Monday, 4 February 2013

InshaaALLAH :)



Aishah, 19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam ataupun “ustazah”. Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar “ustazah” oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan.

Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat utk pulang. Termasuk lah Aishah.





Erm Aishah, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?” Nurul Aqilah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. “entahla~” jawab Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. “Aik? entah je? abes tu, Aishah pakai purdah ni sebab ape? saje suke2? ke nak nampak macam “ninja”? hehe..” gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.






erm..ok lah..sebelum tu, Aishah nak tanya Aqilah dulu. Ape itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?” Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir. “Alaah~ mudah jep, sunnah tu segala2nya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. dan utk hukum sunat, sume orang slalu cakap, buat dapat pahala, tak buat tak dapat pape~ kan2?






MashaAllah, hebat Aqilah ni. buleh jadi ustazah dah ni~ buleh ganti ustaz amirul.hehe.” Aishah bergurau. “Ade2 je la Aishah ni. “Aqilah bersuara malu. “Gurau aje la..ok2..kite sambung balik eh..” Aishah mengembalikan perbincangan. “Betul sgt ape yg Aqilah cakap tadi. Pasal sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi SAW, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran baginda saw. 






Cuma ade sikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi tu..

Eh salah ke? astaghfirullahalazim~” kerisauan Aqilah jelas terpancar.  ”Aishah tak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam, so, Aishah pun tak berani nak kata orang salah. Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin.” Aqilah tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.






Alah, Aishah ni rendah diri pulak.. macam la Aqilah tak tau.. Aishah selalu ikut Ummi Aishah pergi belajar kitab.. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal2 agama~” Aqilah memuji Aishah. “segala Pujian kembali kepada Allah, Aishah cuma ikut sikit2 aje..” Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian tersebut.





Ok2..sambung eh, yang pasal hukum sunat tu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, sapa yang buat dapat pahala, sapa yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa2. Tapi, dia juga turut rugi. Kan Allah dah sebut dalam surah al-’Asr, “setiap manusia itu dalam kerugian... Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung takpe lagi, sebab masih buleh mengembalikan modal, tapi kalau rugi? rasa macam dah tak nak berniaga dah kan? Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baek untuk kita.” Hurai Aishah.




Oooo..mcam tu eh. Betul2. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak2 datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. hehe. ok2. erm..jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya sunat la eh? buat dapat pahala, tak buat rugi..gitu?” Aqilah kembali bertanya. “Tak jugak~” sekali lagi mudah Aishah menjawab. “Pulak dah~ abes tu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?” Aqilah inginkan penjelasan.





Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi.” Aishah menjelaskan. “Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat la eh?” Aqilah inginkan kepastian. ““Ya” pada Aishah, mungkin “tidak” bagi orang lain. Ada yang kata wajib, ada juga yang kata haram, macam2. tapi pada Aishah, ia tetap sunnah, siapa yang pakai purdah, ada ganjaran besar bagi nya. inshaAllah.” Aishah menjawab. “Eh, tapi, sunnah kan apa yang dari Nabi saw…takkan la Nabi …..” Aqilah kelihatan cuba membayangkan sesuatu. Mungkin lelaki memakai purdah.




Aishah ketawa kecil, “memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi..tapi, isteri dan anak2 Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah, sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt dah kasi “title” yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak”. ” “title” ahli syurga? apa die?” Aqilah ingin tahu. “RadiaAllahu’anhu waradhu’anh (Allah redha ke atas mereka)” jawab Aishah.




Oooo..Jadi, apa pulak jawapan Aishah utk soalan kedua tu? hehe” Aqilah tetap ingin tahu. “Oklah..senang je..sebab Aishah memilih untuk memakai niqab adalah kerana ia perintah Allah swt. itu jep.” Aishah tenang menjawab. “Ooo. gitu eh? kalau camtu, buleh “share” dengan Aqilah tak dalil dalam Quran suh pakai purdah?” Aqilah kembali bertanya. Aishah terus membuka alQuran terjemahan  yang sentiasa dibawakan bersama. “Ha, ini dia. Baca terjemahan ayat ni. surah al-ahzab, ayat 70-71.

“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 70-71] . 



Eh Aishah, Aqilah tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk kot~” Aqilah cuba mendapatkan kepastian. “Eh, tak lah. betul la tu. Aishah tak silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat tu. “Aishah meyakinkan Aqilah. Lalu Aqilah pun membaca hingga selesai. “Ok, cuba baca ayat ke dua yang ada kat situ” pinta Aishah.

“Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 71]



 ”Ok, kali ni, ulang ayat last yang ada diayat ke 71 tu.” pinta Aishah lagi.

“Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”



Baca Aqilah sambil tersenyum kagum. “Dah dapat apa yang Aishah nak sampaikan?” tanya Aishah. “MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah janji kejayaan yang besar lagi~” Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu.






Yup~ itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan kejayaan oleh yang maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah “extremist” atau ape2 pun Aishah tak kesah,  sebab ini lah jalan yang sepatutnya semua orang pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercenta dan sahabat serta sahabiyah baginda. mereka itu manusia yang dijamin syurga. siapa lagi yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka.” tambah Aishah.






Allah~lepas ni Aqilah pun pakai purdah jugak la! heee~” Aqilah memberi azam. “Amin ya Rab. suke sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap camtu” Aishah mengambil hati. “hehehe…emm! baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar seorang ustaz bagitahu. Aqilah tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah. Tapi, ustaz tu bagitahu. Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus (bendul)” Aqilah cuba berkongsi ilmu. “Lurus? apa maksud Aqilah dengan lurus? ” Aishah inginkan kepastian.






Haaaa…”lurus” yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia terus buat. tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. dan Aqilah nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!” Aqilah mengagumi Aishah.





Oooo..kire Aqilah nak kate Aishah ni “lurus” la eh?” Aishah bergurau. “Eh? Buleh jugak kot~ haha” spontan jawapan dari Aqilah. “Amboih~” Aishah mencubit manja bahu Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa kecil. Tiba-tiba satu suara garau menerpa, “Ayoyoyo~ tak mau balek lagi ka~? semua orang sudah balek la..saya mau tutup ini bilik la~” tegur Pak Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya.





Eh, sori uncle, ok, ok, kami dah nak balek dah ni..hehehe…jom Aishah~” Aqilah memberi respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar bersama-sama.



 INSHAAALLAH ONE SWEET DAY :)


No comments: