10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan
mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem
pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di
dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula
terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3.
Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula
bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri,
berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam
kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan
menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika
usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem
pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau
denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi
reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga
dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6.
Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat
mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota
tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga
bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih
perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk,
bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu
tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan
mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi
juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan
dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik
makanan yang dimakan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama
kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan
kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu
bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel
No comments:
Post a Comment