Wednesday 22 July 2015

PAGI RAYA DI WAD HOSPITAL :)




Selamat Hari Raya 'Aidilfitri korang :)
Lama kan haku tak menaip kat sini?
Ikut hati hari2 nak menaip tapi itulah macam2 jadik pulak dekat2 nak raya :)
kan encik somi demam panas hari tu
sekali lagi encik somi kene demam denggi...aduh!
demam kali ni encik somi asal minum air je mesti muntah
so terus masuk wad kene tahan selama 4 hari
dalam wad apelagik kene masuk air la jawabnya dengan hari2 kene check tekanan darah dan jugak kene cucuk amek darah 
haku yang menunggu ni tengok pesakit2 denggi kesian je
dorang memang tak lalu nak makan
so dek kerana tak lalu nak makan selalulah bagi kat haku ni ;p
jadi tong makanan la haku kat situ hari2 ;p
alhamdulillah sedap2 je kat tekak haku ;0
untuk encik somi apelagik haku terus buat pati daun betik dengan sup ketam la
makan jugak buah epal merah dengan hijau
alhamdulillah dari sehari2 kesihatan semakin positif
so petang raya baru boleh discharge 
tahun ni haku tak solat raya huhu
duduk dalam wad langsung tak rase suasana raya
keluar wad baru nampak pengunjung datang berpakaian berwarna warni
haku perhati je la
memang tak rase nak raya pun
yelah haku pun tak berapa nak sihat kurang tido,tido pun tido2 ayam
kejap2 nurse masuk kejap2 dr2 masuk siap berdebat antara dr lagi tentang result patient hehe
comel betul kihkihkih
ade sekali tu haku tertido tak sedar dr2 masuk nak check patient
bukak2 mata mak aiii penuh depan haku je hehehe ;p
petang raya terus balik rumah tu pun haku tak kemana masih tak bertenaga lagi
so moralnya memang tak rase raya pun
rindu ramadan lagi sebenarnya hmm tak puas berramadan
k nanti nak puasa lah
ganti puasa pastu puasa 6 pulak
gitula kisah hari raya haku yang tak berapa nak best ni :)
















No comments: