Wednesday 31 December 2014

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI'UN PENUMPANG2 QZ8501




Sedih
Memang mengalir air mata haku setiap kali dengar & tengok berita tentang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 kat tv kat berita2 lain jugak
Sebelum ni pun kita bersedih jugak dengan apa yang berlaku kat pesawat kita MH370 & MH17 yang sampai sekarang belum selesai2 lagi
Tapi haku harap keluarga2 yang terlibat bertabah dengan apa yang berlaku
Haku terasa sedikit sebanyak dan cuba faham situasi yang berlaku dalam pesawat semasa cuaca tak baik kat atas awan tu
Memang time cuaca tak baik apa yang kita mampu hanyalah berzikir dalam hati dan berdoa supaya pesawat selamat mendarat
Harap semua jenazah dapat ditemui segera Amin.





Bagi mangsa2 banjir haku juga berharap mereka bertabah dengan ujian dan dugaan yang haku pasti mereka pasti dapat hadapinya sebab Allah S.W.T takkan menduga kepada mereka yang tak mampu hadapinya
Semoga keadaan kembali pulih seperti biasa Amin.
 Sama2 kita ambil iktibar dengan apa yang berlaku sepanjang tahun sebelum2 ni sebelum kita melangkah ke tahun baru tahun 2015 esok agar kita sentiasa belajar menjadi yang lebih baik dan sentiasa berada di jalan2 kebenaran dan lurus Amin.

 Esok  dah masuk tahun baru 2015
Nak berazam sebenarnya haku bukan jenis setiap tahun je mesti ada azam baru
Kalau boleh setiap saat haku akan berazam :)
Senang cerita terjadi sendiri je tak yah pening2 kumpul azam hehehe :)
Azam jadi lebih baik dari sehari ke sehari
tu pun dah mewakili apa yang bakal haku lakukan dalam hidup untuk masa2 depan :)
Senang cerita azam adalah apa yang kita sendiri tahu nak lakukan supaya kita lebih baik dari sehari ke sehari
Apepun semoga kita semua berjaya dari sehari ke sehari setiap tahun baru yang tiba :)
Amin :)































No comments: