Thursday 22 August 2013

PRE TRIP MELAKA



Adeh! ;p
tetibe dah book trip ke Melaka pulak hahaha
semalam baru je sembang2 kosong tak kosong dengan adik beradik haku
sekali pagi ni dah terus book hotel...kemainkan
maknanya apa tu???
confirmla kami trip ke Melaka hahahaha
tetibe je kan???



 BOOK BILIK 5 ORANG
RM190 utk 2D1N jek ^-^


nanti haku update sebab yelah tak gi Melaka lagi kan? hehehe
so meh haku review sket tempat2 menarik kat Melaka sinun...^-^
YIPPIE!!!!!! lame sudah tak berjalan2 ni...
heeeee ^-^


Jom tgk google tentang tempat2 menarik sekitar Melaka...Love Melaka ^-^
*tetibe hik!


 MASJID SELAT MELAKA


KOTA A FAMOSA


KINCIR


REPLIKA KAPAL


DATARAN PAHLAWAN


EYE OF MELAKA


MELAKA RIVER CRUISE


Pemandangan tepi2 MELAKA RIVER CRUISE


AIR PANCUT BERIRAMA



MENARA TAMING SARI


PAHLAWAN WALK


DUCK TOUR...DARI DARAT TERUS MASUK LAUT HEHEHE ^-^




simple je lunch hari ni ^-^



hari ni..ni la keje2 haku kan sevey2 lagi pasal Melaka ^-^
lepas je sidai kain baju n masak2..awal tu haku masuk mesin n masak hehe senang hati sket nak sevey2 ni...^-^
i kan busy ekekeke ;p
hari tu time haku gi Melaka kenduri kawan baik haku tu memang haku rasa haku kene dtg lagi Melaka...
ni pun haku rasa kene dtg lagi lepas ni heeee ewah ah...
memang terbaik la Ketua Menteri Melaka tu
ni yang haku dgr nak buat tram lak mcm kat oversea tu...
tabik tol!!!...
confirm makin ramai pelancong ke Melaka kan ^-^
boleh lihat pelbagai budaya kat sana
kata Bandar Bersejarah kan....









Malam ni K.ipar haku gi oversea seminggu
harap abg haku n anak2 ok je la kan
baru cabaran tu jadi Mr Papa ^-^
cayok2 ;0....




Pegi Melaka confirm orang akan cari Asam Pedas kan...
memang pun sebab haku pernah rasa asam pedas paling sedap
tp bukan kat Melaka la
kat mana ntah dah lama haku makan Asam pedas tu...
lepas makan still terbau2 kat tgn
adakah yg buat tu asal org Melaka? ^-^
tp tu la tak pernah cuba Asam Pedas kat Melaka lagik 
memang kena cuba sebab ramai cakap asam pedas kat Melaka lagi power
so td haku sevey2 resepi
tp tak buat lagi la
nak try tgk sebab cara mcm ni tak pernah haku buat lagi
jom sama2 kita try ^-^



RESEPI ASAM PEDAS MELAKA
sumber : lina pg
Bahan-bahan
4 keping ikan pari

Bahan kisar:-

  • 3 biji bawang merah
  • 10 biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis (serbuk)
  • 1 sudu teh jintan putih (serbuk)
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-

  •  1/2 bawang besar-hiris
  • 1 sk halba
  •  1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bahan bawang besar, daun kari, halba,biji sawi hingga wangi dan bawang besar sedikit layu.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis lagi biar pecah minyak.
  3. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  4. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.




No comments: