Saturday, 24 June 2017

BALIK KAMPUNG BERAYA ๐Ÿ˜„




Hi korang๐Ÿ˜„
Mesti korang dah sampai kampung kan?
Yang tak balik kampung tu takpelah nanti raya tahun depan boleh balik kan?๐Ÿ˜˜
Yang takde kampung tu nanti kawen carila pasangan yang ada kampung so baru ada istilah balik kampung tu ๐Ÿ˜„
Aku sekarang dalam perjalanan balik kampung๐Ÿ˜
Kalau dikira dekat 6 bulan aku tak balik
Ntah apa yang aku busykan pun ntahlah
kesian pulak kat mak abah aku kat kampung๐Ÿค“
Selalu tanya bila nak balik
Banyak urusan sebenarnya kalau ikut hati tiap2 minggu aku nak balik kampung
Tapi itulah namanya kehidupan kan
Takpelah niat aku memang ada nak balik tiap2 minggu sebenarnya
Hope akan terlaksana nanti amin...๐Ÿ˜Œ
Oklah nak cerita pasal persiapan raya tahun ni aku rasa biasa2 je
Mungkin dah besar kan so takla excited sangat cuma lebih excited nak balik kampung je lain2 belakang kisah hehe
Sape tak rindu kampung halaman kan
Kampung tok nenek kita
Jumpa sedara mara dgn kawan2
Ni kawan2 sekolah menengah aku dah plan nak jumpa dekat rumah kawan kitorang tapi tu lah tak boleh nak janji 
Selalu raya aku akan balik 2 tempat ni sebab nak melawat sedara mara
Kampung mak aku kat Alor Setar dengan kampung abah aku dekat perlis
So memang kami akan balik beraya
Selalu raya ke 4 baru adik beradik semua balas kunjungan
Time tu memang bersilatla mak aku dengan aku2 sekali kat dapur ๐Ÿ˜„
Tapi memang seronok ramai2 datang kan
Oklah korang tu je nak cerita sebab persiapan biasa2 saja ๐Ÿ˜„
Nanti aku update lagi ok
Selamat Hari Raya korang 
Maaf Zahir Batin 
๐Ÿ˜

No comments: