Friday, 16 June 2017

RAMADAN 2017 😊


Hi korang πŸ™‹
dah masuk ramadan ke 21 baru aku ada masa menaip kat blog πŸ˜„
busy sungguh aku dengan kehidupan seharian πŸ€“
apa yang aku busykan sangat tu ntahlah hahaha πŸ˜„

Ramadan tahun ni aku banyak ke bazar ramadan je la πŸ™†
sebab asyik blur nak masak ape hari2
beli sekali dengan sahur settle
kalau mode rajin baru aku masak
tu pun ringkas2 je πŸ˜‚

so nanti aku akan balik kampung sebelum raya
nak berpuasa kat kampung jugak
rindunya 😍
mak aku kerap tanya bila aku nak balik
sampai aku rasa bersalah pulak 
lama jugakla tak balik kampung
rindu kampungku itu
rindu semua 😍
cepat sungguh masa berlalu kan
zaman kecik2 memang best
buka puasa ramai2
sahur ramai2 walaupun ada yang liat nak bangun
dah bangun kemudian tertidur balik
pastu terkejut kena gerak suruh bangun jugak
lepas sahur tidur sambil duduk atas katil sebab bangun awal sangat kan
rindunya zaman kecik2 kan 😍

hari ni aku g bazar jugak
beli nasi arab kambing , nasi arab ayam , karipap ayam dengan daging , popia , air tembikai , air mangga
pastu beli jugak lauk2 untuk sahur macam ikan kembung masak asam , sambal udang petai dengan masak hati goreng kunyit
tapi hati goreng kunyit dah habis bedal makan dengan nasi arab time berbuka tadi hehe πŸ˜„

sebenarnya dah seminggu aku cuti puasa hehe harap2 esok aku boleh berpuasa semula
kejap je ramadan nak habis
tak puas kalau setahun ramadan pun ok bagi aku 

korang mesti dah buat persiapan raya kan?
aku ni ape pun tak buat lagi
bila dah dewasa tu biasa je rasa
lainla zaman budak2 dulu memang seronok bila sebut pasal raya
aku rasa lagi seronok bulan ramadan sebab yelah bila dah dewasa ni kenala tambah amalan kan 

oklah korang 
ni pun dah jam 1.22 pagi
jap lagi bangun sahur pulak
walaupun tak puasa tapi tetap kena bangun sediakan sahur untuk encik suami jugak 
aku pun dah macam berpuasa jugak sebab makan sahur sekali hehe πŸ˜„
siang pun bukan makan pun

oklah selamat bersahur jap g ye n selamat berpuasa 😘

πŸ’–


No comments: