Thursday, 30 July 2015

MEETEOW SUP PULAK :)





Hari ni baru haku mula puasa ganti :)
Semalam tak jadi sebab batuk haku menjadi2 pulak sampai uwekkkk ;0
Bukan pregnant walaupun situasi ala2 camtu la kan hihihi


So pagi tadi haku terjaga jam 3 pagi 
Asal terjaga je mesti terbatuk hmm sabo je la istighfar byk2
Dah layan batuk kejap terus bangun buat ape yang patut pastu terus haku masuk dapur masak meeteow sup ni hahaha
Masak tuuuuuu pagi2 buta ;p


Mula2 buat sup ayam pakai pati knorr je pastu masuk air,ayam dengan garam sket letak dalam periuk nasi tekan on dah biar dia masak sendiri hehehe senang tak cara haku? ;p
Eh lupe lak haku pecahkan jugak telur ayam dalam tu sekali harung masak
layan je laaaa ;p 

Pastu masuk dapur potong2 sawi,amek taugeh pastu amek mee dengan kueyteow terus celur satu2 dengan air panas
Dah siap letak depan semua masuk balik dapur buat sambal sket nak makan dengan meeteow sup nanti
Jeling2 jam dah 4 pagi lebih ok la tu boleh makan rilek2 je jap gi :)


So dah siap semua apelagik makan je la pastu tinggal lagi haku siapkan teh o panas untuk encik somi gi keja nanti
So breakfast makan meeteow je la


Tadi mak haku tepon tanya perkembangan batuk haku
Ada sket ok la dari sebelum2 ni bertabah je la kalau batuk gatal2 tekak ni ngeee tapi tak gatal mana pun cuma kalau sesekali datang rasa nak terbatuk tu tak menahan haku


Ni pun haku rasa macam nak gi klinik mintak ubat batuk
Ke beli je ubat batuk cap ibu dengan anak perisa orange tu
Mane lagi sedap? hehehe


Semalam la haku gi mydin dengan encik somi usha2 losyen nyamuk dengan ubat batuk
Tengokla camne nanti sebab nak gi klinik ni malas la haku heeee ;0


K lah stop dulu sebab nak terbatuk pulak uhuk222222



Layan meeteow sup di pagi2 buta :)




Hari ni hari lahir anak buah haku Arif Nazmi
Hari ni ada jamuan hari raya kat sekolah dia :)
Dah besar dah budak ni :)
Semoga menjadi anak yang baik dan soleh untuk agama,rakyat dan negara :)
Kejap2 nak jadi angkasawan kejap2 nak jadi polis
Terus haku cakap setiap kali nak bangun gi sekolah kalau haku kat kampung
'Arif bangun cepat gi sekolah jadi pandai nanti nak jadi Perdana Menteri hebat '
Terkebil2 je dia hehehehe ;p
'kenapa kena jadi perdana menteri mak ngah?'
*confius arif pandang haku hehehe
Ke over sangat mak ngah kau ni hehehe ;0


 
ada nampak macam bakal perdana menteri masa depan tak? hehe :)























No comments: