Wednesday 17 June 2015

Persediaanku sambut RAMADAN :)





hai cane korang nak sambut puasa ramadan esok ni? :)
seronok tak? :)


kalau tanye ape perasaan haku sekarang ni mestila seronok
teruja tu lain macam sket
macam nak sambut 1 perayaan besar2an lak :)
dup dap dup dap ewah gitu ;0


haku rase haku dah bgtahu semalam kot ramadan tahun ni haku nak buat kelainan sket :)
kelainan caner la tu kan? :)


ok meh haku senaraikan ape yang haku terfikir nak buat dalam bulan ramadan tahun ni :)


nanti kalau ada yang haku nak buat haku taip kat sini je :)
so antara yang haku nak buat :
 

1. teraweh 1 hari 1 masjid so kalau 30 hari teraweh 30 masjid ewah gitu :)
so haku nak google le kejap surau atau masjid sekitar2 kawasan umah haku ni :)


* selebriti fara fauzana pun nak buat camni terus haku macam 'eh ingat haku je terfikir camni heeeee :)'



2. Baca AL Quran dengan encik somi setiap malam habiskan 30 juzuk kalau boleh :)



3.keluarkan pinggan mangkuk baru cuci bersih2 nanti nak pakai khas sepanjang ramadan hehe :)


*so bolehla ambik aura nak masak sedap2 hahaha ;0 sedap tekak haku la ;p



4. gi teraweh pakai pakaian baru bukan pakai baju tido hahaha :) macam haku pakai jubah encik somi pakai baju melayu :)


5. time sahur minum air buah


*so haku ingat nak beli buah2an pastu blend siap2 malam tu so esok sahurnya bolehla minum segar2 :)



6. encik somi time puasa balik awal waaaahhh ni yang best ni hehe so niat tu bolehla keluar jalan2 cuci mata cari pokok2 bunga baru :)


*minat nak tanam macam2 jenis bunga depan laman umah makin mekar sekarang ni :)



7. pastu nak usha bazar ramadan sesekali kalau kehabisan idea nak masak untuk berbuka hehe :)



 rasenye itu dulu ape yang haku nak buat sepanjang ramadan ni :)
selain dari tambah amalan2 sunat yang lain :)
nanti kalau ade haku terfikir lagi haku taip kat sini je la k :)
mana yang baik bolehla ikut ye hehehe :)


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ye korang2 :)
jangan tak puasa pulak.........berdosa!
wassalam 
dari haku yang eksited hehehehe :)


 malam ni plan haku lepas balik teraweh nak ajak encik somi gi kedai beli pelapik meja yang plain tu pastu balik umah terus masak puding kastard jagung untuk bukak puasa esoknya :)

* kot nak hantar jiran idakle malu sebab tawar heeee ;p

pastu nak mesin cili kering siap2 senang nak masak pagi2 kalau rajin hehe


tepat jam 7 ptg siap sudah menu berbuka utk esok haha
semangat betul ;p
puding kastard berjagung ni haku tambah nestum peket 1
bertambah2la sedap



ni resepi dia :

1 cwn tpg kastard
1/2 cwn gula
1 tin jgg manis
1 sk garam
pewarna kuning sket
1 tin susu pekat manis <--- haku tak letak sebab haku kan kurang makan manis sket ;p
1 tin air <--- ni leh agak2
1 cwn santan <--- haku tak letak
1 sudu tpg jgg <--- ni nak bg kilat
haku letak 1 peket nestum instant tu saje ;p



Selamat mencuba :) ok jom siap2 gi teraweh,haku gi time nak solat isyak 
daaaaa :)

solat di Surau I.T.B




Alhamdulillah
teraweh pertama selesai dilaksanakan di 'surau' berdekatan rumah
hmm bukan surau tapi lebih macam kelas sebab surau asal terbakar dan masih dalam perancangan pembinaan semula

tapi alhamdulillah ajk surau dah menyediakan tempat terbaik agar jemaah dapat solat dengan selesa
imam malam ni imam muda dari kuala kangsar
kebanyakkan jemaah warga emas jadi imam baca surah al baqarah tapi tak panjang
yelah hormat orang2 yang sudah tua kan
baca pendek2 je tapi lancar dan sedap di dengar
lepas solat teraweh 8 rakaat 3 witir jemaah lelaki bertadarus al quran
jemaah wanita pagi esok start bertadarus


baca Al Quran sambil fahami maknanya semoga bertambah nikmat semasa membaca Al Quran :)





selamat bersahur dan berpuasa esok ye korang2 :)



























No comments: