Tuesday, 29 March 2011

UrUs WaNg & GaJi



Ke Mana Gaji kita?

> Pengurusan wang merupakan satu ilmu yang wajib dikuasai.

> Mencari wang dan menguruskan wang adalah dua perkara yang berbeza yang mana keduanya saling memerlukan.

> Tanpa ilmu menguruskan wang, wang yang dicari bakal ‘ghaib’ dan tanpa wang, apa perlu ilmu pengurusan kewangan??

> Secara normatifnya kita punya sejumlah wang pada awal bulan dan di akhir bulan ada 3 natijah yang biasanya berlaku di mana anda akan dapati yang wang anda pada bulan tersebut;




> Menyamai perbelanjaan anda pada bulan tersebut (equilibrium state)

> Melebihi perbelanjaan anda pada bulan tersebut (excess state)

> Kurang dari jumlah yang anda perlukan pada bulan tersebut (deficit state)

> Bagaimanakah keadaan anda?

> Anda nilai dan catu nilaian wang anda. Untuk berada dalam untaian atau landasan yang betul, anda seharusnya berada dalam keadaan ‘excess state’ atau mempunyai gaji yang melebihi perbelanjaan anda.




> Jika anda dapati yang anda berada dalam 2 situasi lain iaitu‘deficit’ dan ‘equilibrium’, ketahuilah anda berada dalam keadaan yang genting dan anda perlu belajar dan menyelaraskan perbelanjaan anda.

> Anda harus bertindak sekarang dan bukan esok!!





> PeCaHaN GaJi: Simpanan (30%)

> Suka untuk saya sentuh sedikit sebanyak tentang pembahagian 30% dari gaji anda untuk simpanan.

> Anda perlu disiplin untuk ini. Pastikan, di awal bulan anda keluarkan 30% pendapatan anda dan bukannya di akhir bulan! Ingat ini, dan praktikkan secepat mungkin.

> Kebanyakan kita menjadikan pembahagian ‘simpanan’ ini di akhir bulan, jika ada duit lebih.. ini attitude yang harus diubah.




> Keluarkan gaji anda untuk simpanan sebaik sahaja anda mendapat gaji. Simpan dulu, bakinya baru dibelanjakan.

> Simpanan jika anda dapat lihat dibahagikan kepada dua iaitu satu simpanan untuk kecemasan seperti kereta rosak, bumbung bocor, duit klinik gigi dan keadaan yang memerlukan duit segera; dan satu bahagian lagi ialah ‘rezab gaji’.

> Anda harus simpan secara tetap dan bezanya, untuk bahagian 10% itu
anda boleh sentuh dalam keadaan terdesak, dan baki 20% itu adalah bahagian yang anda tidak boleh sentuh sehingga sampai masanya.

> Suka untuk saya sentuh sedikit sebanyak tentang pembahagian 30% dari gaji anda untuk simpanan. Anda perlu disiplin untuk ini.












> Pastikan, di awal bulan anda keluarkan 30% pendapatan anda dan bukannya di akhir bulan! Ingat ini, dan praktikkan secepat mungkin.

> Kebanyakan kita menjadikan pembahagian ‘simpanan’ ini di akhir bulan, jika ada duit lebih.. ini attitude yang harus diubah.

>Keluarkan gaji anda untuk simpanan sebaik sahaja anda mendapat gaji. Simpan dulu, bakinya baru dibelanjakan.




> Simpanan jika anda dapat lihat dibahagikan kepada dua iaitu satu simpanan untuk kecemasan seperti kereta rosak, bumbung bocor, duit klinik gigi dan keadaan yang memerlukan duit segera; dan satu bahagian lagi ialah ‘rezab gaji’.

> Anda harus simpan secara tetap dan bezanya, untuk bahagian 10% itu anda boleh sentuh dalam keadaan terdesak, dan baki 20% itu adalah bahagian yang anda tidak boleh sentuh sehingga sampai masanya.


> ReZaB GaJi: Senyum bila dibuang kerja

> Apa itu rezab gaji??




> Rezab gaji ialah jumlah duit yang perlu disimpan secara tetap sebagai modal imbuhan duit anda.

> Salah satu contoh kegunaan rezab gaji ialah untuk kegunaan apabila anda dibuang kerja.

> Peruntukan 20% dari gaji untuk simpanan rezab gaji adalah bahagian duit yang anda tidak boleh sentuh langsung sehingga ianya mencapai tahap minimum 4-6 bulan jumlah gaji anda.




> Maknanya, kalau anda dibuang kerja, anda masih ada wang untuk meneruskan kehidupan anda secara normal sementara mencari pekerjaan baru.

> Anda tidak memerlukan masa yang lama untuk mencapai tahap simpanan yang cukup iaitu untuk mencapai rezab gaji sebanyak 4-6 bulan nilai gaji anda.

> Kita amik contoh, secara kasarnya graduan seperti anda mempunyai gaji bersih sebanyak RM 2000;





> Untuk mencapai rezab gaji 5 bulan, anda hanya memerlukan tempoh 2 tahun bekerja sahaja.

> Di mana kepentingannya?

> Dalam keadaan ekonomi sekarang dan trend syarikat, pengambilan pekerja dan gaji
kebanyakannya berdasarkan skim kontrak.




> Anda diberikan kontrak pekerjaan antara 1 tahun sehingga 2 tahun, dan selepas itu tiada jaminan untuk penyambungan kontrak. Semuanya berdasarkan kepada keadaan kewangan syarikat, prestasi anda dan keperluan syarikat.

> Jadi anda harus merancang untuk zaman ‘kejatuhan sementara’ anda iaitu apabila kontrak anda tidak disambung.

> Jika anda beruntung, anda akan mudah mendapat kerja, mungkin seminggu selepas kontrak anda tamat, anda sudah boleh mendapat pekerjaan baru, tapi kalau nasib anda kurang baik, anda mungkin mengambil sehingga 3 bulan untuk mendapat kerja baru.

> Anda nampak apa kepentingan disiplin dalam menyimpan duit ‘rezab gaji’?




> Makanya, anda sudah ada gaji secara tidak langsung dalam tempoh itu dan anda tidak perlu pening kepala meminjam di sana sini untuk menampung bayaran bil, ansuran kereta dan rumah, dan lain-lain perbelanjaan bulanan anda yang biasa anda keluarkan semasa anda bekerja.

> Dalam kata lain,rezab duit bakal memberikan anda jaminan bukan setakat survival tapi jaminan untuk anda hidup secara normal walaupun tidak bergaji dalam tempoh gelap itu.





> anda mendapat ketenangan sebab tak perlu gelabah kereta ditarik,pinjam along dan sebagainya.

> jadi anda lebih tenang untuk mencari kerja yang lebih bagus sebab anda tidak terlalu terdesak.

> Manfaatnya cukup banyak dalam situasi atau keadaan ekonomi dan ‘trend’ pengambilan pekerja sekarang.

> Percayalah, sekiranya anda bekerja secara kontrak atau tidak, mengumpulkan wang rizab gaji amat bermanfaat untuk anda.

> Anda boleh menjadikan ianya sebagai ‘ibu duit’ sekiranya anda tidak ditimpa musibah dibuang kerja.




> Gunakannya sebagai modal dalam mengembangkan duit anda, ya.. anda boleh pilih untuk melabur!

> Anda sudah nampak kepantingannya bukan? Setelah cukup rezab gaji apakah langkah seterusnya?

> Anda ada beberapa pilihan, sekiranya anda diberhentikan kerja dan setelah mendapat kerja semula,teruskan menyimpan sehingga anda mencapai semula jumlah rezab gaji.




> Create/Generate: Pindahkan semua duit rezab gaji tersebut dan masukkan ke pelaburan
amanah, sama ada ASB kalau anda tak mahu ambil risiko, atau cari mana-mana pelaburan ‘unittrust’ yang boleh memberikan pulangan antara 10%-15%•

> Continue: Teruskan menyimpan dan target untuk pelaburan hartanah (beli rumah, beli tanah,bina rumah sewa etc)•

> Combine/Merge: Satukan pecahan 10% simpanan dan 20% rezab gaji menjadi 30% dan
bahagikan untuk pelaburan, kecemasan, simpanan target (beli kereta baru, haji, pelancongan,etc)




> Seperti yang disebutkan sebelum ini, anda perlu disiplin dalam menyimpan. Konsep 'simpan dahulu sebelum berbelanja' adalah satu konsep yang mudah tapi sukar untuk diamalkan.

> Jika anda boleh mengaplikasikan konsep ini, ketahuilah di penghujungnya nanti anda bakal tersenyum dengan baki akaun simpanan anda. Jadi apa yang anda kena buat untuk bahagian penyimpanan ini?




> 1. Buka 3 akaun yang berbeza. Satu untuk akaun gaji, satu akaun simpanan dan satu lagiakaun rezab gaji dan saya cadangkan terus buka akaun ASB (yang telah difatwakan 'harus' oleh Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk duit rezab gaji tersebut.

> 2.Buat potongan 'auto-debit' atau beri instruction khas untuk bank buat potongan terus dari gaji anda ke dua akaun lain tadi atau anda buat secara manual setiap kali gaji masuk.

> 3. Setelah rezab gaji anda mencukupi 4-6 bulan nilai gaji anda, pilih antara 3 cadangan pilihan yang dicadangkan di atas dan saya syorkan untuk anda pindahkan semua jumlah itu untuk pelaburan 'Unit Trust' yang Islamik.




> 4. Buat simpanan ini secara konsisten dan monitor juga kadar faedah yang dibayar oleh bank.

> 5.Bagi yang beragama Islam, jangan lupa Halal dan Haram.

> Secara kasarnya, inilah jumlah yang anda boleh belanjakan dari wang pendapatan anda setiap bulan.




> Sayugianya diingatkan sekali lagi, selepas sahaja anda mendapat gaji, keluarkan 30% untuk simpanan dan apa yang ada dari baki akaun gaji anda ialah baki 70% yang anda boleh belanjakan sepanjang bulan tersebut.

> Umumnya dalam 70% gaji ni ianya di bahagikan kepada 2 bahagian am iaitu;

> Perbelanjaan tetap (fix expenses)

> Perbelanjaan boleh ubah (adjustable expenses)

> Dua bahagian inilah yang akan menentukan dalam kategori mana anda berada, sama ada dalam kategori “excessive state”, “equilibrium state” atau pun “deficit state”.




> Secara kasarnya saya masukkan beberapa perbelanjaan secara specific yang termasuk dalam kadua-dua kategori.

> Untuk perbelanjaan tetap, anda tidak ada banyak pilihan melainkan membuat satu bahagian tetap dalam gaji anda bagi menampung perbelanjaan tersebut.

> Anda ada sedikit ruang untuk mengurangkan perbelanjaan tersebut terutama dibahagian bil yang mana anda boleh mengurangkan perbelanjaan bil elektrik dan air mahupun bil telefon.




> Tetapi secara kasarnya, itu adalah perbelanjaan tetap yang perlu anda langsaikan.

> Perbelanjaan boleh-ubah mencakupi expenses anda dalam kegunaan harian, peribadi, kenderaan,hiburan dan perbelanjaan lain.

> Sekiranya anda mendapati diri anda berada dalam keadaan“equilibrium state” atau lebih-lebih lagi “deficit state”, anda harus mengawal semua perbelanjaan dibawah kategori boleh-ubah ini.




> Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan. Contohnya saya cerakinkan secara kasar bagaimana anda boleh berjimat melalui sub-kategori dalam perbelanjaa boleh-ubah;

> Harian :

> Anda boleh memilih untuk berjimat dengan membeli barangan runcit di Carrefour, Tesco dan Giant; membeli pakaian di Kamdar, Mydin (sekadar memberi contoh). Untuk pakaian yang mahal, anda boleh tunggu sehingga adanya jualan mega seperti semasa‘ mega sales’ di Jusco dan Isetan.

> Anda tidak perlu langganan akhbar, cukup jika hanya membelinya di hujung minggu. Hari-hari biasa, anda boleh membacanya di akhbar ataupun versi online yang percuma.




> Anda boleh memilih untuk hanya menghantar pakaian yang sensitive seperti sutera, kot, jaket dan baju batik ke dobi, untuk pakaian casual anda boleh membasuhnya di rumah. Lebih menjimatkan.

> Peribadi :

> Anda boleh memilih untuk mengurangkan rokok dan anggaplah merokok umpama
membakar duit anda selain masalah kesihatan yang lain.





> Nilai dahulu sebelum berbelanja sama ada ianya keperluan atau kehendak. Belanjalah sekiranya anda memerlukannya tapi sekiranya anda ada alternative seperti meminjam, pilihlah untuk meminjam dan berkongsi.


> Untuk makanan, bawa bekal ataupun cari alternative makanan yang murah seperti membeli di Cold Storage jika anda bekerja di KLCC ataupun gerai “Makcik Husna” yang lebih murah tapi pastikan juga kebersihannya jika anda makan di gerai.

> Kenderaan :

> Berkongsi kereta dengan rakan sekerja ataupun bergilir-gilir dengan mereka.




> Kalau kadar bayaran parking tidak munasabah seperti yang bekerja di KLCC, pilih alternative menggunakan perkhidmatan LRT dan kenderaan awam. Luangkan masa untuk buat sedikit pengiraan tentang kos dan tengok mana lebih jimat.

> Basuh kereta sendiri di hujung minggu, selain menjimatkan, anda boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan sekiranya basuh bersama anak-anak atau pun isteri☺

> Ubah gaya pemanduan yang boleh menjimatkan ‘fuel consumption’.

> Hiburan :

> Anda boleh meminjam DVD dari teman sekerja dan ianya menjimatkan wang
belanja wayang anda





> Cari wayang alternative seperti pergi bersama teman lain ke wayang yang menawarkan tiket beli 4 percuma 1 ataupun ketika promosi ‘Valentine’s Day’ ataupun semasa apa-apa promosi lain.

> Begitu juga untuk aktiviti bermain bowling, pergi bersama teman-teman dan
semasa promosi lebih menjimatkan dan menyeronokkan.




> Huraian di atas adalah panduan umum macam mana anda boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda. Nilai diri anda sendiri, selalu lah bertanya pada diri sendiri beberapa soalan penting seperti;

1. Perlukah aku mengeluarkan wang untuk ini?
2. Adakah ini keperluan atau sekadar kehendak?
3. Jika aku tidak memilikinya, apakah kesan negative terhadap aku dan keluarga?
4. Mampukah aku memilikinya?
5. Apakah alternative lain yang lebih murah? Bolehkah aku meminjam dari teman-teman?




> Dalam kata lain, anda akan menjadi lebih berhemah dalam berbelanja sekiranya selalu menyoal diri anda sendiri sebelim berbelanja.

> Orang kata, ‘ukur baju di badan sendiri’. Ada yang berkata, “ahh apa salahnya aku nak berbelanja, aku penat bekerja mencari wang, nak juga menikmati wang..”.




> Ya betul, anda ada hak mutlak terhadap wang anda, tapi anda harus tahu satu konsep, “anda tidak perlu membayar lebih dari apa yang sepatutnya”.

> Akan kita bincangkan selepas ini, tapi secara kasarnya, anda boleh menikmati gaji anda, tapi ukurlah baju di badan sendiri, jangan nantinya di tengah bulan anda terbelit dengan bebanan kekurangan wang.




> Jika mampu, silakan.. itu wang anda, buat lah sesuka hati anda.☺

> Kita selalu terlepas pandang isu ini dan sedar atau tidak sedar, kita bayar lebih dari apa yang sepatutnya!

> Ketika mana kita boleh memilih servis atau perkhidmatan yang murah, kita memilih untuk membayar servis yang mahal, kononya lebih ‘classy’.




> Ketika adanya potongan diskaun pada bulan Ogos, kita memilih untuk membeli pada bulan September dan banyak lagi yang lain yang sudah kita sentuh sebelum ini.

> Dalam bahagian ini, saya senaraikan 3 contoh apa sebenarnya yang kita bayar lebih?

Interest pinjaman (kereta, rumah etc)
Belian kredit mudah (perabot, barangan elektrik etc)
Caj kad kredit




> Anda mungkin sedar tapi memilih untuk buat-buat tak sedar. Sebenarnya anda boleh memilih untuk tidak membayar lebih dari apa yang anda perlu bayar.

> Cuba anda kira berapa sebenarnya interest yang anda perlu bayar untuk pembelian rumah dan kereta, pasti anda akan dapati duit interest itu akan melayakkan anda membeli sebuah lagi rumah yang sama dengan rumah yang anda beli.




> anda boleh beli sebuah lagi rumah dengan duit interest yang anda ‘sedekah’kan pada bank!

> Semakin banyak tahun yang anda pilih untuk melangsaikan hutang ini, semakin banyak wang interest yang anda perlu bayar.

> Bukan sedikit pembaziran yang berlaku di sini, bayangkan apa yang anda boleh buat dengan sejumlah wang interest tersebut?




> Ada yang akan berkata “nak buat macam mana, kereta satu keperluan..”.

> Anda mungkin salah di sini, dalam kes ini kereta ini bukan lagi asset tapi ianya liability.

> Anda boleh rujuk buku ‘Rich Dad Poor Dad” karya Robert T.Kiyosaki untuk mengetahui nilaian asset dan liability.




> Satu perkara yang anda harus tahu, nilai kereta akan menyusut dengan kadar kasar sebanyak 8%-10% setahun.

> Sekiranya anda membeli kereta dengan harga RM40 000, anda akan kerugian RM4000 jika menjualnya pada tahun seterusnya dengan mengandaikan susut nilai 10%.




> Maknanya anda tidak akan sekali-kali membuat keuntungan dengan menjual kereta di kemudian hari.

> Tapi berlainan pula halnya berbanding penjualan rumah.

> Berhutang untuk membeli rumah mungkin agak berbaloi kerana nilai rumah kalau kena caranya kerana harganya akan meningkat.




> Contohnya rumah sekitar daerah Wangsa Maju telah melonjak melebihi 200% berbanding 10 tahun dahulu dan lihat bagaimana anda membuat keuntungan dalam masa 10 tahun.

> Di samping itu ‘refinancing’ dan cara cagaran semasa pinjaman perumahan dilakukan membolehkan anda mengaut sedikit keuntungan tambahan.

> Ilmu pembelian, sewaan dan pengurusan hartanah sememangnya menarik untuk dikuasai tetapi saya tak akan ceritakan lebih banyak tentang ini kerana ianya akan menjadikan risalah ringkas ini lebih panjang.




> Tapi ianya merupakan ilmu yang anda harus kuasai.

> Kembali kepada isu pembelian kereta, mengikut pandangan pakar pengurusan kewangan seperti Azizi Ali dan lain-lain, anda hanya boleh dikira mampu memiliki kereta sekiranya anda mampu melangsaikan hutang kereta dalam masa tidak lebih 3 tahun!




> Lebih parah lagi, perbelanjaan yang ideal dalam nak memiliki kereta hanya apabila anda mampu melangsaikan hutang tidak melebihi 3 tahun dengan bayaran ansuran bulanan hanya 15% dari gaji anda sebulan.

> Jika tidak anda dikira tidak mampu memiliki kereta dengan harga yang ditetapkan.

> Buat masa sekarang, dengan perkembangan ‘trend’ dan ‘lifestyle’, loan kereta biasa diambil oleh golongan yang baru bekerja adalah dalam lingkungan 7-9 tahun.




> Anda harus sedar semakin lama tempoh pinjaman, semakin banyak jumlah yang anda perlu bayar dan anda akan terkejut dengan jumlah interest yang anda bayar.

> Nasihat saya, kira dahulu berapa interest yang anda perlu bayar sebelum membuat keputusan membuat pinjaman pembiayaan dari bank.

> Tidak dinafikan, kad kredit boleh dianggap menjadi keperluan masa kini selain ‘trend’ dan gaya hidup.




> Anda perlukan kad kredit ketika kecemasan bahkan ianya boleh memberikan keuntungan sekiranya dimanipulasikan dengan baik.

> Sedikit fakta menarik yang anda perlu tahu, kira-kira 11% orang yang diisytiharkan MUFLIS disebabkan kad kredit ialah mereka yang berumur 20-30 tahun!

> Anda nak jadi MUFLIS sila kan lah bergembira dengan kad kredit anda!☺




> Skim pembelian ansuran mudah ‘Zero Interest’ amat popular sekarang. Ianya betul bermanfaat tapi anda kena berhati-hati.

> Memang anda tidak dikenakan interest oleh pihak syarikat tersebut tapi jika anda menggunakan kad kredit dalam pembayaran, anda tertakluk kepada kadar interest kad kredit yang tinggi.




> Anda juga harus membayar bayaran perkhidmatan untuk memasuki skim tersebut. Jadi jangan mudah terjerat dengan skim ini, awasi penggunaan kad kredit anda.

> Kita mudah terpedaya dengan pihak bank kerana hanya perlu mengekalkan pembayaran secara umumnya 5% sahaja setiap bulan untuk terus menggunakan kad tersebut pada bulan seterusnya.

> Dalam kata lain, kalau kita berhutang RM5000, kita hanya perlu bayar RM250 sahaja untuk terus menggunakan kad kredit. Menarik bukan bunyinya?





> Tapi pernah tak kita kira berapa banyak wang yang di’ragut’ oleh pihak bank dari kita dengan hutang kad kredit?

> Tahukah anda, secara umumnya kebanyakan bank mengenakan kadar interest 18% setahun!

> Huh cuba anda kira sendiri berapa wang anda bakal ‘ghaib’ dengan kadar 18% tersebut. Tak hairanlah mengapa ramai graduan yang baru bekerja MUFLIS!













> Anda boleh memilih untuk bergaya dengan kad kredit setiap kali membuat pembayaran dan menikmati manfaat yang disediakan seperti rebat minyak bagi pengguna ‘Visa Citibank Petronas’, rebat tunai bagi ‘Visa Citibank Giant’, 'Visa RHB Tesco' dan lain-lain tanpa membayar sesen pun interest pada bank.

> Caranya ialah anda melangsaikan semua bayaran dalam tempoh yang ditetapkan sebelum kiraan interest.





> Anda perlu prihatin terhadap ‘deadline’ dan dengan cara itu anda sebenarnya berada dalam zon selesa dan telah mengaplikasikan konsep “bayar apa yang perlu sahaja”.

> Jangan jadi muflis kerana kad kredit tapi pilihlah untuk mendapat lebih manfaat dan keuntungan dengan kad kredit anda!

> Anda harus semak status kewangan anda.

> Setelah anda tahu keadaan kewangan anda,




1. Buat satu nilaian atau hitungan ke mana GHAIB nya wang anda. Monitor dan catat setiap perbelanjaan anda secara terperinci untuk satu bulan supaya anda tahu mana hilangnya duit tersebut. Guna buku 555.

2. Bahagikan catatan perbelanjaan anda kepada dua bahagian utama iaitu Perbelanjaan Tetap dan Perbelanjaan Boleh-Ubah.





3. Anda boleh kurangkan perbelanjaan anda di bahagian Perbelanjaan Boleh-Ubah.

4. Untuk bulan seterusnya, asingkan wang yang sekadar secukupnya untuk setiap portion perbelanjaan, contohnya bajet untuk barang dapur hanya RM200 dan anda tidak boleh lebih dari tu.

> Beri perhatian kepada perkara-perkara di bawah :

> Saya senaraikan beberapa benda penting yang anda kena ambil tindakan dan monolog pada diri sendiri.





> Anda harus mulakan langkah utama secepat mungkin untuk menjamin kesihatan kewangan anda!

**simpan dulu baru belanja
**paksa simpan (auto debit)
**delayed gratification (sabar dengan kehendak anda)
**belanja berkira
**pantau perbelanjaan harian

**mula menyimpan awal
**tumpukan pada yang utama
**enjoy apa yang ada
**ubahsuai rumah dengan kadar yang sesuai
**elak aksesori kereta




**beli/belanja 1 level bawah kemampuan anda
**jangan kejar fashion
**beli yang berkualiti
**kurangkan/pendekkan panggilan telefon
** ambil 'family plan' kalau anda seorang kaki gayut
**pergi shopping dengan perut penuh
**toilettries dan makeup yg murah

> Bagi yang belum mempunyai pasangan, cari dan pilih yang 'low maintenance' untuk kebahagiaan anda di masa hadapan.





> Untuk yang dah berkahwin dan berpunya, cuba didik pasangan anda untuk hemah berbelanja.

> Ini bukan 'joking' tapi ini serius.

> Dalam Islam kita disuruh memilih pasangan berdasarkan 3 kriteria utama iaitu agama, keturunan dan harta.

> 3 ciri ini kalau anda lihat secara hikmahnya dalam lingkungan holistik membawa maksud 'gaya hidup' oleh itu kita sememangnya disuruh dan digalakkan untuk menilai semua ini☺.





> Apakah dia pasangan yang 'high maintenance'? Perhatikan pasangan anda dan nilai beberapa perkara untuk mengetahui dia nya 'high maintenance" ke tidak.

> Ini sekadar panduan kasar;

PEREMPUAN :

**Beg tangan - kalau begnya Gucci ori…
**Fashion mahal
**Baju jenama mahal
**Makeupnya
**Gila shopping
**Kaki window shopping
**Handphone nya
**Kasutnya




LELAKI :

**Henphone nya - cari yang pakai henpon nokia hitam putih
**Rokok
**Audio system kereta
**Sport rim
**Body kit kereta
**Baju dan seluar berjenama
**Sentiasa mengeluh tak ada duit
**Style

> Rasanya cukuplah sekadar ini sahaja perkongsian kali ini.

> Apa yang penting ialah anda ada kesedaran tentang pengurusan kewangan dan tahu bagaimana nak menguruskannya.




> Risalah ringkas ini disusun supaya ianya ringkas dan mencakupi aspek-aspek kritikal yang kadangnya terlepas pandang oleh kebanyakan kita.

> Banyak lagi isu yang perlu anda tahu:

**Pembelian rumah
**Pinjaman peribadi
**Skim pelaburan dan nilaiannya
**Insuran dan takaful
**Manipulasi Overdraft
**Manipulasi ASB loan, sijil simpanan ASB etc
**Penggunaan KWSP untuk meminimumkan cukai
**Zakat dan cukai pendapatan
***Dan banyak lagi lah…




> Cari lah maklumat-maklumat tersebut kerana ianya amat berguna dalam menjamin keutuhan kewangan anda. Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

> Kalau anda dapati ianya bermanfaat, sebarkan lah kepada saudara-mara dan teman anda untuk dimanfaatkan.





> jangan biarkan masalah kewangan membelenggu diri anda. Kawal perbelanjaan anda dan mulalah mencari pendapatan-pendapatan tambahan untuk meningkatkan tahap kewangan anda.

> Mempunyai ‘multiple income stream’ menjadikan anda tidak terlalu bergantung kepada gaji anda!

>>> Oleh: Muaz Hadi.

2 comments:

Akma_cikyong said...

kak,perghhhhh!!!!!
pnjang giless~~juling heh bijik mata chayer nk bace :P hahaha

amy said...

juling mata takpe jgn juling tgk dompet kosong hehehe...

kalau ikut betul2 ni lagi 5 tahun jadi jutawan kita ahakssss ;p