Wednesday, 23 October 2019

CHECK IN DI WAD


Hmm lama betul aku tak menaip di blog ni , aku taip ni pun dalam wad , tengah duduk atas kerusi berlapikkan bantal di belakang , Situasi aku sekarang ni aku rasa mengantuk tapi rasa macam nak menaip di blog maka korang layankan je la bebelan kosong aku kejap lagi ok😄

Sebenarnya aku baru sampai tengahari tadi di bumi tempat kelahiranku jelapang padi
Sebab ape?
Mak aku masuk wad hari ni sebab beberapa hari lagi beliau akan dibedah atas sebab aku dah cerita sebelum ni
Hmm perasaan aku?
Aku macam takde perasaan je walaupun aku tahu perasaan aku bercampur baur sekarang ni
Ewah entah ayat ape aku guna ni sesedap rase je heee 😄

Sekarang dah jam dah 11.46 malam
Aku sebelum balik jelapang padi rasa sedih jugak berpisah kejap dengan encik suami
Masa beliau tidur semalam aku pandang je rupe beliau sebab aku akan balik kampung lama sebab jaga mak aku
Terima kasih sangat sebab beliau memahami hmmm
ke beliau suke je aku takde kat rumah? 🤣
Teruk kan aku cakap camtu hihihi

Ni pun mak aku dah tidur aku pandang je lame sebab sedih beliau kena hadapi ujian ni tapi Allah S.W.T takkan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu kan?
Semoga pahala balasan atas kesabaran dan ketabahan beliau 💕

Semoga pembedahan nanti berjalan lancar dan beliau sembuh sepenuhnya 
Menjalani hari2 tua dengan gembira di samping keluarga tercinta 💖

Hmm apelagi aku nak bebelkan kan? 🤔
Pernah tak korang teringat cinta lama korang?
Entah kenapa semalam aku terfikir siapakah cinta pertama yang hadir dalam hidup aku

Aku pernah dicintai
( 2 insan yang benar2 mencintai aku )
pernah mencintai
( 2 insan yang aku cintai )
pernah dilukai
( 2 insan di atas )
pernah melukai
( jugak 2 insan di atas )

akhirnya aku bersama dengan insan yang tiada langsung berkaitan dengan ape yang aku taip di atas 😂 

Hebatkan aturan Dia
Setelah sekian lama baru aku nampak hikmahnya
Mungkin sudah tertulis jodoh masing2

Hidup ini sebenarnya hanya untuk mencintai Dia 
Cinta yang Abadi
Kekal sampai Syurqawi

Sekarang dah jam 12.03 tengah malam
Biasalah aku memang tak pernah nak tidur awal
Hmm ape je aku nak buat di wad ni kan?
Mungkin aku paksakan diri tidur je
So takdela minda aku melangkaui nun ntah ke mana 😂

Hmm sebenarnya aku mengantuk jugak ni
Oklah baik aku berhenti menaip sebab idea dah tepu dek faktor mengantuk ni

Nantilah aku bebel lagi
Rajin nanti aku update gambar ye
Oklah korang zzzzzz dulu..
bye
Wassalam....




Sunday, 29 September 2019

SEPTEMBER 2019 BULAN PENUH UJIAN DAN DUGAAN



Hi Korang



Lama aku tak menaip kat sini kan
Ntahla kenapa tak tertaip kat sini
Ni pun aku taip dalam wad hospital memandangkan mak aku tengah tido dan aku masih tak dapat tido hehe
Tapi bukan aku yang sakit 
Aku teman mak aku kuar masuk hospital dekat sebulan dah di sebabkan mak aku telah di kesan ada ketumbuhan di saluran hempedu
Korang terkejut?
Jangankan korang aku ni pun terkejut jugak mulanya heee


Masa ni aku makan malam dengan mak aku kat wad , aku beli dekat cafe bawah nasi ayam , roti dengan milo panas share dengan mak aku hehe sebab mak aku makan sikit je sekadar bagi tenaga selebihnya korang faham2 sendirila sape pulak yang tukang habiskan semua hehe 



Suasana dalam wad dah jadi 1 pemandangan biasa bagi aku bulan september ni 

Oklah Alkisahnya mulanya adik aku terperasan suatu hari bila terpandang mata mak aku nampak kuning bukan putih macam kita
Terus adik aku bawak check di klinik yang kemudian terus direfer ke hospital
Dari situ mak aku dikesan ada masalah saluran hempedu tersumbat
Terus masuk wad


Dek mak aku tengah dibuai mimpi aku kira biji tasbih ni hehe dah nak buat ape je kan? aku takleh tido lagi ni tengah duduk je atas kerusi 

So aku terus balik kampung sebab nak jaga mak aku tu memandangkan adik beradik aku yang lain ada komitmen masing2 tapi yang ada masa free dorang pun gilir2 jaga mak aku kat hospital


Aku ni lama dah tak kupas kelapa 
So time aku kupas ni ada 3 orang anak buah aku Aidina Uzair Alimin tengah tengok hehe
Asyikla tak sabar2 nak isinya
Aku ni jenuh kot nak mengupasnya
Rupa2nya kalau korang goncang kelapa muda tapi tak dengar bunyi air maksudnya air memang penuh dan isinya keras
Gitu pengalaman aku sekali kupas haha

Dalam bulan yang sama adik aku yang perempuan tu pun ada operation dekat hip joint dia di hospital swasta
So aku gilir2 jaga dorang berdua dekat hospital yang berlainan


Aku ni sejak jadi peneman pesakit asyik nak makan je kejenye 😂 ni masa dekat hospital swasta teman adik aku kat bilik dia 


Anak2 buah aku ni memang suka datang tempat makcik dorang 😄

Tido tak cukup itu dah jadi perkara biasa sejak aku jaga dorang tapi nampaknya aku boleh adapt dengan keadaan tu mungkin aku dah terbiasa dulu stay up zaman belajar kan



Staff fisio datang bilik sebab nak ajar adik aku berjalan perlahan2

Kesian suami aku kena tinggal tapi alhamdulillah beliau memahami walaupun aku tetap rasa bersalah huhu
Sekarang ni adik aku dah boleh berjalan tapi masih dengan sokongan tongkat sementara waktu yelah baru je operate kan



Suami aku hehe rajinla pulak nak menyiram pokok2 bunga hiasan mak aku tu masa balik sekejap hari tu hmm TQ suami sebab memahami 

Mak aku pulak isnin sepatutnya operate saluran hempedu dekat hati tapi mak aku decide tak nak operate cuma nak buat rawatan dekat 1 tempat di Penang di Permatang Tinggi sana



Anak buah aku Uzair nak ikut pulak tahan mata dia sebab jam 11 malam baru mula rawatan hehe tu la nak ikut tapi mengantuk sudah hmm

Situ ada perawat2 islam tradisional yang boleh mengubat masalah2 hati , jantung , batu karang , sihir , santau dan urutan urat saraf sendi semus
Aku tengok sendiri depan mata perawat tu keluarkan batu karang lepas discan hanya pakai tapak tangan pastu pesakit tu boleh terus bangun macam takde ape pun berlaku
Sakit pun tak SubhanAllah...luas ilmu Allah tu kan?
Bahan2 yang perawat2 tu suruh bawak hanyalah air mineral , kelapa muda , limau purut , krim aloe vera bergantung keadaan pesakit yang datang
Aku datang situ dengan mak dan jugak abang aku
Rawatan dimulakan pada jam 11 malam tapi percayalah semakin malam semakin ramai yang datang
Dekat situ jugak ada disediakan tempat makan2 atau rilek2 sementara tunggu pesakit2 dirawat



Dekat sini semua kaum datang buat rawatan
time ni perawat tu tengah nak stopkan pertumbuhan ketumbuhan dekat saluran hempedu mak aku tu berlapikkan tangan abg aku

Korang doakan semoga mak dan adik aku cepat sembuh ye dan semoga korang juga dikurniakan kesihatan yang terbaik aamiin.....

Saturday, 31 August 2019

SALAM KEMERDEKAAN KE 62 MALAYSIA TANAH AIRKU YANG TERCINTA


Salam Merdeka Ke 62
Lama aku tak menaip
Rindu nak membebel kat sini hehe
Perkembangan aku macam biasa
Takde yang berubah
Cuma selasa petang hari tu mak aku masuk wad hingga hari merdeka ni masih lagi di wad
Kes jaundis tapi warga emas
Selalu kes2 macam ni banyak terjadi kat baby kan tapi tak sangka warga emas pun boleh berlaku
Semua disebabkan hati yang ada masalah
Aku tengok kat file doktor tulis Hepatobiliary
Oklah aku nak sambung tido sebab dah jam 4.47 pagi
Wassalam

Wednesday, 14 August 2019

💖 SALAM 'AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN 💖




Hai korang raya mana tahun ni?
Aku tak balik kampung pun sebab cuti sehari je kan huhu sian tak?
Apelah makna raya kalau tak balik kampung kan?
Aku dengan adik bongsu aku je tak balik yang lain balik 😂
Tapi nanti adik bongsu aku balik jugak kampung aku je tak pasti lagi ni..
So pagi2 raya macam biaselah gi solat raya kat masjid tak jauh mana dari rumah
lepas tu ada korban 🐂 buat dekat rumah kakitangan masjid aku rasa macam nak pergi tengok tapi kata pak imam ada sistem kupon untuk ambil daging korban tu segan pulak aku nak menempek situkan hehe so tunggu jemaah berkurangan sempat layan ambik gambar seketol depan masjid hehe
Tak lama pak imam balik panggil encik suami nak bagi daging
eh ade je lebih pulak tu memang elok sangat daging tu lemak takde sangat
Alhamdulillah rezeki 😍

Terus aku potong2 bersih2kan masuk dalam beberapa bekas simpan dalam peti sejuk beku


So dalam seminggu ni rasanya menu aku mesti ada daging je lah 😃


Menu Daging Campur Masak Asam

Lame aku tak menaip rase macam dah tak reti nak berblogging maklumla banyak socmed yang lain nak diupdatekan haha gitu...😄
Tapi sejak laptop aku rosak memang aku dah tak rajin nak menaip sebab aku lagi suka menaip di laptop banding di hp macam sekarang ni kadang2 ada time terjelepok hp atas muka sakit tau tak 🤣🤣🤣 sabar je dengan hp ni kan hehe

Oklah aku stok taip dulu
Taip sambil baring lenguh tangan je kan tapi gigih nak taip jugak sebab bukak blog macam lama tak menaip so mehla update sket 😄

Tak lama nak merdeka kan
Korang sambut merdeka kat mana?
Aku tengah fikir2 lagi ni
Aku pernah sambut merdeka dekat melaka , maps perak , selangor 
Kali ni aku masih belum dapat idea lagi 
Semangat kan nak merdeka hehe

Oklah aku stop menaip dulu nanti rajin2 aku taip lagi ok insyaAllah 😍👌
Wassalam....have a nice day everyday 💖


Baju Raya 'Aidil Adha tahun ni free je reward dari bossku hehe 😄💕
Aku kan nekad nak pakai jubah je tak nak baju2 lain tapi baju peplum songket ni memang selesa jenis loose cutting dia so selesalah 😍 dapat free takkan nak tolak pulakkan terima sajalah Alhamdulillah menepati spesifikasi yang aku suka so oklah 💖



Thursday, 1 August 2019

MAKAN MALAM DI CAFE THAI



Alhamdulillah dah masuk bulan ogos kan 
Aku baru muncul semula haha 😃
Aku ada je kerap jugak bukak blog baca cerita2 lama cerita kawan2 blog hehe
Tapi nak menaip tu hmm idea tak datangla pulakkan
Malam ni eh dah jam 3 pagi pun sambil tengok jack the giant slayer gergasi tu sambil2 menaip 😃


Encik suami order teh o suam
aku order sirap bandung 😃


Encik suami macam biasalah Nasi Goreng USA dia tu 😃
Aku cilok daging sekeping hehe
Sedaplah jugak


Selalu aku mesti order Nasi Goreng Ikan Masin
Tapi malam ni aku cuba pulak Nasi Goreng Thai hmm sedaplah ada sup dengan sambal belacan


Celur bihun bagi lembut
Sebelum gi makan malam beli siap2
Nanti kedai tutup 😃


Siap2kan bahan masak bihun singapore 
Sarapan esok pagi 😘
Simple tapi kenyang seharian kan 👍


Ni malam semalam teringin makan tomyam dengan telur dadar
Memang kombinasi terbaiklah 2 menu kan 😘👍


Kueyteow bandung dengan Sirap bandung
Masa aku order menu ni tersengih je pelayan tengah catit order aku 😃
Aku tau kenapa tapi aku tak tau kenapa mesti aku order yang belakangnya bunyi bandung?
Nak suruh aku gi bandung ke ape ni?
hmm nanti aku fikirkan nak buat ape aku nak gi bandung tu hehe sebab aku bukan kaki shopping sangat pun aku lebih pada kaki makan haha patutla aku tak slim kan? 😄


Aiskrim ni sedap tau uolls 😘👍
Beli dekat stesyen minyak je sebab encik suami tengah isi minyak yang si bini ni pulak memang pantang nampak peti aiskrim mesti nak walau macam mana pun haha