Tuesday 14 January 2014

MAULIDUR RASUL




Alhamdulillah hari ni hari kebesaran Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W...seluruh negara2 islam menyambut hari kebesaran hari ni..seorang yang sangat Mulia pemberi syafaat pada kita di hari di mana manusia sangat2 memerlukan pertolongan dan syafaat dari Nabi Muhammad S.A.W..jom kita selalu berselawat pada baginda dan mengikut apa yang telah diajarkannya kepada kita dgn berpegang pada Al Quran dan Sunnahnya....




Tadi haku tengok ceramah dari Ustaz Kazim Elias...best ceramah beliau...beliau menerangkan mengapa kita perlu menolak niat orang2 bukan islam mahu menggunakan kalimah Allah dalam ajaran mereka sebab Allah itu kan Esa..tidak beranak dan tidak diperanakkan..Allah bagi mereka adalah sebaliknya..jadi kita mesti pertahankan Allah Tuhan Yang Esa...Nabi Muhammad S.A.W diturunkan adalah untuk menerangkan kepada umat manusia bahawa Allah itu ESA....dan memberi ajaran2 berdasarkan wahyu dari Allah S.W.T kepada rasul kita...dengan itu kita mesti selalu berdoa pada ALLAH S.W.T supaya kita selalu diberi pertolongan dan perlindungan dari niat orang2 yang tidak suka kepada kebenaran...ALLAH Maha Mengetahui niat2 di dalam hati manusia..dengan itu kita mesti selalu berdoa memohon pertolongan dan perlindungan dariNya Amin3....




hari ni haku cuti so tak larat sangat nak wat ape2 so just menghayati ceramah2 kat tv je lah...k nanti sambung cite :) Salam Maulidur Rasul pada semua :)


No comments: