Friday, 21 December 2018

THURSDATE ( 6 ) DI CAFE LORONG CAMERON HIGHLAND



Bersiaran lagi pada jam 3.10 pagi hari jumaat lepas supper nasik dengan ayam bakar bersama kerabu mangga dan kuah kurma 😃

So bermulanya terjahan aku ke cameron tanpa dirancang yang asalnya nak ke tempat lain tapi ter ke tempat lain 🤣 so pendakian bermula dari arah simpang pulai naik ke cameron kerana jalannya yang luas dan rata 


Singgah tempat ni just nak ambil gambar tapi aku tak pernah masuk walaupun banyak kali aku ke cameron lalu tempat ni walaupun aku tengok ramai je ade kat situ mungkin lain kali pulak heee


So aku stop di tempat yang ada atv ni tapi tak bercadang nak naik lagi walaupun ade je pengunjung main atv tu sebab aku dengan encik suami belum lunch so cadang nak lunch di sini je 


Sebelum masuk cafe ke kedai marila kita ambil gambar di sini sebab banyak kali datang cameron aku tak pernah singgah sini lagi sebab memang setiap kali aku naik cameron aku akan tuju tempat yang belum pernah aku jejak baru best kan? 😍


So atas ni la tempat kalau nak naik atv tu
berapa harga tak tanye pulak sebab tak cadang nak naik memandangkan cuaca macam nak hujan tapi tak hujan pun sebenarnya mungkin nak gerimis mengundang je kot haha tetibe masuk lagu zamani slam 😄 sesuai sangat kata aku antara peminatnya ewah 😃


Eh tak masuk2 lagi 😄 encik suami dah lapar tu memandangkan cuaca sejuk lagilah haha sabo je la dengan biniknye ni hehe eh aku pun lapar ape tapi layan je lah bergambar seketul dua muahaha😄


Sabo ye bang binik awak ni kalau datang tenpat2 sejuk memang happy tak terhingga awak je yang tak tahu ke buat2 tak tahu? 😜


Nah bunga 2 tempek sy bagi muahaha 🤣 sabar je kan encik suami tengah lapar tu nak memain lagi aku hahaha 😄


Cafe lorong ni aku tak pernah singgah sebelum ni tapi aku macam ada baca kat mana ntah kata menu sini sedap2 so jomla kita cuba walaupun kami la pelanggan yang ada kat situ mungkin bukan hari cuti umum so tak ramai lagi yang datang tapi okla apa tenang aku nak makan nak bergambar bagai tu kihkihkih 😄


Sudut depan meja aku dekorasi kedai okla selesa bagi aku teratur dan agak cantik pada pandangan mata aku so jom order menu pilihan hati 😘


Buku menu takde ye uolls laki eden mintak tapi adik yang ambik order tu kata menu ada kat depan tu so aku order teh o panas sama encik suami pastu nasi goreng ikan masin telur mata dengan tomyam campur manakala gitu ayat aku haha encik suami order nasik goreng usa je mane2 gi makan memang menu yang same je kami order 😗 mungkin dah jadi makanan kegemaran kan...


So teh o panas sampai dulu
Elokla dahla suhu sejuk kan dapat air panas2 ni memang best sangatla 💓


So menu aku sampai dulu diikuti tomyam campur hmm yummy tak sabar nak makan haha menu encik suami belum sampai tu la sape suruh order nasik goreng usa jauh bebenor tempat nak gorengnye pun hahaha tapi kejap je sampai mungkin naik roket agaknye 🤣🤣🤣


Meh rasa tomyam dia dulu
Sekali hirup kuah dia terus cakap kat encik suami sedap betul tomyam ni 4 1/2 bintang aku bagi dari 5 bintang 😘 nak bagi 5 bintang kang cam over sangat kan haha tapi sedap uolls time ni la kan time korang datang aku tak tahu la harap2 sama macam yang aku rasa la hehe


Ni dia nasik goreng usa kemain pinggan dia sampai tersenyum adik tu tengok aku ternganga cakap amboi besarnya pinggan hahaha 😄 nape pinggan aku tak macam encik suami? sungguh tak adil hahaha adakah tak se usa mana menu aku? huhu ku sedar diri ini insan kampung je dalam hutan pulak tu 😄 


Sebelum menu sampai sejuk betul datang makan petang2 kat sini walaupun baru nak lunch sebenarnya 😎


Tengok tu encik suami suhu sejuk2 ni memang mengundang nak tido je 😃 kalau duduk cameron ni ntah2 asyik nak tido je kan elokla air gunung pun sejuk macam dalam peti ais sekali percik muka terus segar gamaknya hahaha tapi aku memang suka air sejuk gunung sebab kesegaran rasa air tu lain dari air sejuk biasa mana tahu tetiba aku pindah duduk caneron pulak kan sebab banyak kali naik tu hehe aamiin.. ewah k dah jam 4 pagi tdo dulu daaa wassalam...🙋‍♀️

Sunday, 16 December 2018

SANTAI MAKAN TONTON PIALA AFF SUZUKI 2018



Malam ni aku ajak encik suami makan malam kat luar sebab nak tengok bola Malaysia lawan Vietnam sempena kejuaraan Piala AFF Suzuki tu
Eksited pulak aku kan haha tapi seronok tengok ramai2 semua pun nak tengok bola jugak kat kedai makan tadi

Sampai je full house pulak tapi alhamdulillah ada meja kosong berhadapan dengan cashier depan tv pulak tu hah bagus macam disediakan untuk kami je hehe so jomlah duduk & order menu


Aku order air sirap encik suami order teh o limau sementara tunggu menu lain ikan siakap 3 rasa , telur dadar dengan 2 nasi putih


Sementara tunggu wefie 1 haha padahal hati berdebar je sambil  jeling2 tengok tv takut tengok pemain vietnam cergas sangat heeee


Hidangan pun dah sampai kemain besar pinggannya masak ikan siakap 3 rasa ni rasa pun alhamdulillah sedap tapi kalau aku masak lagila sedap muahaha okla tapi hehe


Bila wisel ditamatkan hmm rasa kecewa sikit tapi adat pertandingan ada yang menang dan kalah so redha je lah janji perut dah lapar jomla makan dulu hehe


Aiseh ni la duduk depan sangat pelanggan busy nak membayar depan tu heee


Dah kenyang + kecewa sikit jomla balik takpelah dengan harapan kemenangan dapat berpihak pada pasukan bola kita pulak nanti so jomlah balik kemas2 barang dapur tadi aku gi mydin dulu balik terus singgah makan
Wassalam...

Tuesday, 4 December 2018

JJCM @ ANI SAMILLA TOMYAM



Hi Korang 🙋‍♀️
Macam ni lah bila rasa nak menaip gambar pulak banyak dalam hp ni so marila kita update entri terbaru walaupun jam sudah menunjukkan angka 2.25 pagi 😃

Yang hairan tu segar bugar lagi mata aku ni ha sambil tengok tv1 cerita pada suatu ketika yang ke rumah budaya sarawak tu
Sarawak aku belum sampai lagi pastu antara negeri yang aku nak gi travel tapi aku nak gi ikut jalan darat saja haha baru adventure gitu kan 😃

Oklah sebelum aku cerita bukan pasal entri ni hahaha kang melencong borak bab lain pulak 😄 so kisah awal malam tadi dalam urusan ke satu tempat ni encik suami asyik kata lapar nak ajak gi makan so dari aku banyak kali dengar maka marila kita pegi makan dulu muahaha 😃

Aku sekarang ni kalau nak makan kat luar tu macam malas pulak sebab tak tahu nak makan apa pastu kat mana nak makan hmm baik aku masak lagi puas hati 😄 so masa on the way tu nampak restoran kak ani ni terus ajak encik suami belok masuk sini

So masuk & order nasik goreng je lepas belek2 buku menu tu pastu pelayan tu pulak rasanya orang thai so macam tak berapa fasih cakap & faham bahasa melayu hmm so order je lah ape yang nak dimakan janji perut kenyang malas nak fikir2 panjang 😄 



Dah order mehla selfie seketul 😃


Encik suami memang suka order keropok sementara tunggu menu utama sambil layan tengok tv depan tu 😃


Nasi Goreng USA tapi ada epal tepi tu 🤔 hmm rare kan hehe tapi ni encik suami yang order rasenye pun okla pedas sikit 


Aku order nasik goreng thai dah tu je 😄 kesian kat pelayan tunggu lame so pilih2 camtu je hmm 😂 tapi rase oklah tak pedas macam menu encik suami hehe


Ni pulak masa aku singgah kedai mamak dah ade tempat kawasan larangan merokok 😍 eloklah aman damai aku nak makan muahaha


Encik suami nak start baca doa makan dah tu udah2le selfie yang biniknye ni pun 😄😄😄

Oklah nanti kita borak lagi ok dah jam 2.44 pagi eden zzz dulu daaaa wassalam....