Thursday 10 January 2019

BILA ENCIK SUAMI CUTI HARI BEKERJA...



Hi Korang
Bertemu lagi kita di pagi khamis pada jam 1.28 pagi aku mula menaip
Mata aku segar bugar lagi ni
So marila menaip sebab gambar ada sedikit sebanyak hehe
Hari ni encik suami cuti so mulela aku pikir nak jalan2 ke mana ha ha
Tapi yang pasti esok nak sarapan nasi lemak dengan laksa kat 1 tempat ni dulu sebelum misi seterusnya ke shopping mall muahaha 


Oklah tadi encik suami balik kerja bawak balik sekotak madu limau mandarin ni
Sempena tahun baru semua staff tempat kerja dapat
So aku rasa nak buat jus limau je senang nak minum
Lebih2 sket tu bolehla buat mengunyah2 kan
So aku letak semua dalam peti sejuk
Baru sedap nak makan nanti
Esok je lah yang nak buat jus tu




Aiskrim ni pulak memang sesekali tekak teringin nak makan baru beli
Selalunya dekat2 miss P nak datang mula la muncul imej aiskrim ni dalam kepala otak aku hahaha
Ewah ada request pulak dia kan hehe
Tapi sedapla layan aku sorang je licin makan
Tukang beli tolong bayar je hahaha 


Lama aku tak balik kampung padahal hari2 rasa nak balik
Tapi aku kerap la call mak abah aku kat kampung
Adik aku yang ketiga tu sekarang ni cuti sakit sebab kena buat operation so aku belum balik tengok dia lagi
Mudah2an segera sembuh sebab masalah sendi kena masuk artificial joint katanya ganti yang sedia ada 
Aku agak memang dah lama dia sakit sendi tu cuma makan ubat tahan sakit je 
Biaselah bila 1 tu kita still pakai wakaupun sedang sakit memangla berlaku protes aku rase camtu la
Apepun doakan semoga semuanya berjalan lancar dan adik aku sembuh dan dapat bekerja semula amiin...


 Rindu anak buah aku ni ammar 
Time ni teman mamanya gi umah adik aku tu ambikkan baju
Sebab dorang gi umah abang aku 
Buat rawatan dekat hospital tak jauh dari rumahnya tu
Tapi kejap je la pastu balik kampung semula

Begitula adat dunia ni kan ada masa kita sihat ada masa kita sakit ada masa kita muda ada masa kita tua ada masa susah ada masa senang yang pasti bersabar je lah dengan ujian2 dariNya semoga kita menjadi insan yang tabah dan beriman serta bertakwa kepadaNya dan SYURGA TERTINGGI menanti kita amiin...

Sempat tu tazkirah heee
Oklah gambar dah habis nanti kita borak lagi walaupun masih segar mata ku
Sebelum tido tadi aku makan buah limau tu la
Agaknya tu yang segar lagi mata ni
Layan je lah.....daaaa




No comments: