untuk tujuan memukul. Memang susah sedikit. Pengalaman saya membuat cheese cake dengan menggunakan manual (baca:tangan). Masa yang diambil untuk memukul cream cheese sahaja ialah 20 minit ya kawan-kawan. Ada berani kah? ;)

3. Bila cheese dah kembang. Masukkan gula dan teruskan memutar selama 3-4 minit lagi. Bila nampak gula dah sebati denga cheese kira ok la.

4. Seterusnya masukkan sour cream dan terus memutar untuk jangka masa 3-4 minit lagi. Tak perlu putar lama-lama. Cukup sekadar bahan tu sebati. Lepas ni nak putar bahan lain lagi.

5. Kemudian, masukkan tepung, jus lemon dan esen vanilla. Teruskan kerja-kerja memutar lagi ye. Kali ni tak perlu lama. 1 atau 2 minit dah cukup.

6. Kaupkan bahagian tepi bahan yang kurang mendapat kasih sayang mixer.

7. Pecahkan telur sebiji. Putar selama 1 minit. Kemudian pecahkan sebiji lagi. Putar 1 minit. Pecahkan telur yang terakhir dan pukul lama sikit. 2-3 minit.

Untuk terakhir kali. Kaupkan semua bahan supaya sebati dan bersatu dengan yang lain. Bersihkan tepi-tepi mangkuk yang bersepah akibat dari percikan semasa memutar.

Keluarkan bekas yang mengandungi dasar kek. Patahkan biskut Oreo dengan menggunakan pisau untuk mendapatkan pecahan yang cantik. Tapikan, bila dah tenggelam dalam adunan. Tak nampak dah pun cantiknya. kehkehkeh.

Untuk membakar :


Gunakan kaedah water bath. Rujuk entry sebelum ini. Di sini.

Suhu yang saya gunakan ialah 150' C atau untuk gas pada tanda no 4 selama 45 minit. Sekiranya menggunakan dapur gas. Anda perlu tambah 10 minit sekiranya kek menampakkan tanda-tanda masih lembik sangat di tengah apabila digoyangkan.

Kemudian tutup api oven. Keluarkan aluminium foil. Kalau tak nanti kek lembab kat bawahnya.


Biarkan kek di dalam oven selama 2-3 jam sebelum dikeluarkan. Masa ni bila digoyangkan bekas akan nampak seolah kek belum masak sepenuhnya. Tak apa. nanti bila dah dibiarkan 2-3 jam lagi selepas api ditutup. Kek akan masak lagi dengan saki baki panas yang ada.


Selepas tu masukkan dalam peti ais. Nak bagi sejukkan dia sebelum dimakan. Paling kurang 4 jam.. Kalau buat malam. Esok pagi boleh makan dah. Kalau tak sabar. haha.


Pengalaman saya. 4 jam tu dah ok la. Kalau lama sangat nanti susah nak keluarkan. Dia dah melekat kat tepi loyang. Nanti tak cantik bila nak keluarkan.

Untuk hiasan :

Kalau tak nak letak ganache atau coklat cair pun tak apa. Terpulang.

Kaedah satu :

Pecahkan satu peket kecil milk chocolate kepada ketulan kecil. Cairkan menggunakan kaedah double boiled atau masukkan ke dalam microwave selama 20 saat. Keluarkan kacau. Kalau masih berketul, tambah lagi 10 saat. Jangan dicairkan terlalu lama. Nanti hangus coklat tu ye kawan-kawan.

Bila coklat dah cair. Masukkah whipped cream dan kacau sehingga sebati.

Kaedah dua :

Masukkan whipped cream dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

Tuang ke dalam mangkuk yang berisi coklat. Kacau sehingga coklat cair kesemuanya.

Tuangkan atas Oreo Cheese Cake yang sudah dikeluarkan dari loyang. Biarkan sejuk selama sejam.

Kemudian boleh di hidang.






Tadaaa...




Blueberry Cheese Cake

Bismillahirrahmanirrahim...



Bahan-bahan untuk membuat sebiji Blueberry Cheese Cake ialah...


1 bungkus Biskut Digestives atau biskut Marie... beli sebungkus tapi nak pakainya separuh sahaja. Dalam dua cawan penuh. hehe. Lain la kalau ada jual timbang kan. Kalau suka biskut lebih, boleh saja gunakan sebungkus. Takda sapa nak marah. Bibik ok je.



2 bekas soft cheese jenama Philadelphia yang setiap satu seberat 300 gram. Kalau tanya jenama lain saya tak tahu. Tu kena tanya chef lain. Tok guru saya ajar pakai jenama ni. Anak murid pun patuh je. Baik cikgu..!! Jadi korang nak jadi anak murid yang baik. Ikut ye cakap tok guru. Jangan pandai-pandai nak derhaka lagi. Nanti dah terer baru kita derhaka eh. Derhaka sama-sama. ;P


2 sudu besar butter tak payah membumbung. Biasa-biasa sahaja. Lebih nanti berminyak.


3 biji telur perlu dibasuh dan perlu dilap untuk bagi kering.


1 cawan gula. Tak perlu tambah lagi. Satu dah ngam-ngam elok manis.


2 sudu besar tepung. Tak perlu membumbung.


1 1/2 sudu kecil esen vanilla. Nak senang guna ja penutup esen. Jimat sudu. Tak perlu basuh.


1/4 sudu kecil almond extract.


1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!)
. Ini ayat tok guru. Saya copy paste. Ikut. Jangan derhaka.


Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik supaya kerja lebih cepat & efisyen.



Biskut dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian campurkan dengan butter. Cairkan butter dalam microwave lebih kurang 10 saat. Tak cukup. Tambah 5 saat lagi. Kemudian kepal-kepalkan. Agak-agak boleh kepal tu oklah. Kalau biskut masih berderai tambah sedikit butter. Saya rasa 2 sudu tu dah ngam-ngam boleh kepal. Melainkan kalau korang guna biskut lebih. Tu kena pandai-pandai adjust sikit ye.




Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. ( kertas minyak untuk memasak. Bukan yang untuk balut buku tu ye. Kang tak pasal-pasal ada yang beli kertas minyak warna coklat. Sila peringatkan suami anda. Kalau mereka yang beli barang. ) Dah siap tekan. Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna. Bungkus dengan plastik untuk mengelakkan bau makanan lain melekat pada biskut.




Gunakan spring form cake tin seperti di atas. Tujuannya... supaya kek mudah dikeluarkan apabila telah siap disejukkan.




Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim. Pastikan peralatan yang digunakan kering. Ini petua tok guru yang saya tengok sendiri dia buat. Semua alatan dilap biar kering sebelum digunakan.



Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan.


Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan 3 biji sekali pukul. Sebiji telur. Pukul. Kemudian masukkan lagi sebiji. Pukul. Sampai cukup tiga biji. Pukul bagi sebati. Anggaran dalam seminit setiap sebiji telur. Macam tu ye.. =)



Kemudian, masukkan vanilla & almond extract. Jangan lupa gunakan spatula untuk kaup bahagian tepi yang tak bercampur dengan sebati. Kemudian pukul lagi hingga sebati dan tak lagi berketul.



Taraaa... Inilah hasilnya.



Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Jangan pulak goncang sampai bergegar. Err.. dengan perkataan lain. Goyang macam kita duk ayak tepung. Perlahan je kan.

Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru.



Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan, at least satu malam (ok, ataupun 3-4 jam). Cheesecake yang tak sejuk tak sedap, percayalah.


Psstt.. gambar diatas bukanlah teknik waterbath yang betul. Itu kami pandai-pandai je mengubahsuai kaedah waterbath. Hehehh. Hasilnya memang CRACK. =D


Tips :

Selepas mencuba membakar dan melihat hasil ketiga-tiga biji cheese cake dalam masa 1 hari. Saya rasa suhu yang sesuai untuk membakar cheese cake ialah 145' atau 150' selama lebih kurang 55 minit dengan menggunakan teknik waterbath. Dengan suhu ini kek akan masak secara perlahan.

Kalau bakar terus alamatnya memang sah-sah akan crack. HuHu. Itulah yang nak dielakkan oleh setiap pembuat cheese cake. Dalam hati mesti crack jugak sikit kan. Biasalah, takkan nak tunjuk. Huahuaaa.








No comments: