Thursday, 12 July 2012

Nak Makan Cheese Cake :)

tetibe tekak teringin nak makan Cheese Cake ;0....tp takmo beli...nak buat sendiri hehehe ;p...gatal sungguh tp ye memang gatal sejak busy2 kat umah kan hahahaha....so jom kita tgk resepi yang boleh digunapakai nanti ;0....

 nyum2 :)


BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese
200 grm cream/whipping cream- 1 kotak kecil
100 grm gula castor - boleh tambah jika suka lebih manis
15 grm gelatin halal brand Nona
100 ml air suam
Blueberry filling

BASE :


200 grm biskut digestive atau biskut marie
100 grm butter dicairkan

Biskut digestive dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.

FILLING :

Putar 250gm cream cheese bersama gula castor hingga kembang. Setelah kembang, masukkan semua cream/whipping cream dan pukul hingga lembut & sebati. Ketepikan.

Bancuh gelatin + 100ml air suam . Masukkan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan sehingga cukup mesra.

Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk dan bila dah keras, keluarkan & hias dgn blueberry filling.


ok nanti dah cukup bahan dia cekmi nak try buat...resepi ni cekmi dpt kat blog  http://resepisedap-nennie.blogspot.com/2011/05/cheese-cake.html


macam sedap je so nak try la hehehe :)



4 comments:

Papa Mifz said...

salam kenal...

wah cheese kek...nak suh wife PM cubo buat la...:)

amy said...

salam kenal jugak :)

haa ce try buat sedap tu ;0...

mesti PM pun pandai buat ni :)

mamalieyna said...

hehe...nak buat tak reti la amy, mai antaq sini sket..=P

amy said...

insyaallah memang ada niat nak melawat has n family...ada rejeki kami bawak cheese cake na ;0....angpa pun leh buat la has..lagi terror dari kami ekekeke :)