Saturday, 7 March 2015

IKAN OH IKAN :)




Ikan oh ikan mengapa engkau errr k cukup sebab takde idea nak sambung haha
Berpagi2 idea pun belum muncul tapi nak cite tentang ikan je :)



Haku ni adalah seorang insan yang jarang nak makan ikan
padahal masa duduk kampung dulu mak haku rajinla masak ikan ikan ikan dari ayam
Agaknya sebab tu la kami adik beradik sentiasa sihat dan cergas hehe :)



Sekarang ni bila dah kawen & duduk sendiri asyikla makan ayam ayam ayam dari ikan ;p
Tetibe rase macam semacam je bila jarang makan ikan :)



So semalam haku terfikir nak masak ayam seminggu sekali je pastu masak ikan 6 hari berikutnya
Daging lak sebulan sekali sebab haku dengan encik somi kureng daging sket tapi kalau daging burger ramly layan je :)



So tadi haku mencari info kelebihan makan ikan antaranya :


1. Bagus untuk perkembangan otak sebab ikan kaya dengan omega 3
2. Ikan sumber rendah lemak so mengelak serangan jantung
3. Kaya dengan sumber protein,vitamin dan mineral
4. Kolesterol kurang
5. Kurang risiko radang & sakit sendi



Tapi lebih baik ikan dimasak dengan cara kukus berbanding digoreng dan dibakar
Sebab kalau ikan digoreng atau dibakar kandungan zat radikal bebas,karsinogen dan kolesterol jahat adalah lebih besar



Ok2 nak jantung sihat & hidup sihat mestila elak minyak2 ni kan
hmmm menu makan banyakkan yang kukus
hmmm hehe adeh 
tapi haku rasa kalau kena cara masak mesti jadi sedap jugakkan?



So semalam haku gi pasar malam dengan encik somi
Haku beli ikan dengan sayur2  je sebab bila dah banyak sangat makan ayam jadi macam muak pulak sementara ni :)
So marila kita masak ikan pulak tapi cara steam
Tapi kalau goreng pun lepas tu letak je ikan atas tisu serap tu kan nak kurangkan minyak yang berbaki kat ikan yang digoreng tu
janji elak masak menggunakan banyak minyakkan :)



Pastu haku jugak jarang sangat masak udang dengan sotong jugak ketam dan selain dari ayam dan ikan
Heran jugak haku kenapa haku tak masak masakan laut tu kan
agaknya sebab haku ade alahan tapi kalau sesekali layan jugak :)
Kalau nak makan seafood ni makan je kat luar sebab takde istilah seafood dalam umah haku :)



Tapi masa haku kat kampung dulu mak haku pelbagaikan masakan
Terror la mak haku ni heeee :)
Sebab mak haku ni dia tak layan kalau anak2nya tak nak makan itu ini
Ape yang terhidang makan je jangan banyak songeh kalau tak lapar la sorang2 ;p
 fuhh sebab tu la kami adik beradik semua makan tak kisah janji halalan toyyiban la kan :)
Tapi masakan ibu la kita paling suka kan :)
Time sesekali balik tu mesti mak haku masakkan masakan kegemaran kami
Abah haku lak sanggup gi cari masakan kegemaran anak2 dia kalau tahu nak balik
Betapa sayang dorang kat anak2 dorang kan walaupun tak diungkapkan dengan kata2 tapi perbuatan dorang dah jelaskan segalanya :)
*mood rindu nak balik kg sebab dah lama tak balik ;p



K nanti haku borak lagi sebab ada misi nak mengemas rumah lak ni
Nak ubah sana sini bosan lak haku tengok kedudukan samaaaaaa jeeeee ;p
Tengah ade mood rajin ni mohle kiteeeee kang mood malas babai je laaaaaaa ;p heeee



p/s : semalam haku mimpi dukung baby :)
siap senyum lagi kat haku tau
rasa dalam mimpi tu mcm tu anak haku je heeeee
dahla dulu kawan haku mimpi nampak haku dengan baby
:)
apakah? :)
amin......mudah mudahan kan....


































































Thursday, 5 March 2015

Kalau dah shopping tu....




Hari tu haku kan gi mydin mall ngan encik somi
tengah jalan2 bahagian sejuk beku tu haku ternampakla sorang budak kecik dalam umur 4,5 tahun lari2 sambil pegang aiskrim cawan cari mak ayah dia
agaknya terlampau asyik tengok atau pilih aiskrim tu dah tak ingat mak ayah dia kan
pastu yang agak hairan tu mak ayah dia tak perasan ke anak dorang takde dengan dorang?
ok haku rase mesti si mak ingat anak ade kat si ayah pastu si ayah lak mesti ingat ade kat si mak
ya ampunnnnn tepuk dahi haku
tapi yelah kadang2 perkara macam ni terjadi jugakkan atau terlepas pandang tapi hal2 macam ni la sangat berbahaya 



so time tu haku perati je budak tu sambil mengomel kat encik somi hahaha
haku kata 'Ya Allah bang,tengok budak tu,mana mak ayah dia??'
*tetibe hati haku panas pulak ;p
encik somi tengok jugak budak tu tanpa bersuara



so kami hanya tengok je budak tu yang tercari2 mak ayah dia yang rupenye dah jauh ke depan sana
haku fikir kalau tetibe budak tu nangis haku akan gi kat dia n teman dia cari mak ayah dia
kalau tak jumpa haku nak bawak dia ke pengawal keselamatan depan tu
mana tahu dorang boleh buat pengumuman kan?



tak lama haku nampak mak ayah dia sorong troli ke arah bahagian sejuk beku tempat kami berdiri tu
terus anak dorang gi kat dorang
dah mak dia marah pulak si anak amek aiskrim cawan tu
ok takpela kan tapi haku pasti mesti dorang berdebar2 je lepas perasan anak dorang takde ngan dorang kan?
haku yang perati ni dah cuak dah yelah tahu je la kes sekarang ni kan?
ape tak tahu????
sila la amek tahu adeh! ;p



so haku nak pesan sayangilah anak korang yang ade anak tu kan
walaupun sibuk shopping pastikan anak2 sentiasa ade bersama korang
mata tu sambil tengok barang2 nak beli tengok jugakla di mana anak anda
atau pastikan anak anda sentiasa ada di depan anda
atau anda gi shopping sorang anak2 tinggal dengan encik suami kat 1 tempat yang mana pastikan suami anda sentiasa tak lepas pandang anak2 anda
atau kalau kat shopping komplek tu ade macam kidzania tu haa tinggal je suami ngan anak2 anda kat situ anda gi shoppingla sorang2 kan :)
takkan nak suami lak yang shopping kan kang lain pulak yang dibelinya ;p


 haku pernah sekali dulu nak turun escalator pastu baru je beberapa saat haku tertoleh ke belakang nampak anak buah haku tengah tercari2 kami
terus haku panggil
lepas pada tu kalau anak2 buah ikut shopping ke terus haku pastikan dorang sentiasa ade bersama n ade orang dewasa bersama dorang
sebab haku gi ramai2 kan 
seram je
adeh :)

































Tuesday, 3 March 2015

SKON KISMIS




Semalam kan haku gitau nak buat skon kismis kan? :)
Sket lagi jek mood malas nak datang mengacau hihihi
Kaki dah melangkah masuk dapur dah tup2 perasaan nak buat skon tu macam alaaaa tetibe malasla pulak kan nak mengeysah  :)
( word sesedap nak taip kan ;p )


Tapi bila semangat nak buat skon tu berjaya mendebik keluar perasaan malas tu makanya kaki berjaya jugak masuk jauh ke dalam sket kat dapur tu hahahahaha ;p


Buka kabinet amek bekas nak menguli,amek tepung gandum,amek baking powder tapi bila tengok tarikh baking powder duedate dia tahun 2014 terus je buang dalam tong sampah tanpa banyak fikir lagi ;p


Alah boleh je la buat skon tanpa baking powder pun gituuuu ;p
Pastu amek gula,amek garam,amek butter,amek susu,amek esen vanila,amek telur eh berapa kali nak taip amek ni daaaa???? ;p


 So tepung gandum tu amekla dalam 3 cawan pastu letak butter 70g pastu secubit garam pastu masuk kismis pastu masuk peti ais jap bagi dia sejuk sket


Dalam bekas lain masuk je susu tapi patutnya masuk susu tepung ke susu yang dah siap ke kan tapi haku masuk susu pekat ;p alah susu jugakkan ;p


Pastu satukan semua bahan cair tu kacau2 pastu tuang dalam tepung yang simpan dalam peti ais tadi


Uli sambil tengok tv heeeeee dari dapur bawak ke depan ;p



K bila dah siap uli amek acuan pulak
Acuan bulat semestinya
Tekap2 dapatla dalam 13 bijik skon tu



ni haku dah sapu sket telur dengan susu atas skon tu :)



 encik somi pun tolong tapi tolong tgk je laaaaa ;p



 aci tak??? hehe


Dah siap tekap masukla dalam oven yang dah dipanaskan awal2 tadi suhu dia 180 darjah celcius dan masak selama 20-25 minit atau sehingga nampak permukaan dia gold brown :)



tadaaaaa jadi la kan walaupun tak cantik sangat ;p


nemo pun suke ;p


Kebetulan jem strawberry banyak lagi feel nak macam Cameron Highland la pulakkan ;p
Siap breakfast buat teh susu lagi sebabnya teh tu haku beli masa naik CH dengan family haku dulu time tu encik somi pun ade sekali :)


Rasenye??? ok la boleh layan :)
tetibe rase nak gi amek 1 lagi pulak ;p


K lah nanti sambung borak sebab ade urusan jap :)
daaaaaaaaaaaaaa





Malam pulak haku dengan encik somi gi Mydin Mall beli barang2 dapur 
lepas tu lepak jap makan2 
encik somi order nasi dagang dengan lauk pauk dia
haku lak sebab kat luar tak nak la makan nasikkan sebab kat umah nasik je memanjang heeee ;p
so order mee rebus je la
lepas makan gi singgah eco save jap
sebab haku nak beli balang2 hahaha
tu la selalu tengok blogger2 yang rajin menyusunatur setiap inci rumah dorang haku pun macam nak rajin jugak macam korang2 kan :)
so haku baru start sket2 sebab haku perlu berlawan dengan mood malas haku ni ;p
haku adalah sorang yang tak rajin tapi tak jugak malas tapi kalau malas singgah memang malas betul kalau rajin plak singgah memang rajin betul so layan je laaaaaa ;p



Ni la balang2 dia murah je kot rm2 jek kat eco save tu ;p
bolehla nak letak keturunan tepung2 dengan serbuk2 minuman dalam tu kan :)
ape?? nak jugak?? haa gi lah beli cepat! ;p




Penutup kaler biru tu gula saje haku nak bezakan dari balang serbuk minuman yang lain tu :)
cuma susu tepung tak beli lagi tapi haku rase nak tambah lagi balang ni nak letak milo ke nescafe ke hmm ape lagi eh? ;p saje la tu kan nak bagi penuh almari grrrrrr ;p




haa balang ni haku letak segala keturunan2 tepung yang akan expired lagi 2,3 tahun ;0 tinggal lagi haku nak tambah balang tepung ubi kayu,tepung beras dengan tepung errr alamak nanti haku tengok balik rase macam ade 1 lagi keturunan tepung kot ;p





macam sedap je mata memandang kan? :)
takpela pelan2 la haku menyusunatur setiap inci umah haku ni
suke je haku tengok korang2 yang rajin menyusunatur tu so sket sebanyak dapatla jugak idea nak bagi umah sendiri kemas dan teratur gitu :)


k ade lagi yang haku belum upload nanti haku masukkan disini
nak tido dah sebab jam 2 pagi lebih dah ni
esok ade urusan kat luar lak dengan encik somi
daaaaaaaaaaa nanti kita sambung lagi k insyaaAllah :)
wassalam.


























































Monday, 2 March 2015

KRING2 MAK TEPON ;)




Kring2 kring2 kring2 tepon haku bunyik ;p
tak best langsung bunyik kan? hahaha kang letak tone lagu best2 kang layan lagu dulu baru angkat aci tak? ;p
Rupenye mak haku tepon :)


Gitau haku adik haku dari bumi selangor tu nak balik nanti so alang2 nak balik boleh haku ikut balik sekali
Oh mak haku nak suh haku balik kg la tu kan :)
Memang dah lame benor haku tak balik kg huk huk huk
Nak jadi anak mak abah yang tak kawen lagi
Nak duduk dengan dorang macam dulu2 walaupun haku banyak duduk asrama je dari sekolah menengah sampaila masuk u kan tapi kalau cuti balik kg jeee :)
Takde balik mane2 pun
Gi mane2 pun dengan family
Rindu betul masa lalu....


Tapi itulah bila dah kawen boleh ke nak balik kg lame2?
Tinggal suami yang tak dapat cuti?
Balik sekejap je mana puas hati kan?
Haku kalau setiap kali balik kg memang berat hati la nak balik rumah haku balik
Anak2 buah pun mesti sedih chewah :)
Maklumla haku kan geng gaduh dorang :)
Geng masak same2 Geng main sembunyi same2 Geng lepak same2 Geng support main game same2
Tup2 geng nak balik huwaaaaaaaaa sedeyyyyy 
Ayat dorang 'mak ngah jangan alik'
adoiiiiiiiiiiiiii terus bergenang air mata mak ngah korang heee
:P


Tapi haku tak ckp lagi kat encik somi & haku berbelah bahagi lagi
Walaupun haku tahu encik somi tak kisah sangat kalau haku nak balik kg
Tapi haku rase beliau memang tak nak haku balik kalau beliau tak balik sekali :)
K nantila fikir semula cane kan
:)

k stop jap sebab haku rase nak gi buat scone raisin je ni :) baik haku gi buat sementara mood rajin datang kang tetibe mood rajin larik scone raisin pun ikut larik same heee ;p
















Sunday, 1 March 2015

PANASKAN SEKARANG NI?




Bila hujan turun suhu sejuk kipas pun tutup
Bila cuaca panas kipas sedia je on 24 hours
Sekali haku terfikir bahaya jugak kalau 24 jam asyik terpasangkan?
So sebab dah terfikir haku pun off kejap
Tapi tak sampai 3,4 minit pasang balik ha ha ha cannotla rimas pulak :)
Bila macam ni haku dah terfikir nak pasang aircond pulak la nanti
Baru best je kan nak tido makanya semakin pemalas la haku nanti ;p


Pastu boleh pulak haku terlupa lagi nak makan antibiotik? ;p
Time risau tak sabo2 nak ke klinik amek ubat
Time dah ok sket lupe daratan pulak ;p
K baru je beberapa minit haku dah telan pil antibiotik tu
sebijik je pun ;p
Dah lame tak telan pil kan rasa macam cuak je nak telan
So bukak je ubat tu kat dapur terus campak je dalam mulut pastu gi depan minum cepat2 fuhh legaaaa ;p
i hate telan2 pil ni lah tapi nak baik redho je la :)




Hari ni haku masak rendang ayam kununnyela kan ;p
Sekali tengah masak heran apesal dah jadi macam kuah kurma lak ni??????
magic tak? ;p
sedap?
of course la sedapkan walaupun asal nak masak rendang finally jadi kurma hahahahahaha ;p
 korang ade? haku je ade hihihihi ;p
 tapi sedapppppppppppp ok la kan hiiiiii layan jeee ;p



 Sebenarnye haku nak mengemas ni tapiiiii enjin nak mengemas tak start2 lagi adoiiii ;p
Ye haku tahu sebab cik pemalas tgh hinggap kat haku skrg ni tu sebab haku asyik layan bantal dengan tgk tv je adoiii mana ntah cik rajin gi ni cepat balikkkkkkkkkkkk!!! ;p
 Dah petang tp panas lagi kat luar tu k lah stop jap taip nak landing2 tgk tv jap walaupun cite tak best mana :)


Nanti haku sambung k sebab errrr takde sebab pun heeee :)



K tibe malam pulak haku dengan encik somi ke Mydin mall beli barang2 dapur sket
Cadang nak makan sane tapi tak pun terus je balik umah masak maggie hahaha ;p
Masak maggie tapi adela letak sayur sawi dengan telur ok la kan?
Kenyang makan maggie sampai licin periuk ;p
Sesekali layan maggie ok je kan sebab stock maggie memang takde pun kat dapur haku
Sesekali terase nak mkn layan je la :)
Beli jugakla biskut2 kot2 nak makan sambil2 tengok tv ke kan :)

Selama ni haku tak amalkan ada kudapan dalam rumah
Nak makan sila masak :)
Ingat nanti nak buat scone pulak
Hmm scone letak krismis
Jem strawberry ade lagi tu 
Teh serbuk cameron ade lagi tu haku beli dulu time naik cameron dengan family haku
Memang banyak lagi la kan 
 Jadi memang layan teh je la teh o :) 


K lah mata haku dah bagi signal nak tido ni
Nanti sambung lah
daaaaaaa 
ZzzZZZZZZzzzzzzzzZ