Saturday, 19 June 2021

BISKUT CICAH KOPI

 


Ni la jadinya bila tak nak tido lagi walaupun mata macam ada gam tengah2 malam 😄 biasalah bila dari asrama dok stay up lagi2 sila duduk rumah stay upnya makin menjadi2 haha sedar2 badan dah seakan2 penguin campur dugong ha ha ha 😂


 Itu je lah nak ceritanya pun 🤣 take care ye , wassalam...💖

 

 

korang perasan tak telekung solat boleh dipakai ala2 purdah 😁 bila pakai camni nak solat pun senang gi mana2 tinggal nak amek wudhuk je lagi atau bawak botol percik air tu je senangkan tapi aku cakap je semoga nanti aku pun boleh buat macam ni Aamiin...😍💪

Friday, 18 June 2021

UBI KAYU KEJU

 


Hari ni rajin pulak aku nak sagat ubi kayu buat cucur goreng , aku campur sekali pasta keju , serbuk santan kara , air dengan tepung gandum ditapis , sedap je aku makan haha janji kita yang masak dia 😄💪 

 



 

Siap dah Alhamdulillah 😍 layan pulak minum kopi madu kelulut panas2 kan licin jap je hihi 😄👍 

Malam nanti nak makan apa pulak 🤔 nanti aku update ye hihi 😍 

Monday, 14 June 2021

SUAMI MASAK : MEE GORENG MAMAK

 


Hi pagi ni korang sarapan apa? 😁 pagi ni encik suami yang masakkan sarapan , beliau masak mee goreng mamak katanya , teruja je aku nak rasa air tangan encik suami 😄 jarang masak tapi sekali tunjuk bakat kalah chef2 1 dunia ha ha 🤣👍 


Kalau beliau masak aku dilarang duduk di dapur 😅 maklumla aku ni jap gi ada ja benda nak dipotpetkan hihi tapi aku lagi suka biar beliau je masak baru lah boleh rasa masakan asli dari beliau sendiri sedap ke idok hihi 😁


Korang tengok menu mee goreng mamak suami aku ni 😄 ya ampun aku terfikir macam nak encik suami masuk kulinari bukak restoran je kikiki sedap weh beliau masak sesekali sampai aku rasa nak beliau masakkan je hari2 haha 😍💪

Oklah weh aku pun dah habis sarapan , ade keje sket nak buat lepas makan je rasa nak tido ni tapi baru bangun tido tadi takkan nak sambung tido kan? 😂 maklumla hashtag duduk di rumah ni nampak bantal je jadi dugongla hari2 camni hihihihi aku la bukan korang 🤣....k lah nanti sambung lagi eh take care 💕

Wednesday, 9 June 2021

CHEESE CAKE

 


Sesekali layan makan cheese cake 😘 aku sorang je mengunyah sampai jam 1 pagi sambil tengok tv encik suami dah sampai al hambra dah 😁 


 


Tak cukup pulak beli 1 haha lain kali pulaklah beli maklumla bila sila duduk rumah ni boleh katakan makan je kerojenye 🤣 baik puasa sunat je kan hehe 💪 Oklah stay safe ye korang kita jaga kita , jaga sop & banyak2 berdoa pada Allah S.W.T 💕

TOMYAM SEAFOOD CAMPUR

 


Alhamdulillah menu semalam je ni 😄 rajin pulak nak masak tomyam kan rasa macam lama aku tak masak tomyam ni hee biasalah aku dah pening pikir nak masak ape hari2 boleh tak makan roti je haha tapi encik suami nak nasik jugak makanya.......faham2 je lah ke dapur jugak aku 🤣




Ha siap menu makan malam semalam tu 😁 senang je kan? goreng telur pastu hidang dengan timun & tomato , ayam tu ayam sambal kering masak kelmarin hihi masak ringkas2 lagi sedap uolls ha ha 💪 Oklah stay safe ye sama2 kita jaga sop & banyak2 berdoa padaNya.

Sunday, 6 June 2021

DINNER LOCKDOWN PIZZA HUT FOOD PANDA

 


Untuk makan malam aku order pizza hut je dengan khidmat rider food panda , dah tak tahu dah nak masak & makan ape hari2 kan 😄 jadinya seharian ni aku order je guna aplikasi food panda tu sementara tu keje aku asyikla tido je hahaha senangkan hidup makan , tengok tv , tido sepanjang pkpd dengan lockdown ni 🤣 dah nak kuar pun cuak acaner tu?😁


Hawaian Chicken add Stuffed Crust RM32.90

Island Supreme add Stuffed Crust RM34.90 

 


Alhamdulillah kenyang jugaklah untuk makan malam dengan supper 😄 maklumla duduk je di rumah asyikla nak makan makan makan kan 😃 aku memang biasa supper dari sekolah menengah lagi maklumla duduk asrama lepas prep malam tu penat belajar memang terus ke dewan makan pekena roti ke biskut ke dengan air panas baru balik dorm tido 😍 kadang kalau rajin nak stay up sambung mengunyah sambil belajar sampai pagi2 buta hehe 

Friday, 4 June 2021

21 GRILLED FOOD PANDA

 


Alhamdulillah dah jumaat , jom sama2 kita membaca Surah Al Kahfi semoga Allah menjaga kita dari fitnah dajjal , sebaik2nya hafal 10 ayat pertama Surah Al Kahfi atau 10 ayat akhir Surah Al Kahfi atau lebih baik hafal kedua2nya supaya kita terselamat dari dajjal akhir zaman 💪 

Hari ni untuk tengahari aku tak masak hehe jadinya order sajalah di 21 Grilled tu senang tak bersepah je dapur aku asyikla kena basuh pinggan mangkuk berulang2 haha dah takkan nak makan guna daun2 kan? lainlah keliling rumah ada pokok2 pisang pokok kelapa bolehla guna daun2 pisang dengan tempurung kelapa letak bhn2 masak 😄 Tapi best je letak2 macam tu baru la guna bahan2 alam betul2 kan hihi
 

 Cheezy Chicken Grilled RM13

 2 Set Briyani Chicken Grilled RM49.60

Mango Yogurt Frappe RM11.90

Brown Sugar Pearl Milk Tea RM11

 



 
Alhamdulillah syukur rezeki tengahari ni 😘 ni encik suami nak makan kuih tok aji serban pulak 😁 petang sikitlah masaknya boleh buat makan malam pulak kan💪pening dah fikir pasal masak2 ni 😄 sebab tak tahu dah nak makan ape nak masak ape hari2 hehe

Thursday, 3 June 2021

DINNER SECRET RECIPE

 

Alhamdulillah...Semoga kita semua pada hari ni berada di bawah lindungan keselamatan dari Allah S.W.T Penguasa Sekelian 'Alam...Aamiin....💖


 Aku order 🧀🍰Cheese Cake sedap 😘👍 encik suami ordee Creme Brulee Cheese Cake sedaplah jugak tapi aku punya cheese cake lagi sedap hihi 😄


Nasi Goreng Satay ni aku yang order 😘 malas aku nak masak malam2 sesekali je bermalasan hehe 😜 


Nasi Kerabu Daging Rendang pilihan encik suami 😁 orang pantai timur kan lama tak balik kampung rindu menu2 negeri beliau hehe tunggu semua dah ok barulah dapat balik kampung tapi bilakah? selagi tak habis wabak ni semua pun stay @ home je lah


Alhamdulillah 😍 sesekali layan makan malam macam ni sedap jugak 👍  Oklah aku taip ni sambil tengok John Torode's Korean Food Tour 😁 lockdown ape je boleh buat kat rumah kan?😄 isilah masa dengan perkara2 berfaedah untuk diri & keluarga 💪 Semoga Allah S.W.T membantu kita keluar dari apa yang tengah berlaku sekarang , Aamiin...💖

Tuesday, 1 June 2021

NASI HAINAN HALBA SAMBAL BILIS

 


Hari ni dah mula Total Lockdown 2 minggu dari 1/6 - 14/6 , ramai je aku tengok sebelum lockdown masing2 gi beli barang2 dapur kecuali aku hahaha mungkin sebab aku dekat je dengan kedai2 runcit & mall kecik2 jadi santai2 je sambut lockdown tu 😁 lagipun selalu je takde idea nak masak ape jadi bergantung pada selera ape nak masak hari2 bolehla gi beli kat kedai2 runcit dekat2 sini je

Oklah panjang pulak mukadimah entri aku kan 😄 maklumla rajin pulak aku nak menaip ni lepas sarapan tadi , pagi ni aku masak cucur bawang bilis , nasi hainan halba , sambal bilis , keropok , telur rebus dengan kopi madu kelulut 


Cara aku masak nasi hainan ni mula2 aku basuh beras basmathi tu pastu masuk air kemudian aku tumis hirisan bawang besar , halba dengan halia guna marjerin daisy tu pastu tuang dalam periuk nasik tadi masuk garam sikit dengan kulit2 ayam pastu aku masuk serbuk kunyit dah tekan On biar dia masak senangkan? pastu buatlah sambal bilis dengan rebus telur , hiris timun dengan tomato dah siap bila nasik mula masak bau dia hmmm semerbak wangi 1 dapur 😍


    Pastu goreng keropok maklumla encik suami suka makan dengan keropok biaselah orang pantai timur 😁 lama tak balik pantai timur kan samalah aku lama tak balik jelapang padi 😂 anak perantau macam ni lah macam aku dari sekolah menengah aku dah merantau jadi bolehla bertahan lagi ade peluang memang balik kampung tapi tak keraplah sebab jauh kan bila pkp ni cuak nak balik takut lain pulak yang ikut balik nanti bahaya pulak pada keluarga kan 😅 semoga cepatlah wabak ni hilang Aamiin...bersabarlah & bertahanla kita semua dengan ujian dari Allah S.W.T ni semoga ada pelangi selepas hujan kan 💪