Tuesday 1 June 2021

NASI HAINAN HALBA SAMBAL BILIS

 


Hari ni dah mula Total Lockdown 2 minggu dari 1/6 - 14/6 , ramai je aku tengok sebelum lockdown masing2 gi beli barang2 dapur kecuali aku hahaha mungkin sebab aku dekat je dengan kedai2 runcit & mall kecik2 jadi santai2 je sambut lockdown tu 😁 lagipun selalu je takde idea nak masak ape jadi bergantung pada selera ape nak masak hari2 bolehla gi beli kat kedai2 runcit dekat2 sini je

Oklah panjang pulak mukadimah entri aku kan 😄 maklumla rajin pulak aku nak menaip ni lepas sarapan tadi , pagi ni aku masak cucur bawang bilis , nasi hainan halba , sambal bilis , keropok , telur rebus dengan kopi madu kelulut 


Cara aku masak nasi hainan ni mula2 aku basuh beras basmathi tu pastu masuk air kemudian aku tumis hirisan bawang besar , halba dengan halia guna marjerin daisy tu pastu tuang dalam periuk nasik tadi masuk garam sikit dengan kulit2 ayam pastu aku masuk serbuk kunyit dah tekan On biar dia masak senangkan? pastu buatlah sambal bilis dengan rebus telur , hiris timun dengan tomato dah siap bila nasik mula masak bau dia hmmm semerbak wangi 1 dapur 😍


    Pastu goreng keropok maklumla encik suami suka makan dengan keropok biaselah orang pantai timur 😁 lama tak balik pantai timur kan samalah aku lama tak balik jelapang padi 😂 anak perantau macam ni lah macam aku dari sekolah menengah aku dah merantau jadi bolehla bertahan lagi ade peluang memang balik kampung tapi tak keraplah sebab jauh kan bila pkp ni cuak nak balik takut lain pulak yang ikut balik nanti bahaya pulak pada keluarga kan 😅 semoga cepatlah wabak ni hilang Aamiin...bersabarlah & bertahanla kita semua dengan ujian dari Allah S.W.T ni semoga ada pelangi selepas hujan kan 💪 

 

 

 

No comments: