Wednesday, 14 January 2015

KENAPA TIDAK? ;)




Al kisah semalam kan haku dengan encik somi gi ke hospital ada urusan sket encik somi wat rawatan kat jimnisium hospital sebab sakit urat ke sendi ntah kat bahu dia so memang ada appointment la dengan dr :)
( cuti kan best jugak lepas rawatan keluar merayap boleh jeeeee ;p )


k masa nak balik tu sebelum terus ke 1 shopping mall ni haku terpandangla bangunan hospital kan :) hmm pastu bila pandang ke depan haku nampak pulak bangunan berkaler :) k nampak tak? sempat lagi haku bermonolog sendirian seakan2 masa terhenti seketika n haku berada di dunia sendiri time tu ;p


Tak,sebenarnya haku tetibe terfikir kenapa bangunan hospital warna dia plain je? kenapa tidak diwarnakan dengan warna yang menyegarkan? macam warna hijau ke warna biru ke warna merah ke warna oren ke warna warni ke dan lain2 warna yang menarik supaya pesakit rasa gembira je sepanjang mendapat rawatan kat hospital kan??? kan?? kan ??? takla plain n suram jeeeeee ;p


Mungkin kalau bangunannya berkaler dan tanam banyak pokok atau pokok bunga ke mesti persekitaran akan lebih menarik dan udara lebih segar kan? maklumla tumbuhan kan mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida???hmm bersaintifik pulak haku di kala itu ;p
k dah tu je sekarang meh kita ke shopping mall lak :)


K bab berjalan 1 shopping mall ni celah mana haku tak masuk melawat kawasan kan? ;p sibukla borak itu ini dengan encik somi dengan tangan dah pegang botol sos tapi belum bayar la kan?
sekali tengah borak macam2 kaki dah melepasi gate yang mengawal keluar masuk orang tu ke dalam shopping mall dengan pak guard ade kat depan tu ;p
2,3 langkah kat luar tu sekali baru perasan dah kenapa haku tak bayar lagi botol sos ni tapi lagi suspen tu tak bunyik lak tu alarm kat pintu gate tu ;p
pelagik terus kene gelakkan dengan encik somi la,amboi2 suka dia gelakkan haku yeeeeee ;p tapi haku pun gelakkan diri sendiri jugakla n pelagik kelam kabut masuk balik gi cari kaunter bayaran haha ;p

Sibuk benar haku berborak sampai lupa nak bayar botol sos tu ;p lagi best pak guard tak nampak lak tu dengan pintu gate tak bunyik hmm ke rosak time tu? ;p
Terus haku cakap kat encik somi bayangkan kalau kita bawak keluar barang2 mahal haaa tapi takpe kami ni manusia yang jujur amanah dan lain2 so dont worry hik! ;p
Korang bagi sejuta suruh kami simpan pasti korang dapat balik sejuta tu jugak haa gituuuuu :)


K lepas bayar tu eh botol sos je belik??? ;p
Haha sebenarnya haku ni suke je jalan2 window shopping takde idea nak beli apepun sekali terjumpa botol sos tu ingat senangla nanti nak tuang sos alah yang jenis senang picit tu leh la tuang atas burger ke mee ke kan :)
haku memang suka beli benda yang akan menyenangkan kerja2 haku je :)
lain2 haku survey2 dulu adela tengok promosi banyak jugak kat situ tapi takpe meh kita balik kira bajet hahaha kata 2015 tahun penjimatan kan :) pening.


K sudah2 mehla kita keluar cepat2 gi cari kedai makan lak :)
Pusing sana sini sekali gi masuk KFC je????? bertuah betul ;p
Tapi sedap je la kan layannnn makan di tempat yang luas dan beraircond tu lagipun orang tak ramai so suasana lebih santai :)
Lepas makan kenyang2 mohle balik sebab rase selesa nak membaringkan diri sambil tengok cita cina best cite cina ni kat TV8 kul 3 ptg tajuk errrrrr lupe malas nak bangun gi amek paper kat dapur tu hahaha ;p
jam 6.30 ptg layan chamsaarang tv9 pastu malam layan satu hari di tv9 pastu layan mad market tu :)
Amboi bahagia betul tengok mad market tu berjalan je korang yeeeee :)
Tapi memang bestlah :)


Pastu dah ngantuk sangat tido je laaa n tido awal so bangun pun awal la kan tapi masalah haku selalu je tak dengar alarm haha tapi takpe encik somi la jadi alarmnye ;p bertuah!

Eh jap2 tetibe terfikir pulak pasal BR1M tu
kenapa orang suke sebut BR1M tu brim??
 Bukan patut sebut BR 1 MALAYSIA ke?
Panjang sangat eh nak sebutnya? :)
Sebab sah2 BR1M tu 1 dan huruf i tu lain bunyiknya??
 K nak fikir silakan :) tak nak fikir pun silakan ape2 je melayan fikiran haku ni ;p



Macamla anak buah haku yang sorang tu aidil
patutnya panggil haku mak ngah da sekali terus di pendekkannye panggil haku MADA???
motip budak ni?????? ;0

































Monday, 12 January 2015

AMPUN BANG :)





Haku taip ni di kala hujan sedang turun dengan lebatnya dengan guruh berdentum sesekali makkkk takuttnyeeeeee tapi jejari still kat keyboard sebab semangat nak menaip hiiii ;p

Lebat tol hujan dengan harapan ia adalah hujan rahmat amin..

K nak cite pasal semalam la haku kan gi pasar malam tu sekali sampai eh dah kenapa tutup pulak?? baru belum jam 8 malam lagi kot ngeeee ;p
Malam masih muda kan? :) so lepas tu terus ajak encik somi gi beli barang2 masak jap kat kedai runcit pastu tersinggah pulak kedai makan hahaha ;p
Terus order kueyteow bandung dengan bihun sup bungkus bawak balik sebab nak layan mentor legend jap gi :)
Tengah tunggu dorang masak tu mata haku terpandang straight ke depan pastu terus pandang encik somi hahahahaha nak tahu kenape??
Sebla haku tapau je makan kat umah atau rasenye ni la first n last haku beli makanan kat sini ;p
Memang tepat depan mata haku ni ade pulak tandas terbuka depan tuuuuu adoii terus rase tekak macam nak meloya je ;p
boleh bayangkan tak jika haku duduk makan kat situ??

Sekurang2nya buatla tabir ke langsir ke tutup area tandas tu kan ni tak elok pelanggan makan pandang ke depan memang nampakla tandas terbuka tu ;p sabo je la pastu terus haku pandang tv je buat2 tak nampak walaupun nampak jugak ngeee ;p

Eh nak cite pasal aiskrim tercite pasal kedai makan lak ;p

Oh ye semalam ntah kenape terbeli pulak aiskrim pelbagai rasa sampai 4,hmm alah 4 je kan buka 100 tak banyak pun heeee ;p



haaa cenggini la aiskrim magnum yang haku beli tu :)





yang macam ni sedap aiskrim velvet :) keluaran terbaru kah?? ke haku je ketinggalan?? ;p haku habiskan sorang je ni tapi bagi jugakla kat encik somi rase sket bila nak ujung2 hahahaha ;p




haaa yang haku nak cite aiskrim macam ni la encik somi yang pilih untuk dia sekali malam semalam dia tak makan kan? haku ni tak yah cakapla selagi ade je aiskrim dalam ice box tu memang berulang je la hamek ish memang tak bagus betul kan? baik biar kosong je ice box tu kang hancussla diet haku yang tak berapa nak diet ni ;p


So tadi haku cakapla kat encik somi aiskrim dia dah licin haku kerjakan hahahahahahahaha ;p
Terus buat muka sedih haha tapi haku ganti jugakla dengan aiskrim magnum tu walaupun tu je tinggal 1 lagi pastu rase macam alaa dah kenapa bagi kat encik somi lak kan dah takde hehehehe ;p tapi takpe nanti nak buat collection aiskrim lagi EWAH??????????? ;P
apakah ajak encik somi gi kedai runcit lagi semata2 nak collect aiskrim??? ;p
just wait n see ;p



haaa ni 1 lagi aiskrim kegemaran haku dulu2 duluuuuuuuuuuuuuuuuuu ;p
sedap kan?
tapi dah boleh tahan tak beli pun
oh tidakkkk menjauh kau dari ku ;p
k stop dulu sebab hujan semakin lebat.
wassalammmmmmm :)













Sunday, 11 January 2015

SARAPAN PAGI :)





Ewah..tetibe pulak mood nak bercerita tentang sarapan pagi yang hari2 haku terpaksa fikir nak masak ape ;p

Haku lak memang jenis amek sarapan pagi ni tapi kalau tak amek pun ok je tapi kebanyakkan memang la haku amek sarapan pagi supaya haku boleh menjalani kehidupan sebelum ketibaan makan tengahari boleh gitu? ;p

Ingat lagi time haku kat kampus dulu memang boleh kira pelajar yang masuk dewan makan untuk makan pagi :) Rilek je haku layan makan pagi dalam dewan yang luas sambil tengok tv :) 

Suasana waktu pagi memang menyegarkan :)
Biasela hari tak ke kelas memang harap la pelajar2 nak bangun awal2 pagi pastu bersiap ke dewan makan kan hahaha lagi best sambung balik tido sampaila tiba waktu tengahari hihihihihi ;p

Best pulak bila teringat keletah kawan2 haku time belajar dulu :)
Asal haku balik je dari sarapan pagi mesti kawan2 haku tanye makan ape hari ni? :)
Pastu kalau sedap terus kata ruginye tak bangun ikut gi dewan makan sekali hahaha :)

Biasela pelajar2 kadang2 berjaga malam samada nak belajar atau buat tugasan kan :)

So lepas subuh selalu memang kebanyakkan akan tido balik :) best betul time tu sebab tugas sebagai pelajar hanyalah belajar,makan,tido,bercinta je kan? eh??? hahaha :)


 So sekarang ape yang buat haku sedikit tekanan hahaha mestila nak menyediakan menu sarapan pagi kan :)

Haku terfikir jugak nak buat menu sarapan pagi / tengahari / malam untuk sebulan lagipun dah siap pun menu2 tu tapi belum dimulakan lagi sebab nak kene gi supermarket lagi nak top up semua bekalan dapur tu,kalau tak cukup jadi malas pulak haku nak iye2 buat hahahaha ;p

So nanti haku nak buat list bahan2 yang kene beli untuk menu yang haku dah buat tu selama sebulan

pastu patut ke menu2 tu haku tampal je kat peti ais ke kan senang haku nak tahu esok2 nak masak ape lak kan hmmm nak tampal pulak masalahnya haku ni kalau nak rajin pun ikut mood je ni adeh! ;p

Haku ni dahla jenis pemalas hahahaha tapi kalau dah start rajin tu pastu senyumla sampai telinga kan :) masalah betul dengan diri sendiri hahahahaha ;p


K lah borak2 sket dah lah kang borak panjang2 bosan lak dengar haku membebel pasal sarapan pagi je???? memang tak patut betul buang masa korang kan hahahaha ;p

k lah malam nanti encik somi ajak gi pasar malam pastu nak layan mentor legend je la kan :)
agak2 sape juara? hmmm jangkaan haku?? ntah takde instinct nak teka sape menang :)
k lah nanti borak lagi k daaaaaaaaaaaa insyaaAllah.





Saturday, 10 January 2015

SANTAI @ HUTAN LIPUR KUALA WOH TAPAH



Wah kalau bab santai2 ni memangla best nak cite heeee :)
Alkisah adela hari tu masa family haku datang lepak kat umah haku tetibe je haku terfikir nak ajak dorang gi berkelah :)
Kebetulan abang haku melawat sedara besan dia so alang2 dah ramai2 berkumpul kecuali adik haku yang ketiga dengan keempat tu tak dapat datang makanya plan la kami adik beradik berkelah kat Hutan Lipur Kuala Woh kat Tapah Perak tu :)
(sket lagi je nak naik cameron highland cadangan kak ipar haku ehehe kate dah dekat kan :) tapi dek last minute plan dengan ape tak prepare makanya balik je la lepas berkelah tu walaupun haku ok je nak terus nek cameron heee ;p


Ok abang haku dulu pernahla berkelah kat sini dengan geng2 kereta dia n tempat ni memang selamat untuk mandi manda kan so kalau korang nak berkelah kat sesuatu tempat tu better tanya renjer atau petugas kat situ tempat tu selamat tak nak mandi manda yelah kan keselamatan perlu walaupun nak bergembira kan :)



Masa nak sampai kat hutan lipur kuala woh ni time tu macam mendung sket mulela haku cuak kang hujan caner nak mandi manda kan? walaupun haku takla mandi baju salin pun tak bawak eksyen kan nak celup2 kaki je ;p sekali best rupenye nyesal tak bawak baju salin hahaha sket lagi je nak kuak lentang dalam sungai tu ;p tapi layankan je la anak2 buah main air sungai kat situ ;p




Air sungai dia memang bestla kan tapi lame2 makin banyak pulak air dia mungkin hujan gerimis pastu lebat sekejap lepas tu gerimis balik pastu baru hujan benti :) cadang nak bentang tikar tepi sungai tu sebab ade ruang lapang sket atas pasir tepi sungai tu tapi dek tetibe hujan gerimis makanya naikla kami gi hampar tikar atas meja bawah pondok tak jauh dari anak sungai tu :)
hmm pastu terus haku terfikir lenkali kena bawak khemah besar sket ni baru best tak pun kanopi besar kan dah satu hal lak nak pasang lagi la nak bawak ;p tapi bersusah2 dulu bersenang2 kendian kan :) hmm kalau lepak seharian mungkin boleh dipertimbangkan tapi kalau kejap je takyah la kot dok je diam2 bawah pondok yang disediakan tu sambil makan2 heeee ;p



Percubaan suruh dik ammar pandang kamera :)




Ewah dik ammar ni kemain mama dia nak amek gambar yang gi tutup mata tu kenape???? ;p




Dik dil ni mandi sampai terketar2 dia tapi tak nak naik lagi mau mandi :) tu tangan dia tu penuh dengan pasir hmm memang budak2 suke main pasir kan? lenkali bolehla haku belikan dorang alat main pasir tu kan :)





Alimin lak suke je dia main air sungai tu tak padan dengan kecik lagi nak masuk ke dalam lagi ish ini budak memang berani betul kalau lepas kat mana2 suke je jalan sorang2 tak menoleh lagi dah semangat waja betul macam dah besar boleh cari jalan pulang sendirik! ;p meh kita tengok aksi alimin dalam air :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 tadaaaaaa semangat! :)




 ingat nak ajar dia berenang sekali takut haku pulak terlentang ke belakang hahaha basah pulak kang dahla duit n ic haku letak je dalam poket zip seluar tu ;0



 Seronok melayan budak2 bergembira bermandi manda kan :) tapi kita jadi monitor je la dorang ni mana boleh lepas pandang tahu suke jeeeee hish! :)



nah kanak2 riang ria bermain air sambil di monitor abang haku ;0..
masa zaman kanak2 je la best nak bermain air bila dah dewasa ni takdela excited sangat kalau setakat air sungai ni je kan hehehe :)



suke betul main pasir dorang ni :) tu dah gaya macam mendulang je jumpe emas ke??? kayo2 kalau jumpe emas tapi rupenye mendulang pasir je la ;p



time ni haku dah macam nak terbalik je rase sebab alimin kemain meronta sana sini dek suke sangat main air ;p



meh kita bergambar sebelum ammar main air kat sungai ngan pak longnye :)
cuak ke ammar ? :)




abang haku melayan anak buah dia ammar main air kemain serius muka ammar takut keeee ;p
anak2 buah haku ni kalau dengan pak long dia terus jadi serius hahahahahaha
pak long garang ke?? ;p pak long nampak je serius tapi penyayang hahahahaha :)



dah macam anak burung je dik ammar ni hahahahaha ;p



k dah kenapa mata haku macam tu?? time ni haku rasa haku kengantukkan kot tahan mata hahahahaha ;p



So time ni mak abah haku dengan onyang kak ipar haku lepak kat pondok atas
nak ke anak sungai ni kene turun ke bawah sket so kalau dari pondok memang tak nampakla kan tapi takpela biar kami2 je monitor budak2 main air yang warga emas duduk santai je sambil makan2 kat pondok :) sejuk tenang aman damai je kat sini :)
ade pondok ke motel haku tengok disediakan sape2 nak bermalam kat sini


dulu abang haku dengan geng2 kete dia pernah tido sini tido dalam motel tu la best je abang haku kata dengar bunyik arus air sungai mengalir malam2 dengan bunyik2 unggas rimba :)
gi ramai2 ok la kan kalau gi sorang dua kene fikir banyak kali gak tu heee ;p


tapi pesan haku kalau korang nak ke sini atau ke mana2 hutan lipur tanya dulu renjer atau petugas kat situ tentang keselamatan korang nak mandi 
just beware :)
sediakan payung sebelum hujan tapi baju hujan pun ok je :)
daaaaa nanti kita borak2 lagi ye :)
insyaaAllah..


































































Friday, 9 January 2015

SUKA SATU HARI NI :)




Haku kan kalau dah suka sangat2 satu2 drama tu memangla haku akan review habis2 tau :)



K drama yang haku nak cite ni yang tengah ditayangkan sekarang ni kat TV9 setiap hari selasa dengan rabu jam 8.30 malam :)


Drama satu hari ni cerita tentang seorang jejaka bernama Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo kerana dikecewakan oleh isterinya, Lia (lakonan Rita Rudaini) yang curang dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan). Isfahan berkahwin dengan Lia selama sembilan tahun dan dikurniakan seorang anak bernama Puteri.  
 


Di Sarajevo , Isfahan kemudiannya bertemu Sabrina (Sara Ali) seorang pengkaji air mentah di Sarajevo. Dalam hati yang tidak keruan itu,tidak pernah terdetik untuk Isfahan menemui cinta baharunya di ibu negara Bosnia-Herzegovina itu. Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si gadis, Sabrina akhirnya membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta kembali.



Namun, dia masih terkenang dengan memori silamnya.
Satu hari, Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air kerana kematian anaknya, Puteri. Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez. Adakah Isfahan kembali menyulam kenangan lalu atau kekal bersama cinta barunya bersama Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? haa gitu jalan cerita dia


Cerita ni pada haku sangat menyegarkan sebab tu haku suke :) mungkin suasana persekitaran dia yang lain bagi kesan kat haku nak tengok lagi dan lagi :) yelah sebab drama ni dah berjaya buat haku ternanti2 setiap selasa dengan rabu so sanggup tak kemana2 selagi belum habis tengok atau keluar lepas habis tonton drama ni gituuuu ;p
 

Kalau semua drama ada faktor persekitaran yang menarik pada haku mesti akan menarik minat orang nak tengok kan? :) maksud haku tak kisah la persekitaran dalam negara sendiri atau negara luar tapi bonusla kalau ada persekitaran dari luar juga dimasukkan dalam satu2 drama tu :)

Ada pelakon ni orang sarajevo pandai cakap bahasa melayu tau ( Kanita Belascovic )


Ada 1 ayat yang menarik bagi haku yang diucapkan oleh Remy Ishak atau Isfahan dalam drama ni :
( Percintaan boleh merosakkan persahabatan )


Memang tepat sekali :)
k bye! ;p

P/S : Tetiba tersuka lagu ni :


Alyah - Sesal Separuh Nyawa :)



Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu


Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan


Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu


Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan


Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya


Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


lirik kisah silam :) k bye!