Wednesday, 31 December 2014

WELCOME 2015 YANG AMAN HARMONI :)




WELCOME 2015


HAKU HARAP TAHUN 2015 BAKAL MENJELANG NI NEGARA2 ISLAM AMNYA DAN NEGARA MALAYSIA KHUSUSNYA AKAN AMAN DAMAI HARMONI SENTIASA,AMIN


SEMOGA TAHUN 2015 DAN TAHUN2 SETERUSNYA NEGARA AKAN LEBIH MAJU DAN BERINTEGRITI DENGAN PENDUDUK MALAYSIA YANG BIJAKSANA SEMUANYA :)


SEMOGA SEMUA UMAT ISLAM JUGA BERSATU PADU DAN MENGHAYATI AL QURAN DAN HADIS DAN KEMBALI KE JALAN YANG BENAR DAN LURUS
PERGANTUNGGAN SEMUA KEPADA ALLAH S.W.T SEMATA MATA 
AMIN :)

FIKIR DENGAN RASIONAL SEBELUM MEMBUAT PERKARA2 YANG BOLEH MENDATANGKAN KEMUDARATAN KEPADA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA


SATU BERITA YANG KITA SENDIRI TAK PASTI KEBENARANNYA DAN KITA SENDIRI TIDAK TAHU KEPASTIANNYA JANGAN DISEBARKAN SEWENANG2NYA SEBELUM KESAHIHANNYA TERBUKTI SUPAYA KITA TIDAK MEMUDARATKAN PIHAK YANG TIDAK BERSALAH AKIBAT DARI BERITA YANG KITA SENDIRI TAK TAHU KEBENARANNYA


KITA ADALAH RAKYAT MALAYSIA YANG BERWIBAWA DAN BIJAKSANA JUGA UMAT ISLAM YANG BERAKAL WARAS BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH MESTI MEMBAWA NILAI2 YANG POSITIF DAN BER'ILMU SUPAYA UMAT ISLAM AKAN TERUS CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG DI MASA2 HADAPAN AMIN YA ROBBAL'ALAMIN :)


SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2015 DENGAN LEBIH POSITIF LEBIH BERAKAL DAN LEBIH BER'ILMU :)

FIKIR2KAN DAN SELAMAT BER'AMAL :)










INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI'UN PENUMPANG2 QZ8501




Sedih
Memang mengalir air mata haku setiap kali dengar & tengok berita tentang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 kat tv kat berita2 lain jugak
Sebelum ni pun kita bersedih jugak dengan apa yang berlaku kat pesawat kita MH370 & MH17 yang sampai sekarang belum selesai2 lagi
Tapi haku harap keluarga2 yang terlibat bertabah dengan apa yang berlaku
Haku terasa sedikit sebanyak dan cuba faham situasi yang berlaku dalam pesawat semasa cuaca tak baik kat atas awan tu
Memang time cuaca tak baik apa yang kita mampu hanyalah berzikir dalam hati dan berdoa supaya pesawat selamat mendarat
Harap semua jenazah dapat ditemui segera Amin.





Bagi mangsa2 banjir haku juga berharap mereka bertabah dengan ujian dan dugaan yang haku pasti mereka pasti dapat hadapinya sebab Allah S.W.T takkan menduga kepada mereka yang tak mampu hadapinya
Semoga keadaan kembali pulih seperti biasa Amin.
 Sama2 kita ambil iktibar dengan apa yang berlaku sepanjang tahun sebelum2 ni sebelum kita melangkah ke tahun baru tahun 2015 esok agar kita sentiasa belajar menjadi yang lebih baik dan sentiasa berada di jalan2 kebenaran dan lurus Amin.

 Esok  dah masuk tahun baru 2015
Nak berazam sebenarnya haku bukan jenis setiap tahun je mesti ada azam baru
Kalau boleh setiap saat haku akan berazam :)
Senang cerita terjadi sendiri je tak yah pening2 kumpul azam hehehe :)
Azam jadi lebih baik dari sehari ke sehari
tu pun dah mewakili apa yang bakal haku lakukan dalam hidup untuk masa2 depan :)
Senang cerita azam adalah apa yang kita sendiri tahu nak lakukan supaya kita lebih baik dari sehari ke sehari
Apepun semoga kita semua berjaya dari sehari ke sehari setiap tahun baru yang tiba :)
Amin :)































Tuesday, 30 December 2014

cik tiiiiiiiiiiiiii........takutnya!



Aiseh!
Seminggu dua ni haku dengan encik somi perasan macam ada cik ti je dalam rumah ni ngeeee :P
Laju plak tu lari sekilas lalu susup sasap dia masuk bawah sofa,dekat dapur,dekat stor,dekat blkg radio (time kat sini haku imagine mungkin cicak kot sebab haku malas nak memikir aiyak!) adoiiii serem tol! :P
Nanti memang kena gi cari perangkap cik ti dengan gam pelekat kot tengok menjadik ke tak nak perangkap cik ti tu adeh!
Pagi tadi haku perasan macam ada lubang terbukak kat bawah sinki dapur tu sebab sebelum2 ni memang tertutup je tapi pagi tadi terbuka luas padahal haku dah sendal sebelah dengan lesung batu huwaaa terus amek 1 lagi lesung batu tutup rapat2 atas tu nanti tengok terbukak lagi ke tak seram betol!
Ni tadi tu haku just cakap2 je kat cik ti tu keluarla dari rumah haku ni kalau nak buat rumah gi lah buat kat luar rumah tu sebab ada petua suh cakap macam tu ntahla cube je kan mana tahu dia faham heeee ;p
Yelah kena hati2 la kan kalau bab cik ti ni sebab takut bawak penyakit lak kang na'uzubillah
Tapi rasenye ada sekor je kot ntahla harap2 la kan takpe2 nanti kena gi beli perangkap lah..
Semalam lagi lah haku tengah mengadap cermin tup2 dengar bunyik dalam pintu yang nak tercabut tu sekali ada dalam tu rupenye so dek takut haku sumbatla sapu tangan tak bagi lari sekali haku dengar dia macam tarik2 kulit kayu nak keluar ewah bila haku gi tengok sekali sapu tangan tu dah jatuh kat lantai pastu beliau ntah ke mana ngeeee bijak pulak beliau kan aiyak!! ;p


lagi 1 sekarang ni haku dah pening bila fikir bab masak memasak ni ha ha ha ;p
Memangla salah satu hobi haku suka memasak tapi agak stress bila mood tak rajin singgah sebab tahap kemalasan dia punya la lagi teruk dari beruang kot hahahahaha ;p
 So kate tahun 2015 bakal menjelang tak lama lagi kan? :) apelagik macam2 azam la timbul dalam kepala haku ni ;p
Salah satunya dalam bab memasak ni ;p
Azam nak tak nak mesti! haa mesti buat senarai menu masakan untuk sarapan pagi dan jugak untuk lunch/dinner tiap2 hari ;p
So berusahalah haku menggoggle sekarang ni mencari resepi2 yang nak dimasak setiap hari tu ;p
Senarai menu untuk sebulan! ;p
So setiap minggu mesti gi pasar/pasaraya beli bahan2 yang nak dimasak untuk minggu seterusnya tu kihkihkih ;p
Semangat koooo ;p
Harap setiap hari haku pada tahun2 yang akan datang adalah lebih baik dari sehari ke sehari kan :)
Aura 2015 nampaknya sudah tibaaaaaa :)
Mesti lebih positifffffffff dan abaikan negatiffffff  :)
Eh ade ke negatif???
Rasenye negatif tu sedikit sebanyak datang dari persekitaran je dari indoor semua positif je hihihi :)
So mesti cari persekitaran yang positif supaya hari2 mendatang kita happy selalu di samping menu2 yang dapat menghappykan kami laki binik kihkihkih ;p
Oh ya sekarang ni mesti bangun seawalnya supaya tak kelam kabut nak prepare atau masak
Tapi jam berapa tu nak bangun? hmm nak bangun awal2 kenala tido awal tapi haku ni jenis tido tak pernahnye nak awal 
ke boleh je tak tido awal tapi bangun awal heeeee ;p
Ok lah akan ku cuba walaupun nanges je nak kene bangun n masak awal2 hahahahahahahaahah ;p
Kata azam baru kot ;p


Banyak lagi azam haku sebenarnye tapi yang berada di ranking tertinggi bab masak memasak ni la ;p



Senarai menu untuk sebulan sudah hampir siap yahuuuuu :)
Bahagia je kan bila cakap bab makan2 ni? ;p
Psyco! hihihihihi ;p
































 


















Sunday, 28 December 2014

YUMMEH! :)




Semalam kan haku cakap haku masak kek coklat moist tu 
So agak2 sedap tak??? heeee ;p
Meh haku gitau rasenye...
Rasenye memang sedaplah leh la layan makan kan :)
Tapi haku kalau tak menambah memang tak sah la kan
Boleh je lepas haku topping kek tu haku tabur2 plak cheese cheddar grated tu
Boleh jeeeeeee sebab tekak haku layan je makan kan gitu ;p
Nak resepi tak?
K sebab haku rajin nak menaip resepi haa hamek ni resepi yang cukup mudah simple cepat dimasak dan sedap dimakan ni ;p
Sebab haku suka masak yang mudah2 je walaupun haku tahu kalau sambung master dan seterusnya ia bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang diangankan gitewwwww tetibe masuk bab sambung belajar plak hahahaha memang psyco betul ;p
K meh haku kongsi cara masak kek coklat yang sedap kat tekak haku la kan tekak korang harap2 samela dengan tekak haku walaupun 1% je same pun ;p

Resepi Kek Coklat Superb Layan :)

 BAHAN A :

1 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/3 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN GULA PASIR
1 SUDU KECIL BAKING SODA
1 SUDU KECIL GARAM

*** semua atas ni masuk dalam bekas kacau2 rata pastu ketepikan jap meh sambung ke bahagian b lak pakai bekas lain plak :)

BAHAN B :

1/3 MINYAK
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
1 CAWAN AIR

*** semua bahan b ni kacau2 rata pastuka satukan bahan a dengan bahan b dalam 1 bekas kacau la semuanya bagi sebati :) pastu tuang dalam bekas pembakar tu masak dalam oven 180 darjah celcius selama 35 minit
dah masak ketepikan jap meh kita buat topping dia lak :)


BAHAN TOPPING :

1/2 CAWAN GULA PASIR
1/2 CAWAN SERBUK KOKO
2 SUDU BESAR MYK
1/3 CAWAN SUSU SEGAR

*** bahan topping ni masak atas api kacau2 sampai agak likat sket nanti leh tuang atas kek coklat tu pastu tabur2 la grated cheese :)

SELAMAT MENCUBA CAYOK2 :)



p/s : pesawat airasia dari surabaya ke singapura pulak hilang dari radar?
ish memang kena siasat hingga ke akar umbi ni kenapa.
mh370 dengan mh17 pun tak selesai lagi makin menjadi2 pulak skrg ni
harus siasat!











































Saturday, 27 December 2014

WHAT A SUPRISE! :)




Hari ni haku borak2 dengan sahabat baik haku Cik Farah :)
What a suprise sahabat haku ni gitau dapat sambung master! terus haku pulak yang rasa sangat seronok & teruja! :)

Memang impian kami sama2 sejak dari dulu lagi nak sambung belajar sampai peringkat yang lebih tinggi :)

Syukur sangat2 dengan berita gembira ni :) bolehla jadi tempat rujukan haku sekiranya haku jugak ada rezeki sambung belajar nanti kan? :)

Sepatutnya haku sama2 dengan sahabat haku ke 1 karnival ni yang anjurkan program sambung master tapi dek kerana fokus nak pindah so tak dapat la pegi tapi haku tak kisah sebab register master dibukak sepanjang tahun kan tinggal lagi kena ada semangat juang yang tinggi nak tempuh tempoh belajar tu nanti :)

Paling tak tahan dah mula berangan tu nak sambung PHD kat oversea
eh berangan memang tak payah bayar kan? ;p

Mesti best je kalau dapat sama2 sambung belajar ke oversea dengan sahabat baik sendiri kan? :)
Baru la semangat sentiasa berkobar2  :)
Sahabat haku kata kalau gi oversea boleh je bawak family hmm k fine jom kita berangan sebab bila berangan best2 hati pun gembira so smile always even sebenarnye kita masih berada di tempat duduk dan rupenye masih menaip blog ni hehehe ;p tapi realitinya jiwa dah sampai setinggi langit seluas cakerawala ewah! heeeee ;p

K nak lebih best mari la kita baca blog2 orang yang sambung belajar supaya dapat jadi motivasi kita nak sambung seperti mereka yang dah berjaya atau sedang meniti kejayaan tu :)

So korang2 yang baca ni mesti sedikit sebanyak ada rasa nak sambung belajar kan?
So jom la kita sama2 merealisasikan impian kita supaya kita jugak sama2 berjaya mana tahu tetiba ter 1 course ter 1 class plak kan? ewah :)

Haku mungkin lambat sket nak sambung sebab banyak hal yang haku kena fikir tapi semangat tu tak pernah padam :)
Doakan haku berjaya dan haku jugak doakan korang2 jugak yang nak sambung belajar berjaya!
Tak salah kita saling mendoakan kan? :)
Semoga sama2 dapat mencapai kejayaan tertinggi amin...:)


K nak cari cerita2 motivasi sambung belajar jap heeeee sebenarnye tgh baca la ni hik! ;p
daaaaaaaa nanti kita borak lagi k.







Malam pulak tengah tengok2 blog masakan dengan blog2 tak masakan tu :) tetibe terbaca 1 blog tentang kek coklat moist :) wah teruja je ni sebab bahan2 ade je tu lagipun ringkas je resepi dia :) telur pun tak pakai haaa mari kita terus buat n rase sedap ke tak :) kalau sedap haku share kat sini tau kalau tak share tu makanya boleh cuba resepi kek coklat moist yang lain pulak nanti :) k nak gi settle kek coklat moist jap kat dapur tu,kek tgh membakar dalam oven tinggal nak siap toppingnya jap :) daaa tetibe perut berbunyik ;p dahla ujan kat luar tu :) harap hujan rahmat yang turunkan amin.


*credit to google :)















Friday, 26 December 2014

TAHUN 2015 BAKAL MENJELANG






Eh dah tak lama lagi je lagi tahun 2015 kan? Termenung jap sebab rase sekejap je baru tahun 2014 dah nak masuk tahun 2015 dah :)



Tu la sekarang ni banjir sana sini kan? Banjir bukan ala2 tapi kaw2 punyelah,haku yang baca & tengok berita pun macam percaya tak percaya je bila tengok paras ketinggian banjir tu,ade yang tenggelam habis stesyen minyak nampak bumbung je,tinggi tak tinggi air banjir tu takutnya,pastu ada yang dah duduk tingkat 3 bangunan kene naik tingkat 4 sebab air makin naik,eh tinggi tak tinggi tu air banjir naik Ya ALLAH bantulah mereka yang sedang diuji harap mereka bersabar dan bertawakal di samping berusaha buat ape yang patut supaya semua dugaan ni berakhir Amin..jom kita sama2 berdoa padaNya.



Kat area umah haku pun tengah hujan tapi hujan sekejap2 tapi berterusan jugak so tak bukak kipas pun nyaman je umah haku ni terus teringat masa gi cameron & fraser hill dulu mana ada kipas @ aircond kat situ kan? :) ni pun dah ala2 tanah tinggi je sebab keliling umah haku banjaran gunung & bukit bukau so haku rasa ni mesti kabus turun terus selimut area kawasan umah haku ni ( selimut ko ;p ) sebab tu agaknya sejuk je sekarang ni :) harap2 nyaman je selalu tapi kalau hujan terus turun harap hujan rahmat la kan :) Amin.



So apa azam baru korang? Asal tahun baru je kene ade azam? Padahal sepatutnya setiap saat kena azam la kan? K haku ni sebenarnya takla beria nak berazam bagai sebab haku jenis flow je :) redah je apepun so takla stress kalau tak tercapai azam tu hihihihi ;p tapi haku rasa yang paling penting sekarang ni tahun 2015 harap jadi tahun penjimatan dan tahun **** he he he :). Ape tu ****? Biar haku sorg je tahu :) ,Yelah sekarang ni zaman harga mencekik je haku rase,rase tak puas kalau makan kat luar tapi baik masak kat umah je lagi puas hati ;p,tu dari segi makan,dari segi perubahan diri? Boleh tak nak ikut cara makan orang2 jepun? Kurangkan minyak lebihkan kukus atau bakar je? Hmm akan ku coba ;p.



Tapi peel haku ni suka bersantai lepak makan kat luar dengan encik somi caner tu? ;p so bolehla haku bahagikan 50 makan kat umah 50 lagi makan kat luar he he he ;p so fair n square bak kata orang2an ;p



Pastu ape lagi eh azam haku? Azam haku nak maju tapi maju ape? Maju je lah dalam ape2 keje yang haku buat even keje tu tak dinamakan keje hihihihi ;p hah 1 lagi dek kerana situasi haku sekarang dalam mood hibernasi sebab suhu sejuk je makanya hari2 haku layan je dengan suhu persekitaran so nak ade idea wat keje macam slow je pulak skrg ni tapi yang pasti haku memang kuat makan tu haku pasti hahahahahaha ;p

K lah nanti borak lagi sebab errrr tak bersebab pun ;p! Hehe daaaaaaa


Malam pulak keluar nak beli barang2 masak sekali terus singgah kat Restoran KMM Western Food macam biasa haku order nasi goreng ikan masin dengan telur mata tapi dapat sup yang sedap :) air lak macam biasa order teh tarik encik somi order nasi goreng usa dengan air suam heeee :)