Sunday, 30 May 2021

SUP AYAM & SAMBAL TELUR

 



Bismillah ....sarapan pagi ni 😁 makan nasik masak semalam pun kenyang hari2 nak pikiaq masak apa ayoyoyoyoyo banyak resepi tapiiiiii.....🤣


Sambal telur paling senang aku masak sebab guna cili boh je 😄 tapi aku tumis dengan bawang merah , bawang putih , halia dulu baru masuk cili boh dah masak sambal baru masuk hirisan bawang besar dengan telur rebus yang aku goreng sekejal sebijik2

 


Paling senang masak & sedap layan makan nasik dengan sup ayam panas2 😘 

 

Saturday, 29 May 2021

PULUT AYAM THAI

 


Alhamdulillah aku masak Pulut Ayam Thai ni masa berbuka puasa dengan encik suami sebab beliau puasa 6 Syawal jadinya dah cukup 6 hari aku pulak puasa ganti sebab aku dah habis puasa 6 Syawal 😘 


Pulut - Rendam 1 jam & kukus macam biasa

Ayam - Tumbuk Bawang Putih , Biji Ketumbar , Halia masuk Serbuk Lada Hitam , Serbuk Lada Putih , Garam , Kicap & lumur pada ayam sejam pastu goreng

Bawang Goreng - aku beli yang dah dijual senang 😄

Sambal - Kisar Bawang Besar , Cabai Merah , Cili Padi , Limau Purut - buang biji , Gula , Garam , Air sikit 

 


Pulut Ayam Thai siap 😘 sedap weh cubalah 👍 

Tuesday, 25 May 2021

SAMBAL LIMAU PURUT

 



      Cabai merah , Cili Padi , Bawang Putih , Bawang Besar , Limau Purut , Air , Garam , Gula


Siap 😘👍 Sedap weh 😄 ikut hati nak hirup je muahahaha 

KETUPAT MUSANG KING

 



    Ketupat Durian Musang King


       Ketupat Durian Musang King 

 

Kuah Kacang jenama Pertiwi


Sahur 4 pagi makan ketupat beli kat Mydin hari tu cicah kuah kacang segera jenama Pertiwi sedap jugak encik suami beli 😘

Kuih2 raya masih ada beli kat kawan aku sebelum raya pun layankan je makan pastu biskut kegemaran sedap cicah dengan kopi panas2 😘 sambil sahur sambil dengar ceramah ustaz auni best kan dengar ceramah ustaz ni banyak ilmu2 dia 👍

Oklah nak layan dengar sambil makan & minum 😁 Wassalam...have a nice day 💪

 

 

Monday, 24 May 2021

BIHUN BILIS MERAH JAMBU

 



 

Alhamdulillah pagi ni lepas subuh aku masuk opis goreng bihun yang aku dah rendam semalam dengan pewarna makanan warna merah jambu 😄 sesekali letak warna eh rasanya pertama kali aku letak pewarna makanan ni kat bihun nampak cantik jugak kan hehe tapi dok ralit2 masuk bihun sayur2 semua sekali lupa pulak aku letak sotong dengan udang muahaha 😄 takpelah rasa sedap jugak sebab aku letak bilis goreng tu 😘👍

 Oklah nak sambung makan sebab sambil taip sambil makan ni sambil tengok berita hehe jadi ni resepi ringkas bihun merah jambu aku ni 👉  

Tumis hirisan bawang putih dan bawang merah pastu bila dah dekat2 nak kekuningan tu masuk cili boh agak2 nak pedas banyak mana aku suka pedas2 tapi encik suami tak berapa nak suka jadinya dahulukanla selera encik suami hehe tapi aku ada letak serbuk lada hitam sikit jadi pedas masih terasa sikitlah ok pastu masuklah sos tiram sikit kacau2 masuk sotong atau udang bila sambal tu dah pecah minyak dan masuk 1 gelas air kemudian masuk kiub ayam 1 dengan garam kacau2 baru masuk bihun diikuti taugeh dengan sawi goreng2 jap dalam setengah jam bolehla hidang 

Hiasan bolehla letak telur rebus , daun sup , bawang goreng , limau purut ( aku lupa nak hidang hihi )  dengan keropok ( orang pantai timur macam encik suami memang suka makan ape2 je lah dengan keropok 😁 )

 

       Bismillahirrohmaanirrohiim...😘


Makan malam habis dah bihun merah jambu 😘

Sunday, 23 May 2021

MASAK TOMYAM AYAM , UDANG , SOTONG

 


Aku tido awal malam tadi pastu terjaga dah tak boleh tido jadinya aku bangun gi masak untuk sahur siap2 kung kang pung pang jam 2 pagi siap mata pun antara bukak dengan tak je haha tapi bila bau aroma tomyam pagi2 huiiiiii nyaman terus haha 😄 


Dah siap2 rehat jap pastu buatlah apa yang patut sebagai hambaNya...Sekian dulu 💖


Alhamdulillah jam 4 pagi lebih sahur, makan panas2 sampai 2 kali tambah 😄

ROTI BOOM MYDIN

 


Sehari sebelum pkpd aku ajak encik suami gi Mydin beli bahan2 masak biasala pusing2 dalam tu terbeli roti boom ni 😁 


Untuk sarapan encik suami gi keje cepat & mudah nak sediakan 😘💪 

 



 

Sedap roti ni makan masa baru lepas masak rangup2 lembut teksturnya yummeh 😘👍 

Saturday, 22 May 2021

RAMADHAN 24 @ IMPIANA COFFEE HOUSE

 


Baru aku rajin nak update masa ramadhan baru2 ni 😄 sesekali berbuka puasa di hotel kan asyik masak , beli kat bazar dengan order food panda je  cuba pulak berbuka puasa di hotel 😍


 




Sampai awal kitorang bergambar dulu sebab tak ramai lagi orang masa ni bolehla bergambar santai2 😍


 


Dah bergambar jom ke coffee housenya tempat berbuka puasa 😘 ada muzik gamelan dekat situ meriah jugak


Bahagian Pencuci mulut buah2 , kek2 , pelbagai kerabu , telur masin , telur rebus , aneka sambal aku makan banyak kek dia yang rasa cheese tu sedap yang amat 😘 ada jugak samperit sedap sebab rangup2 gitu 👍


 Sudut air sejuk ada peach , Mango & SoyaBean



Kambing Panggang ni encik suami ambikkan kongsi 2 orang


 

Bahagian nasi & lauk Pauk ada rendang tok , masak lemak tempoyak , asam pedas & lain2 seriuslah aku banyak meratah lauk pauk jadi akhir sekali baru aku makan sesuap dua nasik haha sedih tak? perut dah penuh tak boleh tambah lagi nanti muntah caner?😄 


Bahagian Kueyteow Tomyam tapi aku dengan encik suami tak ambik pun sebab terlampau kenyang 😂



Bahagian lemang , nasi himpit & serunding2 dia , aku ambik 2 je buat rasa tapi memang sedaplah 😘


Ni bahagian bubur aku tengah ambil bubur jagung sedap aku ambik sikit je yelah kang tak habis pulak kalau ambik banyakkan hihi


Dah ambil menu duduk jap berkeriuk2 perut tengok makanan hehe 😄


Pakej berbuka puasa kat Hotel Impiana ni RM78 sorang sesekali bolehla kan sempena puasa 😘


Makan santai2 lepas solat maghrib dekat tingkat 1 hotel



Alhamdulillah kitorang sampai awal jadi dapat ambil makanan dengan santai2

 




Banyak makanan tapi percayalah perut kita kecik je haha jadi makanan kena ambil secubit2 gitu 🤣


Ok dah boleh berbuka ada ustaz azan dekat pintu masuk coffee house tu 😘


Makan sikit dalam 20 minit aku dengan encik suami gi surau hotel di tingkat satu 


Alhamdulillah gi solat awal tak ramai lagi orang



 


Dah solat barulah boleh sambung makan dengan tenang & santai 😍

Aku dengan encik suami santai2 makan sampai coffee house nak tutuplah haha hujan pulak kat luar kan Alhamdulillah puas hatilah berbuka puasa kat sini  😍👍