Wednesday 28 August 2013

PUASA KE 6 BULAN SYAWAL




Jom tengok...baru tahu ni :)


ini rupanya kegunaan liang2 sendi kat tangan kita
ALLAH MAHA BESAR ^-^

Alhamdulillah.....:)


Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.




hari ni last haku puasa 6 bulan Syawal...Alhamdulillah berjaya jugak berpuasa 6 kan ^-^...esok dah boleh raya..nak masak sedap2 la hihihi...sedap tekak haku je la tekak yang lain? eh haku yg masakkan so jgn byk songeh ekekeke ;p



then hmm esok rasenye nak tgk baju2 yang nak dipakai utk trip yang haku cite tu..alah trip kejap je kan so bawak lebih kurang jek...




so hari ni menu berbuka rase mcm nak buat Bubur Nasi dengan Ayam Bakar Sos Lada Hitam...tp tgkla camne jap gi ^-^



so menu tambahan masak maggie dgn kukus donut yang lebih goreng semalam...masih ada balance donut bolehla bawak as breakfast time trip nanti ^-^

No comments: