Saturday 5 January 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019




Hai korang
Masih di awal sambutan tahun baru
Mesti ramai yang ada azam baru yang nak dicapaikan
Azam aku takdela spesifik mane
Maklumla tahun ni usia semakin meningkat dewasa purba hehe
Cuma aku harap hidup aku lebih tersusun perbaiki mana yang kurang dan jadi lebih baik dari sehari ke sehari dalam urusan dunia akhirat
Itu je lah 

So meh aku cerita serba sedikit kisah hidup bermula awal tahun baru ni
Aku ni memang tak rajin nak update hari2 sekarang ni dek kerana kesibukkan urusan kehidupan 
So bila mode rajin on terus cepat2 aku upload gambar peram hahaha
Ok lets start...

Time ni encik suami ke klinik sebab ada serangga termasuk dalam telinga beliau heee adeh awal2 tahun pulak serangga terbang nak tersesat masuk dalam telinga encik suami 
Agaknya dia ingat gua kot hadoila.. 


Aku tunggu depan2 pintu ni
Tapi nurse tu tak berjaya keluarkan serangga dalam telinga encik suami sebab alatan takde
So disuruh refer ke wad kecemasan hospital
Kena jugak bayar RM15


Pas untuk aku masuk dalam wad kecemasan


Tunggu giliran untuk dirawat
Kawasan wad kecemasan ni memang sentiasa ramai orang
So sabar menanti je lah kat luar bilik periksa ni


Encik suami dalam wad kecemasan tengah dirawat 
Aku masuk sekejap je pastu encik suami suruh aku tunggu di luar sebab aku suka bahankan dia hahaha 


 Fuhh akhirnya serangga terbang berjaya dikeluarkan
Tapi kepala ntah ke mana
Check takde 
Mungkin jatuh mana2 lepas sembur dengan air kot
Ngeri tengok
Sedangkan semut masuk telinga pun panik ni ish...


Makan malam ke supper haha
Keluar wad kecemasan pun dah 12 tgh malam
Gara2 tak makan malam lagi so singgah makan jap
Lapo wehhhh


Nasi Goreng Kampung 
Aku mintak digoreng pedas
Fuh berasap lidah aku haha
Tapi licin jugak aku makan haha
Puas hati makan pedas berapi sekali sekala ni


Kegemaran encik suami
Nasi Goreng USA


Sarapan pagi roti cicah sardin atau cheese prego


Dalam kawasan jemaah perempuan ada pasang slide ni


Dah ramai jemaah perempuan datang duduk belakang jemaah lelaki ni aku pun ikut sebab lebih jelas


Sempat haha


Adik comel ni pun datang dengar ceramah hehe
Geram betul comel jek


Ustaz Syamsul Debat kena kerumun dengan jemaah masjid


Tinggi jugak Ustaz Syamsul Debat ni
Encik suami amboi kemain dia haha


Cuba makan kat sini pulak
Warung makan tepi masjid


Keropok sampai dulu


Keropok Goreng
Pencicah dia sedap
Air order tembikai susu
Encik suami tak habis2 dgn nescafe dia heee


Nasik Goreng Ikan Rebus
Pun sedap


Kueyteow Sup 
Hmm sedap jugak


Sarapan pagi di kafeteria klinik


Singgah kafeteria dekat klinik ada jual laksa apalagi kan order cepat2 duduk cepat2 makan perlahan2 sambil menikmati kesedapan laksa ni hehe
Encik suami order nasi lemak pun sedap katanya
Bila aku rasa nasik dia tu hmm betul la terus rasa nak order jugak haha tapi sabar dah kenyang makan laksa lain kali je lah makan nasik lemak tu hehe


Apek ni sembang macam tak nak bagi encik suami balik heeee


Nasi Goreng Ayam Pasar Malam


Nasi Kerabu Pasar Malam


Antara azam 2019
Banyakkan makan buah dari jajan2 hehe


Buah mangga 3 bahagian : garam , serbuk cicah dengan kuah rojak mak bee


Bahan2 jus pisang
Senang je nak buatnya





Senang je masuk semua dalam pengisar
Susu pekat tu dalam 3 sudu makan je


Tadaa jus pisang lepas dikisar


Siap 2 cawan comel jus pisang susu
Baki letak dalam botol air kecil


Jus yang baru dikeluarkan dari peti sejuk
Nyamannya minum sedar2 licin hehe

No comments: