Hi korang
Bertemu lagi kita pada pagi 31 januari 2017 pada
jam 1.28 pagi hehe
Ye aku tahu mesti korang dah di alam mimpi time2
pagi macam ni kan?
Aku belum pun mengantuk masih berjaga ntahlah susah
nak tido kalau belum betul2 mengantuk
Encik suami dah di alam mimpi pun bini masih di
meja makan menaip hahahaha
Oklah time2 macam ni mari aku nak cite sket
perkembangan hidup aku di bulan januari tahun 2017 ni
Masih awal bulan di awal tahun so semangat tahun
baru tu masih berkobar2 hehehe
Ok sepanjang bulan januari tahun 2017 ni perubahan
pada sikap aku lebih kepada semakin rajin memasak hahaha
So ada penjimatan di situ di mana sebelum2 ni aku
banyak keluar makan di luar sebab ape? ye aku memang malas nak memasak iye2
sebab 2 orang je kan hahaha
Tapi sekarang ni aku banyak memasak mungkin
disebabkan aku suka upload video aku masak di instagram hahahahaha
Ni sebab aku selalu tengok ramai je upload video
tengah memasak n aku rasa macam best je so aku pun termasuk sama peel macam
orang ramai yang upload video tengah masak tu hahahaha
Tapi aku rasa bila aku upload video memasak tu
dalam masa sama aku terus jadi rajin memasak pulak hehe so ada aura positif di
situ so okla tu kan aura positif masak dari makan di luar yang mahal gaban tu
haha
Dalam masa yang sama aku juga semakin busy dengan
kehidupan seharian sampaikan tak rasa masa cepat sangat berlalu
Esok dah nak masuk februari dah time sangat2 cepat
sekarang ni tak tahulah korang tapi bagi aku masa memang pantas sekarang adakah
bumi kita semakin cepat berpusing? heeeeee dah dekat jam 2 pagi mula nak merapu
pulak hahahaha
Oklah mari kita cerita bab peel manusia pulak
Korang pernah tak berada dalam situasi di mana
korang takde salah atau buat salah pun pada seseorang tu tapi seseorang tu
selalu pandang sinis n memalukan korang sesuka hati beliau?
Ya aku memang kerap jumpa orang yang peel macam ni
n dalam masa sama aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana dekat manusia yang
peel macam ni sebab bagi aku ape nak dikisah2kan perihal orang lain yang
mungkin tak sama ideologi ataupun cara kehidupan masing2 , dunia hanya
sementara so hormatilah cara kehidupan masing2 n bersihkan hati jangan hanya
memandang kehidupan dunia sahaja
So cara aku senang saja , maafkan mereka ,
banyakkan istighfar dan berbuat baiklah dengan mereka yang berbuat salah dengan
kita walaupun pada mulanya rasa susah tapi banyakkan berdoa supaya hati kita
sentiasa berbaik sangka
Ok ape lagi nak cerita pagi2 buta ni ish mata ni
napela masih fresh ni hehe
Aku dah jadi macam siang mengantuk malam berjaga
pulak esok nak siapkan breakfast pulak tadi aku dah siap2kan rebus spagheti itu
yang last nanti kena beli lagi pastu dah siap buat kuah spagheti kalau ikutkan
hati tadi masak pagi2 esok je la tapi bila fikir balik nanti kelam kabut pulak
kalau pagi2 baru nak siap semua tu kan so kalau masak siap2 senang tinggal esok
pagi panaskan je lagi nak goreng karipap lagi hahahaha
Ok antara azam aku lagi aku tengah nak listkan ni
menu masakan untuk sebulan so aku rasa bila buat camtu senang kita dah tahu ape
nak masak setiap hari n bahan2 pulak dah siap sedia ada , kalau sebelum2 ni nak
masak menu ni bahan pulak tak cukup atau dah habis so termasakla menu2 tak
cukup bahan hahaha itu yang jadi kes hentam je la labuuuu hahaha
Pastu aku rasa bila dah beli bahan2 memasak tu
nanti aku nak asingkan ikut hari so takla terguna atau terlebih guna sebab main
ambik je ikut suka kan haha pastu kang cepat habis kena gi beli lagi memang tak
well prepared peel macam tu kan hihi
So antara azam baru jugak kena well prepared kata
omputih hehe supaya menyenangkan kehidupan seharian kita hahaha
Well prepared bahan2 dapur selama sebulan hmm kena
listkan dah ni sebab yang januari bahan2 masak hampir habis so nanti kena gi
top up untuk februari pulak
Untuk januari aku takdela buat list cuma itu yang
jadi masak je apepun asal ada bahan2 yang sedia ada tapi aku rasa macam nak
lebih baik so baik senaraikan je ape nak masak so nanti beli ikut menu yang
kita dah listkan tu
Chewah macam rajin je semangat tu.....hahahaha
Oklah dek kerana dok sebut2 nak buat list menu ni
aku stop dulu lah nak gi usha2 resepi hahahaha masakla pukul berapa nak tido
plak ni jam dah 2.05 pagi
K lah have a nice day korang, thanks sebab semangat
baca sampai habis hehe semangat azam baru gak tu hehe k wassalam.......till we
meet again insyaAllah...
Nah belanja korang gambar aku tahun 2017 ni time ni la aku jumpa restoran2 baru2 yang cuba gugat azam baru aku tu hahahaha