Friday 21 December 2018

THURSDATE ( 6 ) DI CAFE LORONG CAMERON HIGHLAND



Bersiaran lagi pada jam 3.10 pagi hari jumaat lepas supper nasik dengan ayam bakar bersama kerabu mangga dan kuah kurma 😃

So bermulanya terjahan aku ke cameron tanpa dirancang yang asalnya nak ke tempat lain tapi ter ke tempat lain 🤣 so pendakian bermula dari arah simpang pulai naik ke cameron kerana jalannya yang luas dan rata 


Singgah tempat ni just nak ambil gambar tapi aku tak pernah masuk walaupun banyak kali aku ke cameron lalu tempat ni walaupun aku tengok ramai je ade kat situ mungkin lain kali pulak heee


So aku stop di tempat yang ada atv ni tapi tak bercadang nak naik lagi walaupun ade je pengunjung main atv tu sebab aku dengan encik suami belum lunch so cadang nak lunch di sini je 


Sebelum masuk cafe ke kedai marila kita ambil gambar di sini sebab banyak kali datang cameron aku tak pernah singgah sini lagi sebab memang setiap kali aku naik cameron aku akan tuju tempat yang belum pernah aku jejak baru best kan? 😍


So atas ni la tempat kalau nak naik atv tu
berapa harga tak tanye pulak sebab tak cadang nak naik memandangkan cuaca macam nak hujan tapi tak hujan pun sebenarnya mungkin nak gerimis mengundang je kot haha tetibe masuk lagu zamani slam 😄 sesuai sangat kata aku antara peminatnya ewah 😃


Eh tak masuk2 lagi 😄 encik suami dah lapar tu memandangkan cuaca sejuk lagilah haha sabo je la dengan biniknye ni hehe eh aku pun lapar ape tapi layan je lah bergambar seketul dua muahaha😄


Sabo ye bang binik awak ni kalau datang tenpat2 sejuk memang happy tak terhingga awak je yang tak tahu ke buat2 tak tahu? 😜


Nah bunga 2 tempek sy bagi muahaha 🤣 sabar je kan encik suami tengah lapar tu nak memain lagi aku hahaha 😄


Cafe lorong ni aku tak pernah singgah sebelum ni tapi aku macam ada baca kat mana ntah kata menu sini sedap2 so jomla kita cuba walaupun kami la pelanggan yang ada kat situ mungkin bukan hari cuti umum so tak ramai lagi yang datang tapi okla apa tenang aku nak makan nak bergambar bagai tu kihkihkih 😄


Sudut depan meja aku dekorasi kedai okla selesa bagi aku teratur dan agak cantik pada pandangan mata aku so jom order menu pilihan hati 😘


Buku menu takde ye uolls laki eden mintak tapi adik yang ambik order tu kata menu ada kat depan tu so aku order teh o panas sama encik suami pastu nasi goreng ikan masin telur mata dengan tomyam campur manakala gitu ayat aku haha encik suami order nasik goreng usa je mane2 gi makan memang menu yang same je kami order 😗 mungkin dah jadi makanan kegemaran kan...


So teh o panas sampai dulu
Elokla dahla suhu sejuk kan dapat air panas2 ni memang best sangatla 💓


So menu aku sampai dulu diikuti tomyam campur hmm yummy tak sabar nak makan haha menu encik suami belum sampai tu la sape suruh order nasik goreng usa jauh bebenor tempat nak gorengnye pun hahaha tapi kejap je sampai mungkin naik roket agaknye 🤣🤣🤣


Meh rasa tomyam dia dulu
Sekali hirup kuah dia terus cakap kat encik suami sedap betul tomyam ni 4 1/2 bintang aku bagi dari 5 bintang 😘 nak bagi 5 bintang kang cam over sangat kan haha tapi sedap uolls time ni la kan time korang datang aku tak tahu la harap2 sama macam yang aku rasa la hehe


Ni dia nasik goreng usa kemain pinggan dia sampai tersenyum adik tu tengok aku ternganga cakap amboi besarnya pinggan hahaha 😄 nape pinggan aku tak macam encik suami? sungguh tak adil hahaha adakah tak se usa mana menu aku? huhu ku sedar diri ini insan kampung je dalam hutan pulak tu 😄 


Sebelum menu sampai sejuk betul datang makan petang2 kat sini walaupun baru nak lunch sebenarnya 😎


Tengok tu encik suami suhu sejuk2 ni memang mengundang nak tido je 😃 kalau duduk cameron ni ntah2 asyik nak tido je kan elokla air gunung pun sejuk macam dalam peti ais sekali percik muka terus segar gamaknya hahaha tapi aku memang suka air sejuk gunung sebab kesegaran rasa air tu lain dari air sejuk biasa mana tahu tetiba aku pindah duduk caneron pulak kan sebab banyak kali naik tu hehe aamiin.. ewah k dah jam 4 pagi tdo dulu daaa wassalam...🙋‍♀️

No comments: