Friday 17 January 2014

Erkkk ;p



Seramai 2.6 juta orang rakyat negara ini dikesan menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ekoran amalan gaya hidup tidak sihat dan pengambilan makanan secara berlebihan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah itu tidak termasuk anggaran lebih dua juta rakyat yang tidak mengetahui mereka menghidap penyakit tersebut kerana enggan membuat pemeriksaan kesihatan.

Ini bermakna secara keseluruhan sebanyak 4.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes dan jumlah tersebut hampir menyamai populasi penduduk Selangor berjumlah 5.46 juta orang. - KOSMO


 
erkkk...;p ye bila baca berita pagi ni mengenai hal ni memang tersedar kejap ;p..Malaysia memang mewah dengan makanan..sana sini kedai makan tak payah cakap memang berlambak2 macam cendawan tumbuh lepas hujan kan :) kalau balik lewat pagi pun memang boleh nampak ramai jek manusia lepak2 kat kedai makan..tak kira lagi yang beroperasi 24 jam...hmm tapi kalau diri sendiri pandai mengawal rasenye dapat dielakkan kan? tapi itulah dah macam trend rakyat Malaysia suka makan2 ni termasukla haku pun ;p..
kalau ikutkan makan malam yang paling ideal sebelum maghrib lepas tu memang dilarang ambil makanan berat2...sebab yelahkan ia berkaitan dengan mekanisme dalam badan kita...apa yang berlaku dalam badan kita sekian2 waktu...proses segala semua tu..tapi kalau berlawanan itu yang menimbulkan macam2 masalah...tapi itulah bukan tak tahu tapi tak peka ;p....so nampaknya memang kena ubah gaya pemakanan la kan...prevention is better than cure kan...so pandai2la kita manage gaya pemakanan kita supaya sihat senantiasa :).

 hihihihihi ;p


hari ni cuti kan tapi dorang keje jugak aishhhh so nak masak pe hari ni??? dalam kepala ni dah terngiang2 suruh buat ikan bakar jek...hmmm ok fine mari buat ikan bakar jap gi tapi versi ape tak dapat difikirkan lagi sebab masih pagi kan :)..dahla cuaca mendung2 je ni..nak ujan ke?? hmm k nanti sambung coz ade keje sket daaaaaa :)


 Breakfast pagi ni haaaaa kann???? terus insaf jap ;p




encik somi balik tadi bawak balik kek secret recipe :)...amboi awal opis dia wat kek jamuan birthday staff bulan 1 kan...tapi ok la tu sedapla bagi haku yang terhingin nak makan kek S.R tu :)...haku terus tanye hadiah manenye?? rupenye wat makan2 kek je la ;p...no hadiah...abeh haku still blur lagi nak bagi hadiah ape :)...takpe ade mase lagi nak memikio ni :)...nak wat apepun tak tahu lagi ngeeee ;p i have no idea laaaa rite now ;0..

sedap kek ni :) tapi tak habis simpan dalam peti ais je la sok leh sambung makan :)





makan malam ni je :) licin kot haku makan sekor je lain2 dorang habisan :)





No comments: