Friday, 28 March 2014

ADEH! JEREBU LAGI




Pagi ni haku terbau macam asap lagi
jerebu lagi ke?
tapi sebab subuh gelap lagi so tak berapa jelas la kan
jam 9 pagi mcm tu baru ketara jerebunya
letih betul dengan jerebu2 ni
really dont like it
hari ni air still belum ade,agaknye ptg sket kot? KOT? ;P
adik haku kat kg ckp dorang nak gi jenjalan
cuma haku je tak balik hmm dah encik somi tak dapat cuti kan
takpe2 haku ade plan baik punye tapi makan mase la tp takpe sabar hehe
pagi2 tgk jugak tv pasal MH370 tu
macam2 haku fikir
terus automatik bergenang air mata n sebak tak habis2
MALAYSIA betul2 diuji sekarang
tp ujian selalunya takkan tertimpa pada yang tak boleh menanggungnya
haku pasti seluruh rakyat Malaysia dan pemimpin2nya dapat menghadapi ujian ni
selepas ujian selalunya ada kemanisan inshaaAllah
semuanya berbalik kepada pertolongan dari ALLAH S.W.T
TUHAN SEKELIAN ALAM
umat islam jangan berhenti berharap dan teruskan berdoa padaNya
k nanti haku sambung borak lg k ado kojo sket hihihi ;p
sambung2 ni biase ;0
daaaaaaaaaa




Menu of the day :)


CARROT PORRIDGE WITH GRiLL CHICKEN ;P



 ayam yang digaul2 dengan garam n kunyit



 tutup sebentar



 tinggg!! meh nak rase apekah? ;p



 balik2 sana sini seketika :)



 tingg!! siap sedap memang sedap :)



grill chicken makan dengan carrot porridge memang heaven :)
kenyang pun kenyang Alhamdulillah.




 SEMOGA MH370 DIJUMPAI BERSAMA PENUMPANG2NYA AMIN.



SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.



Hishammuddin – sejarah akan menghakimi mereka.
maksud yg begitu mendalam.

Thursday, 27 March 2014

SUATU IKTIBAR & PENGAJARAN







SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.


Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.


Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.


Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.


Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.


Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.


Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.



Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.


Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.


Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.


Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.


Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.


Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.


Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.


Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.


Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.


Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.


Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.


Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.


Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.


Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.



Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.


Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.


Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120923/re_01/Suara-hati-Dr-Mahathir#ixzz2x8LwnYdq
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Teruskan berdoa agar usaha pencarian berjaya dan penumpang2 serta pesawat MH370 dijumpai inshaaAllah,Allah S.W.T Maha Berkuasa atas sesuatu.

Wednesday, 26 March 2014

ALLAH S.W.T MAHA BERKUASA & MAHA MENGETAHUI




Semakin hari semakin banyak bukti yang muncul samada benar atau tidak seolah2 cuba memberitahu kita apa yang berlaku itu memerlukan penyiasatan yang menyeluruh.
Dengan menggunakan segala peralatan canggih yang ada kita & pasukan SAR masih belum menemui pesawat MH370 tu
Memang suatu yang misteri dan mengemparkan dunia
tapi ingatlah ALLAH S.W.T MAHA MENGETAHUI apa yang telah berlaku dan di mana pesawat tu berada
Sebijak2 manusia tidak akan dapat mengatasi kuasa ALLAH S.W.T
Bagi umat islam teruskan berusaha dan berdoa pada Yang Maha Kuasa
supaya ALLAH S.W.T membantu kita
ALLAH S.W.T sebaik2 Penolong
Haku harap Malaysia teruskan penyiasatan sampai ke akar umbi atas apa yang berlaku.
Malaysia pastinya bijak dan berhati2 terhadap apa saja tindakan yang dilakukan.
Semoga kebenaran muncul dan pesawat MH370 dijumpai dengan pertolongan ALLAH S.W.T. Amin.



Lebat hujan turun hari ni,Alhamdulillah
doaku semoga pesawat MH370 ditemui dengan Kuasa ALLAH S.W.T




kerja haku malam ni :)
sambung tgk cite My Girl :)
touching cite ni  :)





pastu malam eh tgh2 malam haku buat kek butter lagik ;p
dengan mata dah mcm gam 
kalau mood tgh rajin ape pun boleh ;p
adeh!

















esok pepagi adik haku nak balik kg
balik kg sesorg lak tu kemain berani ;0
lelaki mesti berani kan? ;0
bau kek ni memangla kan buat perut haku berkeroncong pepagi buta ;p

 


Tuesday, 25 March 2014

SPEECHLESS + SAD FOR MH370




Sebak,bergenang airmata,tak terjangkau fikiran ape yang telah berlaku terhadap penumpang2,anak2 kapal kru pesawat MH370 melainkan itulah yang sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak Azali lagi.
Tak mampu haku nak membayangkan lebih jauh lagi sebab ALLAH S.W.T telah menentukannya berlaku.
nothing to say more coz i'm really speechless at this moment.
AL FATIHAH kepada golongan yang beriman di dalamnya.



 credit to google





Lunch + dinner tonight :)
bihun singapore
kenapa singapore?
ntah mak haku cakap cenggitu
so i follow je lah :)



suka tudung ni cikgu :) ada macam gadis turki tak? hehehe nak jugak ;p




malam ni haku menangis lagi bila berita menunjukkan luahan hati isteri seorang pramugara disiarkan,sedih memang sedih,memang mengalirlah air mata haku ni,sebak lagi huwaaaaaaa semoga mereka2 yang diberi dugaan besar ni bertabah dan menerima qadar dan qada' dari Allah S.W.T
bagi mereka yang beriman di dalam pesawat MH370 tu semoga dikurniakan syahid akhirat Amin.





Syahid Akhirat, yaitu orang-orang yang meninggal bukan dalam peperangan, namun mereka mendapatkan pahala syahid disisi Allah. Orang syahid Akhirat tetap dimandikan dan dikafani seperti orang lain. 


Berikut ini beberapa golongan manusia yang mendapatkan gelar syahid akhirat, yaitu:



1. Perempuan Meninggal Karena Melahirkan

2. Orang Meninggal Karena Tenggelam

3. Orang Meninggal Tertimpa Runtuhan

4. Orang Meninggal Karena Kebakaran

5. Orang Meninggal Karena Diasingkan

6. Orang Meninggal Karena kezaliman orang lain

7. Orang Meninggal Karena Penyakit dalam perut

8. Orang Meninggal Karena Wabah

9. Orang Meninggal Dalam Menuntut Ilmu

10. Orang Meninggal Karena Menahan Rindu







Tapi menurut Dato' Abu Hassan Din Alhafiz
jika Allah S.W.T menghendaki mereka selamat segala2nya memungkinkan,jika pesawat tersebut tidak pecah dan Allah S.W.T menidurkan mereka segalanya mungkin mereka terselamat.InshaaAllah semoga pesawat MH370 tu cepat2 ditemui untuk mengetahui keadaan sebenar mereka.







Monday, 24 March 2014

SESI MY GIRL :)






Minggu ni tetibe rase nak layan cd My Girl plak
lame simpan sebab dulu dah tgk habis
tapi ni baru nak tgk balik sebab cite dia best :)


baru masuk cd ke 3 dari 16 cd hehe takpe slow2 layan tgkkan :)




tadaaaa dah tinggal 1 kueh lidah kucing ni ;p
tu la kan haku dah ckp kalau tgk tv atau cd sambil layan makan memang habisla kan time tu jugak ;p
ni tinggal 1 kat dorang nanti leh bahagi 2 hahahahaha ;p



Tetibe terfikir 'dimanakah sebenarnya pesawat MH370 ni mendarat?'
berfikir jauh lagi tentang keadaan penumpang2 dalam pesawat tu sekarang.
hmmm ALLAH S.W.T Maha Mengetahui.



Semoga ALLAH S.W.T membantu usaha pencarian pesawat MAS MH370.
Amin.



SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.




Malam dengar pengumuman dari PM kita mengenai pesawat MH370 berakhir di selatan lautan hindi
Semoga Allah S.W.T mengampuni dosa2 golongan beriman padaNya dan dimasukkan ke dalam syurga yang abadi Amin
Semoga keluarga2 penumpang2 MH370 tabah dan sabar hadapi dugaan yang besar ni
seluruh dunia berada dalam keadaan sedih dengan apa yang berlaku khususnya keluarga2 penumpang.
Takziah haku ucapkan pada mereka dan doaku mereka tabah menerima apa yang sudah tersurat.




sebenarnya time ni haku kat dapur sebab nak buat kek butter tapi berhenti sekejap tgk pengumuman dari PM kita Dr Seri Najib,sebak haku rase sebab setiap kali persidangan MH370 haku mesti mengharapkan berita baik,setiap kali tv menunjukkan perkara mengenai MH370 haku mesti mengalirkan air mata tanpa sebab yang jelas,ntah sebab haku pun tak pasti,yang pasti ada 1 perasaan yang sukar nak dijelaskan dalam situasi negara berada dalam keadaan yang cukup sukar.
semoga perkara begini tidak berulang lagi memang 1 penyeksaan menunggu berita mengenai MH370 ni.











:) Best butter cake jadi begitu rupawan sekali :)





credit pic : kosmo



haku kongsikan ucapan dari PM kita


KUALA LUMPUR - Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang hilang.
Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut
terhadap data itu.

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan.

Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut.

Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perkembangan terbaharu ini dalam kadar segera.

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini.

Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini. - Bernama