Saturday, 16 November 2013

PUDING KARAMEL HARI MINGGU LA SGT KAN :)



CREDIT TO : facebook.com/bukuresepi :)

 hai hari minggu ni mcm best plak dapat cooking2 kan..rutin haku sejak keje ni memang sgt busy dengan keje yang tak habis2...guna segala minda,fizikal habis habisan...asal ngadap blog je dah menguap berapa kali ntah..hati nak update tapi fizikal dah letih so asyik postponed je la kejenye..;p...tapi bila tertengok resepi ni kat fb fuhhh memang menarik2 je haku nak mencubenye :)...tp jap lagi haku nak kuar gak ni.ade keje jugak tapi sambil2 la jalan2 kan ;0...jalan2 tu wajib kihkihkih ;p silap2 termasuk secret receipe dah kelaut plak nak masak kek kan ;p...pastu haku ada lagi entry nak buat ni pasal adik haku yang bongsu tu bertunang baru2 ni...nantilah haku cari time yang sesuai nak update...k haku ade keje sket gak ni nak settle...rimas tol kalau tak settle2 ni baik settle cepat2 sebelum kuar jenjalan ;0 daaaaa see u all later...:)



nah ni haku bagi kat korang yang nak rajinkan diri masuk dapur di hari minggu ni :) dah siap jangan lupe pos kat haku tau hahahaha :)


Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut.

Bahan kek:
Bahan A: 
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C:
3 biji telur - diblend.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.

No comments: