Wednesday, 24 February 2016

BORAK BORAK SANTAI :)



Hai korang
Bertemu lagi kita malam ni :)
Sebab haku rasa nak menaip lepas balik dari makan satay 
( 5 satay ayam,5 satay daging,5 satay kambing ) he he he :)
Agaknya kalau ada pelbagai jenis satay mesti haku amek 5 setiap satu ;p 
ni pun kenyang alhamdulillah ;0
Total harga untuk 15 cucuk satay tu RM14 
So di sebabkan ada gambar jomla kita bercerita ;0


Di mulakan dengan sarapan pagi tadi hari ni :)
Sekarang ni haku dalam mode malas nak memasak so marila membeli je ;p

Sarapan pagi ni nasi lemak.keropok goreng dengan roti canai
Air pulak haku buat Kopi Pak Belalang abang ipar haku bagi




Kemudian abang haku whatsapp tunjuk ujey anak buah haku 
( anak ke 3 abang haku ) masuk hospital sebab sekejap demam sekejap tak dari jumaat lepas so Dr kata ada jangkitan
Harap cepat sembuh dan doakan semoga anak buah haku ni cepat keluar hospital dan sihat
Kesian kalau asyik kena cucukkan :)


Selera je makan tu :) cepat sembuh ye amin2 ...korang doakan ye :)



Kelmarin haku dah bebaskan ibu kucing dengan anak2 dia huhu
Sayang rasenye nak lepaskan tapi haku tak dapat nak bela lagi So baik haku bebaskan dorang hidup bebas di luar sane
Semoga dorang dapat jaga diri baik2 di luar sane :)
We always love you all walaupun berat rasa hati :)




Oh ye tahniah jugak kat sahabatku yang paling rapat masa bekerja dulu Akma dapat anak lelaki pada 14 Februari baru ni :) nama : Muhammad Faris Amsyar :)
Sedap nama tu :)
Selamat menjadi ibu dan insyaAllah ada rezeki kami akan turun melawat :)




Oh ye lupe plak nak masukkan gambar menu encik somi malam tadi :)

Encik somi order Nasi Goreng USA dengan Nescafe Tarik
  
Elok je sampai encik somi pun rase la 1 sudu nasik tu pastu cakap kat haku pedas sket

So terus haku tarik pinggan encik somi n rase jugak 1 sudu tu sebab nak tengok tahap kepedasan nasik goreng tu

Lepas rase je terus kepedasan nasik tu tersebar 1 lidah haku hahahaha

Confirm encik somi cannot eat nasik goreng usa ni hihi ;p

So terus haku suh encik somi panggil waiter tu n tapau je bawak balik

Haku suh encik somi order nasik lain n cakap tak nak pedas

Tapi encik somi dah kenyang kot makan satay 15 cucuk tu so tak order la just minum n habiskan satay yang ade :)

So rezeki haku la tu kan sebab haku ok je layan makan pedas ni ;p

Haku memang tak bagi encik somi makan pedas sebab pernah jadi kes encik somi makan pedas pastu masuk hospital sebab sakit perut memulas2 lepas makan nasik goreng pedas haish ;p
Haku yang trauma kat wad kecemasan  ;p

So lepas tahu encik somi cannot go pedas2 ni haku memang tak pernah masak pedas2 lepas kawen ngan encik somi ;p
 Masak sambal pun tak berapa nak pedas
Kalau lajak pedas pun mesti perut encik somi mula memulas
Haish manjanya perut hihihihi ;p








Thursday, 11 February 2016

SI BULUS COMEL JAN 2016




Cakk!! ;p
Tetibe muncul lak entri terbaru dari tuan blog ni hihi ;p
Hmm sebenarnye haku dalam proses cube untuk rajin update blog kesayangan haku ni :)
Sabo je la kan haha ;0
Ok meh kita borak2 ;0


Tahun 2016 ni tetibe ade penghuni baru muncul dalam rumah haku :)
Pagi januari berapa haribulan haku dah lupa ;p ( tu la baru hari ni nak update blog kan ;p ) bukak2 pintu belakang area dapur tu tetibe haku nampak ada macam ibu kucing dalam baldi :)


Haku ni bukanla tak suke kucing tapi layan gitu2 je tak terfikir pun nak bela kucing atau haiwan2 lain
Tapi bila haku tengok dekat ibu kucing tu ade pulak 3 ekor anak kucing kecik2 rase macam laaa awat yang comey sangat ni anak2 kucing ni hehehehe ;0
Ibu kucing lak bile tengok lame2 macam jelita pulak hahahaha :)
Patutla anak2 kucing tu comel2 :)
So haku pun bincang dengan encik somi tentang nak bela kucing tu



Asalnya haku dengan encik somi hanya bagi makan je dekat ibu kucing tu
Tapi lame2 haku rase macam nak pulak beli sangkar kucing sebab haku tak nak la nanti  anak2 kucing tu bila dah pandai panjat n lari nanti jenuh pulak haku nak mengejarnye hihi ;p
So dengan tetibe lak haku menggoggle cari sangkar kucing dan ape3 yang berkaitan dengan kucing hahaha ;0


Seb haku ade kawan yang memang pencinta kucing ;0
So haku tanyela tips2 n ape2 je keperluan untuk kucing2 haku tu ;0
Pastu ade mase2 haku terfikir betul ke haku nak bela kucing ni? ;p


Bila haku upload gambar kucing dekat group whatsapp family anak2 buah haku pulak teruja nak datang tengok dorang pun tak sabar2 nak tengok anak2 kucing haku tu ;0
Ade yang nak ambil bela pun ade ;0



Ade sekali tu datang je rumah haku first sekali dorang sebut mane anak2 kucing tu atau terus sebut name anak2 kucing tu hahahaha ;p
Cet salam haku pun boleh lupe gara2 nak tengok anak2 kucing hahaha ;p



Anak2 kucing haku tu haku bagi name : Cikudut,Cikidit,Cikodot ;p
Mak dia lak name CekTeh pasal putih kan
Cikudut ni ade 3 warna : putih,oren,hitam Cikidit lak ada 2 warna : Putih dengan Perang n Cikodot lak warna : Putih Hitam :)
Paling banyak merengus Cikudut la garang betul hahaha ;p 


 tapi cikudut la paling comel ;0 rase macam nak picit2 je ;p



Masa ni masih dalam baldi sebelum haku dengan encik suami transfer ke dalam kotak :)

Dari bawah ke atas : Cikodot,Cikudut,Cikidit 

Welcome to our new family hihi ;p


Teruja lak nak cari sangkar dengan keperluan2 lain untuk kucing ;p


Tips untuk haku yang pertama kali nak membela kucing ni ;p




Jika anda menyayangi haiwan peliharaan dan sering mengajaknya bergurau, ternyata situasi tersebut boleh menstabilkan dan menurunkan tekanan darah anda.




Jika anda suka bersenam dan anda boleh membawa haiwan peliharaan anda bersama. Ia akan memberikan efek pada penurunan kadar kolesterol tubuh dan perkara ini juga akan memberikan tubuh anda kekuatan untuk mencegah penyakit datang.Situasi ini saling berkait dengan penurunan tekanan darah dan melonggarkan pembuluh darah sehingga darah dapat mengalir lancar.



Memiliki kucing, hamster atau haiwan peliharaan lain yang dapat mengisi hati anda dan membuatkan anda bukan sahaja tersenyum. Bahkan ketawa terbahak-bahak, jadi jagalah haiwan peliharaan anda itu  seumur hidup. Kehadiran haiwan peliharaan dalam hidup anda  adalah tiket untuk anda bebas daripada stress dan depresi. Ia akan mengeluarkan hormon endorphin dari otak yang akan membuat anda lebih berkeyakinan, berasa lebih bahagia dan berfikiran positif.




Jika anda berjaya menghindari daripada hipertensi dan kolesterol, menjadi penyumbang kecil kemungkinannya anda akan mengalami penyakit kardiovaskuler secara tiba-tiba. Kombinasi antara menurunkan stress, bebas daripada depresi dan penurunan tekanan darah mampu mencegah anda daripada risiko penyakit kardiovaskular.






Banyak yang mengatakan alergi disebabkan oleh bulu haiwan, sedangkan ia sebaliknya. Jika anda memperkenalkan anak anda sejak kecil ,bahkan saat mereka berusia kurang dari enam bulan, ia akan menguatkan anak-anak anda dari alergi. Kajian membuktikan bahwa anak yang hidup dengan haiwan peliharaan lebih kebal terhadap alergi, demam dan ekzema.


Binatang juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita. Kadang kala ketika kita sedih, ia juga akan bersedih. Sebagai contoh, kucing. Apabila kita bersedih, kucing akan datang kepada kita dan menggesel-gesel serta mengeluarkan bunyi seperti mahu memujuk kita. Mereka mempunyai hati untuk memahami dan menenangkan perasaan kita.



Islam dan agama lain mengajar penganutnya supaya kasih dan sayang kepada haiwan. Walaupun haiwan tidak punya akal, namun mereka masih mempunyai hati dan perasaan. Apabila kita memelihara haiwan peliharaan, secara tidak langsung, kita akan menyayangi mereka.





Mungkin anjing tidak sesuai untuk dipelihara oleh orang Islam. Namun, anjing yang dipelihara lebih cepat mengesan bunyi dan bau dari jauh. Contohnya, jika anjing terhidu asap kebakaran atau merasakan rumah tuan mereka dipecah masuk oleh perompak, anjing akan menyalak supaya semua orang tersedar. Begitu juga dengan kucing, mereka juga adalah pengawal yang baik!




Nanti haku upload lagi gambar2 anak2 kucing ye hehe ;p

Ok have a nice day ye korang2 kat luar sane tu ;p






Operasi nyahkutu tapi tak berjaya sebab kutu lari sangatla laju ;p
Kena beli ubat kutu kucing jugak nampaknya ;p






Anak2 kucing dah pandai main :)



Ewah tetibe lak haku bleh shopping keperluan kucing tahun ni ;p




















Tuesday, 19 January 2016

WAHAI HATI BERTAHANLAH ;0



 Cakkkkk :)

Tetibe haku muncul pulakkan :)

Lame la haku tak menaip kat blog haku ni :)

Sorry la haku busy sekarang ni :)

Macam2 perkara yang haku tengah handle sekarang ni :)

Berbalik kepada tajuk hari ni haku tengah dalam mode bertenang sekarang ni :)

Bertenang dalam urusan yang menekan hati dan perasaan haku :)

So apa yang haku tahu sekarang ni haku kena bertabah dan bersabar menghadapi situasi yang menekan :)

Bersabar dengan perkara yang haku sendiri tak suka dan menahan diri dari bertindak tidak rasional :)


Dalam kehidupan kita hanya perlu go forwad without think all negative things :)

Always in positive mode :)

2016 memang tahun haku teramat busy :)

No lazy2 :)

Semangat 2016 haku telah bermula seawal 1hb :)

Leave all negative things and just go forward with positive things :)

Throw out all negative things away from you and move with positive things :)

Sekian n mood haku semakin bagus pulak lepas menaip ni hehe :)

Ok nanti kita jumpa lagi ya :)

Have a nice day :)





@ MuziumGoldPenang :)

*haku dapat 7 plated kot time ni hihihi :)












Tuesday, 5 January 2016

MENU SIHAT SARAPAN PAGI



Antara azam haku tahun ni ialah nak menyediakan makanan yang sihat dalam pola pemakanan haku dan encik suami :) gitu.....;p

So sebab itu jugakla haku suke tengok rancangan tv yang tajuknya Dapur Sihat oleh Prof Muhaya dengan Dr Hajar tu :)
Memang bagus cara penyediaan makanan sihat oleh beliau :)
Dengan harapan dapatla haku ikut jejak langkah prof dalam pemakanan seharian haku dengan encik suami kan :)

So better haku letak kat sini menu2 sihat yang haku cube nak praktikkan :)
Harap istiqomah la haku ni amin :)


*google





*google




*google




*google




*google


*google



*google



*google













JUS ANTI OKSIDA

2 Batang Lobak Merah
1 Biji Delima
1 Cawan Blueberry
Air



PISANG OAT BAKAR

2 Biji Pisang - lenyek2
Oat
1 Sudu Besar Esen Vanila
Chia Seed
Badam
Flax Seed

* Bakar dalam oven pada suhu 175 Darjah Celcius selama 30 minit




AYAM BAKAR PERAPAN


Bawang Putih
Jintan Putih
Lada Hitam
Daun Rosemary
Olive Oil
Garam Bukit

*Lepas perap tu bakar pada suhu200 darjah celcius selama 55 minit

COLESLOW

Kubis
Kubis Ungu
Yogurt
Bawang Putih
Lemon
Madu
Garam


** Nanti haku masukkan lagi sebab haku menaip ni puun dah jam 4.15 pagi :)
Terjaga pastu takleh tido dah :)
 K have a nice day ye :)
Semangat azam baru! :)
 Kekal Sihat amin... :)




BAKED FISH WITH ROASTED VEGETABLES

CARROT
CAULIFLOWER
BROCCOLI
IKAN DOWRY
DAUN SUP - BLEND
DAUN BWG -  - BLEND
DAUN KETUMBAR - BLEND
BWG BESAR - BLEND
BWG PUTIH - BLEND
PERAHAN LEMON - MAMPU BUANG ASID DARI MAKANAN
1 SUDU BESAR MYK ZAITON - BLEND
GARAM
SERBUK LADA HITAM
PERAP IKAN DENGAN BAHAN BLEND

BALUT IKAN PERAPAN TADI DENGAN ALUMINIUM FOIL
BAKAR 20 MINIT SUHU 180 DARJAH CELCIUS

















Friday, 1 January 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016




Selamat Tahun Baru 2016 korang :)
Eh tetibe haku muncul kan ;p hihi
Sebenarnye haku ade je ni macam biasa cuma agak busy sket :)
Chewah busy sangat ni ;p
Haku sebenarnye ade jugak bukak blog tapi tiap kali nak taip macam tak tahu lak nak cite hape sebab haku agak busy jugakla
Buat2 busy pun iye jugak hihi :)
Tapi takpelah sementara haku tengah rajin nak bercerita pada awal bulan awal tahun ni jomla kita borak2 jap :)
Sehari sebelum tahun baru tu haku ade di penang
Ada seminar sehari je pun tido umah adik haku
Esoknya pagi haku dah balik umah 
Singgah cafe jap makan2 
sambil makan fikir jap azam baru :)
ape ye azam haku tahun 2016?
Selain dari rajin nak menaip kat blog ni hehe aku jugak berazam tahun 2016 ni memang tahun serius bagi haku
serius hape?
serius dalam segala hal dari segala segi kehidupan :)
bukan maksud sebelum ni haku tak serius tapi lebih pada kehidupan yang cool je
so haku bercadang tahun 2016 ni merupakan starting point haku untuk lebih maju jaya bersama2 sesiapa yang berada bersamaku :)
semoga dapatla haku istiqomah melakukan apa yang haku nak lakukan kan :)
tapi kan haku perasan bila haku merancang untuk lebih serius haku jadi macam sangat tegas pulak ;p
semua perkara mesti perfect gitu
sket2 silap mungkin diterima tapi no kesilapan lagi lepas tu
huiiiii sabo je la bila berada dalam situasi nak serius ni :)
sebab haku tahu diri haku ni
mungkin nak mengajar diri sendiri jugak :)
if berada dalam situasi yang rilek n cool haku akan jadi sangat rilek n cool
tapi bila haku berada dalam situasi nak serius haku rase haku tak boleh nak rilek n cool sangat
wah macam ada 2 situasi dalam diri pulak :)
ok lah buat je ape yang boleh n termampu kan :)
Malam tahun baru tu haku berada di dataran sebab nak tengok bunga api
memang ade artis2 buat persembahan kat situ tapi niat haku lebih pada nak tengok bunga api je :)
haku gi tengok dengan encik suami
so tepat jam 12 tgh malam tu memang nampakla orang tembak bunga api
jelas atas kepala kami je
berdentam dentum takut lak haku tapi dah nak tengok dekat2 sangat ha terkejut2 pun seronok ghupanya hahaha :)
dah habis tu cepat2 kami balik yelah jalan memang sesakla pastu tapi kami mencelah2 jek cepat sket :)


 K lah belanja gambar dari puan blog yang dah lama tak berblogging ni ;0

@ Dataran Menunggu Tembakan Bunga Api