Sunday, 30 October 2022

SANTAI PETANG DI TASEK TAIPING

 


Alhamdulillah kisahnya semalam kami ada urusan sikit kat bandar di raja sebelum tu jom isi perut dulu :0 maklumla aku sejenis orang yang ambik sarapan pagi2 :) 


Pagi2 kami singgah sarapan di Medan selera Silveritage jap aku pilih kuih2 yang jarang aku nak masak atau makan :0 kalau masak sendiri macam banyak sangat kan jadinya baik beli je lah hihi manakala encik suami dah makan menu nasik :0 beliau dengan nasik ni bak irama dengan lagulah heeee :0

 


Milo aiskrim dinasour ni aku order tapi encik suami yang tolong ambikkan kat kaunter bila siap , sekali sampai depan aku terkejut sikit sebab kemain besar cawannya haha jadi kongsi je lah dengan encik suami walaupun beliau dah order teh o limau panas pastu yang abis awal tentulah aiskrim tu hihi sedap layan makan dalam suasana hujan lebat , kena jugaklah tempias hujan kat situ tapi tempias2 manja je :0 


Satay ayam dengan daging ni encik suami yang order dalam RM11 camtu , rasa memang sedap cukup rasa semua :) 

 


Kueteow goreng ni aku yang order , tekak rasa nak layan makan kueyteow pulak petang2 kan hehe jadinya aku order kueyteow goreng daging harga dalam RM8 camtu tapi sedaplah aku tambah telur goreng sama , selain tu kalau nak kerang pun ada bagitau kat tukang masak tu je  

Banyak lagi menu kat medan selera ni nanti kalau datang lagi bolehla cuba menu yang lain pulak kan , Alhamdulillah....:) 

Monday, 24 October 2022

SARAPAN DI BANDAR AGACIA

 


 Cantikkan bangunan2 di bandar agacia tu? :) nak bergambar pun cantik , masa aku gi tu dah ada kedai kopi melayu nama Akif Ayra Coffee Cafe jadi aku pun ajak encik suami masuk , dekorasi cafe pun cantik & selesa 


Tak dinafikan aku agak suka tengok bangunan ni Menara Agacia iaitu Champ Elysees , cantik & eksklusif nampak dari jauh :) 


 Dah sampai depan Cafe Akif Ayra Coffee ni jomlah masuk :) aku order Hazelnut Coffee , Chicken Mushroom Pie dengan English Breakfast manakala encik suami order Cucur Ikan Bilis dan Sos dengan air Caramel Coffee Smoothie , Alhamdulillah sedap :)


 Dah cuba sarapan nanti bolehla cuba makan tengahari atau malam pulakkan :)


 Masa ni ada aku , encik suami dengan pasangan anak beranak sarapan sini jadi tenang je lah makan santai2 :0


 Hazelnut Coffee yang sedap & cantik :)


      Chicken Mushroom pie sedap jugak :)


                   English Breakfast 


            Air encik suami order , sedap


                Cucur Ikan Bilis dengan sos

 

Alhamdulillah...dah kenyang sarapan jomlah balik rehat2 dulu :)

 

 

Sunday, 16 October 2022

SANTAI BESDAY DI AGRO HIGHLAND RESORT

 

Al kisah....percutian yang tak dirancang :)


Alhamdulillah selalunya kerap aku check in area tanah rata tapi kali ni aku cuba pulak check in area berinchang :0 haaa menjawabla sejuk suhu sekarang 18°C , gi makan tengahari kat Nik Ikan Bakar 2 kat brinchang , orang tak ramai masa kami masuk tapi tak lama berduyun2 masuk :0


Aku order Teh Tarik , encik suami air limau suam 


 Nasi Goreng Ikan Masin macam biasa menu kegemaran aku sekian lama :0

 


Telur Dadar macam biasa kalau makan nasi goreng mesti ada kan :0


 Cendawan tomyam putih ni aku saje je order :0 sejuk2 suhu cameron dapat makan panas2 pulak tu huiii heavenlah kan hehe ;0 lagipun memang sedap tomyam putih ni licin aku makan :0

 


Encik suami order nasi putih dengan sambal ikan merah talapia ni , sedap jugaklah :) 


Jam 4 petang lebih hujan turun lebat , sejuknya mak aiiii tunggu malam pulak berapa suhunya kan ;p , encik suami ajak gi Pasar Malam kat Golden Hill tu hmm nak makan apalah malam kan sejuk2 ni :0


    Yeayyy dapat bilik yang aku nak tu :0 


 Aku naik hari sabtu tak buat tempahan bilik pun :0 cari pasal kan? hehe ada rezeki dapatlah bilik kalau tak tido lah mana2 tempat yang dirasakan sesuai hahaha :0 atau overnight je kat mana2 yang ok sampai pagi hehe tapi Alhamdulillah aku dapat bilik di Agro Highland Chalet bilik depan kebun stroberi tinggal 1 je lagi , apapun syukur selalu atas rezeki dariNya ;)


             Bilik No 8 paling hujung

 

Dapat tuala dengan sabun dan syampu


 Siap berstokin :0 , patutnya kena beli selipar stroberi ni hihi tapi esok dah nak check out takpelah tahan je :0 lagipun lantainya berlapik kurangla sejuk sikit tapi masih sejuk ye hihi


Suasana dalam bilik no 8 , bilik paling hujung siap pakej boleh dengar bunyi air sungai belakang kebun stroberi depan bilik tu :0 tertipu aku dengan encik suami masa dalam bilik cuak bunyi hujan ke sebab nak keluar hahaha :0


Jejak dalam toilet makkk aiiii sejuk bonar lantainya apatah airnya hehe :0


 Ada pemanas air dengan besen air jugak hehe :0


 Besar kan stroberi tu :0 geram tengok segar dari kebun :)


 Bukak pintu je nampak kebun stroberi hai nak gi cari jus stroberi lah hehe ;0


Suasana di luar bilik :0 depan tu je kebun stroberi :) depan lagi sungai kecik tapi masih boleh dengar bunyi air


Al Quran , telekung , sejadah disediakan chalet Agro Highlands


                Jomlah baca sehelai 2 :)

 


Suhu makin turun ⛄ layanla kesejukkan sampai pagi :0


Jagung Susu & jagung kuning bakar tapi aku rasa tak bakar pun ok lagi kot hehe :)


Siap hidang makan malam ringkas2 :0 jom bismillah.... 


Bebola madu campur RM8 , jagung kuning RM4 dengan jagung susu RM6 dan bayam goreng RM5 , brokoli goreng RM5 aku beli kat pasar malam Golden Hill


Teh O Stroberi tu chalet bagi sekali gula tapi tak letak gula pun sedap dah rasanya pada tekak aku la :0


 Ni suhu jam 10 malam ke atas :0 aku tengah layan makan sambil minum teh o stroberi panas2 , ya Allah...nikmat betul minum panas2 dalam suhu sejuk kan hehe sambil tengok tv jugak cite sumbang suara tu :0 ade jugak eh rancangan sebegitu? :0


info tentang Agro Highland Chalet 


Bilik2 yang disediakan di Agr0 chalet 


Lagi bilik2 yang tersedia di Agr0 Chalet ni :) 

 


Terjaga masa ni tengok suhu 16°C :0 patutla sedap je tido hehe tapi yang bestnya tenang je dengar bunyi sungai belakang kebun stroberi tu seronok kan dapat rumah tepi sungai hari2 boleh dengar bunyi yang menenangkan tu SubhanAllah...


 Pagi kami tak keluar sarapan memandangkan hujan turun jadi aku buat air teh o stroberi panas pastu makan baki2 makanan yang beli kat pasar malam semalam ;0 masa ni aku bersila je atas katil sambil makan malas nak bergerak pijak lantai haha encik suami la panaskan air pastu letak je pemanas atas meja tu untuk aku buat air teh o stroberi tu hehe

 


 Gi depan bilik sebelum check out kami masuk kebun stroberi jap untuk bergambar hehe geram tengok buah besar2 pulak tu :0


Aku bukanlah peminat stroberi pun cuma geram tgk buah dia cantik sangat hehe tapi kalau dah dibuat air jus ke haa aku suka jugaklah :0

 


Bunga2 yang hidup subur sekitar chalet 


Tempat2 sejuk meriahla dengan bunga2 kan :) 


Ni memang besar sebesar muka aku rasanya hehe :0 


Ni bunga ape lah kan segar2 je hidup kat sini :) 


               Elok je tergantung atas tu :0 


                     Pink sangat ni :)

Yang ni mengingatkan aku pada berus tu hehe


 Dah jom pulangkan kunci bilik dan ambik balik deposit RM50 jom gi lunch pulak hmm pening pikir nak lunch kat mana hehe :0

 


 Last2 kami ke Centrum makan tengahari kat Pak Leh Chicken selesa je makan kat situ kami pelanggan pertama masuk hehe :)

Menu tengahari dah hampir siap walaupun baru jam 10.30 pagi cukuplah bagi aku dengan encik suami 

 


Alhamdulillah selesai makan kami turun pulang cuaca pun redup2 je :) 

 Aku kan tak berapa sangat sejuk2 ni tapi bila sampai kat rumah dah tengok penginapan lain pulak hehe memanglah kan bila dah datang cameron sekali memang akan datang berkali2 :0