Wednesday 13 June 2012

DRAGON FRUIT ;0

hehehe
jam 3 pagi haku punye mata sugar bugar lak
pusing kiri takleh tido pusing kanan takleh tido jugak atoii....last2 bangun je la ;0
sok je qadho tido leh?? ;p






so buat N3 pasal buah naga sebab td beli buah naga kat RNR tu...
cantik je time nak makan tu...kagum dengan ciptaan Allah S.W.T
biji itam dia berselerak disamping isinye warna purple pekat...memang cantik....nak makan pun perasan je nak jadi cantik hahahaha motip??? ;p


 yang cekmi makan isinye warna camni...cantik kan :)



so meh kite tgk khasiat BUAH NAGA ni.....:)



buah ni tergolong dalam keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus


mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.


buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.


 see....cantikkan :)...so makan dengan perasaan cantik muahahaha ;p




“Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
 


“Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.



Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).


Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat)-patut rasa mcm tetibe jadi cantik time makan buah ni...ekekekeke ;p.




Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :

Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg 



patutlaaaa no wonder i sukeeeee ;p


No comments: