semangat!!! :)
lepas balik surau dgr kuliah subuh ( best dgr ustaz tu tazkirah...lawak pun lawak tp penuh pengisian )...pastu ade makan2 pagi alhamdulillah rezeki...
sampai umah terus makan nasi lemak / karipap / pulut udang n nescafe....pastu terus buat pizza cheese sausage...satu tak letak bwg (cekminye) satu lagi letak bawang (encik sominye sebab dia suke makan bwg) ;0
tp encik somi sambung titun lak..si isteri la dok ngup ngap sowang2 hehehe (dasar melantak ;p)...i suke pe makan..u nak tito haa titola kalau abeh jgn salahkan i ;p..nak buat sendiri kalau nak i buatkan janji jap lagi gi jalan2 hihihihi (tak sedar diri mendung n ujan je kat luo ;p)
semalam dah basuh kain so xtvt hari ni???????????...no idea coz nanti adik cekmi ado lagi interview dgn bos2 agaknye..tido hotel lagi ke dik oiiiii akak ok jek adik yg bayo huahuahuahua ;p....janji best tul time bekfes...tak tentu arah nak makan yg mane satu sebab semua nampak sedap ;p..
hari ni cuti yehaaa.meh bace berita bawah ni..(sumber kosmo)
KUALA LUMPUR - Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang ditabalkan
sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 hari ini bukan sahaja mencatat
sejarah ditabalkan buat kali kedua tetapi juga menjadi Ketua Negara
dalam dua era iaitu satu, ketika Malaysia sedang pulih daripada kesan
peristiwa 13 Mei dan kedua, ketika Malaysia sedang melangkah ke arah
menjadi negara maju.
Kali pertama baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada tahun 1970, ketika negara berada di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang melahirkan beberapa dasar penting dalam membangunkan negara terutama Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat.
Ketika itu, Malaysia masih cuba bangkit selepas melalui detik hitam peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 yang merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan antara kaum pada masa itu.
Kini semasa dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim bakal memerintah Malaysia yang sedang giat berusaha bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Semasa baginda memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima, Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak Hussein dan kali ini, Tuanku Abdul Halim akan berganding bahu dengan anakanda Allahyarham Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib, selaku Perdana Menteri keenam yang sedang giat memacu pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.
Tuanku Abdul Halim yang diputerakan pada 28 November 1927 mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
so sebagai rakyat yang setia cekmi pun duduk depan tv sambil menyaksikan adat istiadat pertabalan agung...best jugak sebab lepas ni lagi 5 tahun pulak kite dpt tgk pertabalan seterusnya...yang best tu (bangga jugak)sebab sultan kedah ditabalkan buat kali kedua..almaklum cekmi jugak org kedah heeee...DAULAT TUANKU!!!

then dalam kul 4 lebih tu cekmi ngantuk yang amat..so tido la..sekali encik somi kejut bagitahu umah rase goyang2....terus ingat gempa ke?..acheh sekali lagi??..sekali dgr berita mengatakan gempa bumi dengan 8.7 skala ritcher telah berlaku....Ya Allah semoga kite semua selamat dari sebarang kejadian yang tidak diingini...aminnn.....
malam gi dengar ceramah kat surau dengan encik somi dan juga kawan baik cekmi cik farah n kawan serumah dia kak ita......then balik masak ayam masak kicap n goreng telur...alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment