Saturday, 5 April 2014

SEJUKNYEEE HARI NIIII :)






Time haku menaip ni kat luar tu angin tgh tiup sepoi2 bahasa masuk ke dalam rumah,angin sejuk sebab cuaca kat luar tu mendung tak mendung tapi awan mcm tebal tak tebal matahari pun tak nampak n tak terasa bahang matahari,sejuk ok rase mcm musim sejuk pulak hihihihi ;p,tadi hujan sekejap agaknye mcm nak hujan lagi kan tapi alhamdulillah hujan rahmat :) bersyukurlah.




tadi jugak ingatkan air dah ade sebab sempatla haku gi toilet n tahan air penuhla 1 bekas pastu haku ke depan,beberapa minit kemudian haku nak gi tahan air lagi dah takde pulak,takpelah tunggu je lah kot2 ade pulak airnye.


Berangan memang best ;0



so sekarang ni just layan mata je lah tgk tv cite ape ntah tapi haku lebih menunggu berita pasal MH370 je. Resah sebab tak jumpe2 n macam2 hal dengar sane sini yang tak best,kesian betul,takpe jangan lupe kita masih ade ALLAH S.W.T..jangan berhenti berdoa padaNya,adelah tu sesuatu yang ALLAH S.W.T nak tunjukkan pada hamba2Nya.ALLAH S.W.T nak kita hanya mengharapkan padaNya selepas pelbagai usaha dilakukan.




Pastu tuduhan2 tak berasas tu lupekanla sebab orang yang mengutuk tak tentu pasal tu sebenarnye dah rase pahalanya dah banyak sebab tu dia tak bimbang utk menyedekahkan pahalanya pada orang yang dikutuknya itu,esok2 di akhirat dah habis pahalanya bagi kat org tu akan diambil pulak dosa orang yang dikutuk tu bagi org yang mengutuk tu pulak tanggung...biarlah mereka yang hanya tahu mengutuk tu terjun dengan labu2nya ke dalam neraka jahanam. Kalau sempat bertaubat bertaubatla ye.




k dah sebab haku rase org yang hanya tahu mengutuk menuduh tu punya akal yang sangat rendah..paling rendah,kesian,takpe kita yang masih berakal ni maafkan saje dan mendoakan supaya ALLAH S.W.T ampunkan saje mereka yang bercakap tanpa menggunakan akal yang waras tu.
ape yang pasti same2lah kita mendoakan yang terbaik buat negara kita Malaysia yang tercinta ni.Amin

teatime anytime ;0



malam kemain sejuknya suhu
tak pegi negara salji lagi ni haha dah tak tahan ;p
kene cari stoking tebal la jap gi hehe
tadi haku kuar jap dengan encik somi gi carrefour
tujuan saje pusing2 sekali beli sket bahan2 masak
balik masak maggie je hehehe
pastu telur kacau
maggie tu campur sawi sket bawang besar sket oklah layan
kenyang esok leh makan lagi sebab ade lagi lebih maggie tu ;0







SEMOGA MH370 DIJUMPAI BERSAMA PENUMPANG2NYA AMIN.

SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.

DINNER DI BARRA :)




Malam teringin lak nak makan nasik lemak
punyelah fikir kat mane kedai makan yang ade nasik lemak malam2 :)
nak nasik lemak ayam yang sedap berempah bagai
fikir punya fikir punya fikir terfikirla Restoran Barra ni :)
first time kot makan sini hihihi
sampai2 jek memang ramai orang pastu bila kami masuk lagi ramai orang datang
macam bawak rezeki kan ;0
tapikan ape yang haku perasan setiap kali kami masuk mane2 kedai kan pastu mesti tetibe ramai orang masuk jugak
pelik bin ajaib ;0 jangan biarkan misteri menyelubungi anda ;0
hmm haku asalnye nak order nasik lemak sekali terorder pulak nasi goreng ayam barra plak ;p
last2 encik somi yang order nasik lemak ayam ;p
semuanya sedap hehehe tapi lagi sedap nasik lemaknya
terus order tapau 3 bungkus bawak balik kihkihkih ;p
asalnya nak ajak sekali adik haku gi cari nasik lemak kg pandan kan
sekali malas pulak nak kuar 
makanya ke sini sajalah ;0







 NASI LEMAK AYAM BARRA ( RM6 )



 NASI GORENG AYAM BARRA SPECIAL ( RM6 )





Friday, 4 April 2014

CAKOI KUAH KACANG & ROJAK





Hari ni baru rajin nak merojak Mak Bee :)
masammmm kot mangga ni ;p
tapi sedap je layan makan dengan rojak Mak Bee kan :)



 buat 4 biji je lagi 3 biji adik haku nak bagi kat tunang dia last2 tak jadi bagi pasal masam sangat takut cerry berry kot hehehe ;p




 hasil 4 biji mangga yang dah siap dihiris2 dapatla 1 bekas ni :)




 dah siap gaul2 dengan rojak Mak Bee ni letak dalam peti ais bagi sejuk sket baru sedap dimakan :)




 pastu malam buat cakoi lak hehe,start lambat pastu bila mata dah macam gam mulela malas pulak tapi terpaksa sebab nak habiskan cepat2 :)
;0

CAKOI :

- Tepung Gandum
- Soda Bikarbonat

- Susu Segar
- Marjerin
- Telur
- Garam
- Yis

* Uli2 sampai jadi doh buat bentuk 4 segi memanjang,potong 2 lekatkan bagi jadi 2 layer,ambil lidi tekan tgh2 supaya dapat garisan di tengahnya.



 adunan cakoi yang pertama semangat lagi :)




 masuk ke 2 mulela nak habiskan cecepat kihkihkih ;p




 sambil siapkan sempat lagi curik2 makan haha ;p




 kuah kacang yang dah siap :)



Kuah Kacang :

- Sagai Kacang ( goreng tanpa myk )
- goreng cili kering dengan myk
- goreng bawang merah yang dihiris

* Kisar & tumis Cili Kering dengan Bawang Merah
* Pecah Minyak masukkan Kacang yang dah dikisar berasingan.
* Masukkan garam & gula serta asam keping.
* Kuah likat tambah air sedikit ikut citarasa.


 goreng separuh nanti nak makan leh goreng lagi




 breakfast today :) with teh o panas :)




 heaven :)




sempat amek semangkuk mangga :) layannn :)




Sampai sekarang pesawat MH370 tak dijumpai
musykil



SEMOGA MH370 DIJUMPAI BERSAMA PENUMPANG2NYA AMIN.

 
SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.




BANDAR SERI BEGAWAN 2 April - Brunei muncul negara Asia Timur pertama melaksanakan hukum hudud bermula semalam, yang menyaksikan semua rakyatnya termasuk masyarakat bulan Islam turut tertakluk di bawah undang-undang tersebut.
Pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah menyelia sendiri peralihan itu yang antaranya memperuntukkan hukuman berasaskan undang-undang Islam terhadap pelbagai kesalahan seperti mencuri, merogol, berzina, meliwat, minum minuman keras dan terlibat dalam kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Brunei sebelum ini telah pun melaksanakan undang-undang syariah, namun hanya terhad kepada masalah melibatkan perkahwinan, wasiat dan keluarga Islam.
Bermula semalam, perundangan Islam itu diperluaskan lagi melibatkan hukuman seperti direjam sampai mati kerana kesalahan berzina dan sebatan sekiranya melakukan pengguguran bayi.
Badan bebas, Global Voices Online yang beribu pejabat di Amsterdam, Belanda sebelum ini melaporkan, Sultan Hassanal Bolkiah pernah memberi amaran bahawa individu yang menentang pelaksanaan hukum hudud boleh didakwa.
Akhbar berbahasa Inggeris India, Deccan Chronicle pula melaporkan, keputusan Brunei untuk melaksanakan hukuman hudud dan memperkenalkan semula hukuman mati, menerima banyak kritikan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan hak asasi manusia yang menyifatkannya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Selain itu, perkara tersebut turut menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat bukan Islam Brunei, yang turut tertakluk dalam beberapa ketetapan kod berkenaan.
Penasihat Undang-Undang Antarabangsa Asia Tenggara, Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ICJ) Emerlynne Gil dalam sepucuk suratnya kepada Sultan Hassanal Bolkiah berkata, jika peraturan baharu itu dilaksanakan, pencabulan hak asasi manusia yang serius bakal berlaku.
"Brunei tidak mengamalkan hukuman mati sebelum ini dan keputusan melaksanakannya begitu mengejutkan," ujar Gil.







 ALLAH S.W.T yang menciptakan manusia dan alam semesta,hukum hudud juga dari ALLAH S.W.T Maha Pencipta,ALLAH S.W.T Maha Mengetahui undang2 untuk hamba2Nya kan.




Wednesday, 2 April 2014

GARLIC BREAD / MUSHROOM SOUP / CARROT ORANGE JUICE :)




Rajin pulak hari ni ;p
ala2 western menu hari ni :)


Garlic Bread & Mushroom Soup



GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP

* Garlic Bread :

** Gaul sebati dan sapukan pada roti kemudian bakar dalam oven sebentar.

- Butter / Mentega
- Bawang putih - tumbuk
- Daun Parsley - hiris halus2


* Mushroom Soup :

Kisar :

- Cendawan Butang
- Tepung Gandum setengah cawan
- 500ml air
- 300 ml susu segar
- Serbuk Perasa
- Garam
- 1 ketul kiub pati ayam

* Tuang dan masak dalam kuali.

* Tumbuk lada hitam sedikit dan masukkan dalam kuali

** Lebihan cendawan butang potong kecil2 dan masukkan dalam kuali ketika masak





Carrot Orange Juice



adik haku baru balik tadi dari balik kampung
bawak balik mangga 1 plastik :)
1 plastik je???
seb la haku tak ikut sekali balik kg
1 bonet kot tak pasal2 penuh dengan mangga hihihihihi ;p
nanti nak kupas letak kuah rojak Mak Bee lah
pastu letak dalam peti ais
nak makan tinggal amek je
sedap makan sejuk2 kan :)
tgklah rajin ke tak jap lagi
sebab haku ni kejap rajin kejap tak berapa nak rajin ;p
k nanti sambung cite ade keje sket ;p



Malam lak tetibe perut mcm lapar
nak makan garlic bread macam tak mengenyangkan
kalau haku ok je layan tapi encik somi nak nasik jugak
so keluarla kami ke D'Arab Cafe
Order Kabsah Lamb / Kabsah Roasted Chicken / Sirap O




 encik somi order Kabsah Roasted Chicken




haku order Kabsah Lamb


2 Kabsah with sirap O
tapi dek kerana nasik haku mcm banyak takleh nak habis makanya tapau je la bawak balikkan :)




MEE JAWA CIKGU :)




Hari ni berpagi2 gi 'lepaking' umah my guru :)
sampai2 tunggu kat bawah umah beliau sebab beliau nak ajak gi kedai beli air dan bahan2 masak mee jawa :)
maklumla air masih dicatu lagi nasibla ;0
tapi sebelum sampai umah my guru tu haku dah beli nasi lemak ayam goreng telur dengan kuih muih dan encik somi pun tapau sekali kuih muih tapi tak nak nasi lemak pulak
pastu letak barang2 jap kat dalam umah my guru tu kitorang pun turun gi kedai :)
pas siap beli air,bahan2 masak dengan tong air baru balik ke umah my guru semula
my guru ni ade jual mcm2 barang dari istanbul dan haku termasukla antara golongan yang membeli belah di situ saje hehehehe ;p
biasela haku kan suke barang2 yang unik dan sedap mata memandang ni
makanya berjayalah haku membeli beberapa helai tudung,****** dan ****** kat umah my guru tu ;0
***** tu secret hahahahaha




 one of tudung istanbul yang dah 3 kali haku pakai so nak tukar2 lak supaya boleh perasan jadi macam gadis turki kan ;p




pastu tak lame borak2 tengok cite animal tup2 hujan lebat
sempat kitorang makan mee jawa my guru buat
sedap ok
meh haku kongsi resepi mee jawa my guru tu

bahan2 dia :

bawang merah
bawang putih
lengkuas
serai
serbuk kari daging / ketam
daging
garam
ubi keledek
ubi kentang
gula batu
1 lagi haku lupe apekah namanya nanti haku update


bahan2 hiasan dia :

tauhu
cili merah
daun sup
telur rebus
limau nipis
bawang goreng
cili kicap



pastu my guru buat air erik hehe haku konfius ape itu erik cikgu sebab nampak macam plum jek ;p pastu my guru kate buah tu kat istanbul dipanggil erik hehe kemain glamer ;p
sedap layan walaupun kelat2 sket :)
haku ni kan semua makan minum ( yg halal ) so ok je nak cube :)



makan sambil borak2 sambil tengok cite animal,peminat fauna rupenye my guru ni ;0


Tak lame hujan turun
dari buat keje2 terus rase mengantuk my guru terus amek bantal tido
ewah haku tengok my guru tido mane aci haku pun nak tido jugak ;p
tido dalam aircond lak tu dengan hujan kat luar lagi hahaha
memang heaven tido 
tapi kejap je haku tido pastu bangun terus buat keje2 sampai siap sebab nanti encik somi datang amek
then my guru tapaukan mee jawa ni bawak balik
tapi tak terus balik sebab ade lagi beberapa urusan yang perlu diselesaikan
terus gi beli bahan2 dapur then gi satu tempat ni settlekan urusan sket
pastu dek kerana air kat umah masih catu terus gi toilet kat luar hahaha
sempat lagi pastu hujan encik somi ajak masuk KFC ;0
terus order KFC lak tu ;p
sementara tunggu hujan benti lepak la kami dalam tu sampai ujan benti
puas hati betul hari ni byk keje dah selesai
balik dengan senang hati la kan pastu ;0
balik baca berita MH370
terussssss gundah rase hati
ape yang pasti haku harap sudah2 la spekulasi dengan tuduhan tak berasas
marilah sama2 mencari jawapan tanpa menyakitkan byk pihak
bayangkan orang lain yang disakiti menyakiti hati kita pulak
lainla takde hati kan
sudah2lah
sekarang adelah masa bekerjasama mencari MH370 dan penumpang2 didalamnya
ape yang pasti pertolongan dari ALLAH S.W.T amat2 diperlukan untuk mendapatkan petunjuk dan semangat dalam menyelesaikan hal ni dengan penuh berhemah.Amin.



SEMOGA MH370 DIJUMPAI BERSAMA PENUMPANG2NYA AMIN.


SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.