Thursday, 3 March 2016




;p

Pagi haku terbangun jam 5.10 pagi

Lepas buat ape yang patut terus masuk dapur

Fikir nak masak ape plak untuk breakfast pagi ni

Apekate buat kueyteow kungfu je sebab takkan nak masak makaroni lagi kot? ;p
So cepat2 kuarkan kueyteow sebungkus,lobak merah.baby sawi,tepung jagung

Daging burger ramly pun haku kuarkan

motip ade daging burger plak dalam kueyteow kungfu???

Well ape yang tekak rase nak makan masak je la tanpa banyak songeh ;p
Takkan kueyteow kungfu mesti skema je kene ikut resepi kan?

Pandai2la ikut selera bukan boleh gagal dalam exam plak kot?






Dah lembut kueyteow dan toskan so ketepikan jap

Pukul 3 biji telur suppose 4 biji atau lebihla kan sebab pakai 1 bungkus kueyteow tu

Lepas masak baru realize kueyteow sebungkus tu boleh bahagi kepada 4 sebab dapat portion kecik2 comel nanti

Tapi haku buat 2 portion so dia jadi besar sketla ;p
Tapi janji licin je makan pastu hihihi ;p
So lepas subuh baru teringat adelagi kaedah lagi bagus masak kueyteow kungfu ni

Tapi takpe boleh aplikasi untuk next time plak sebab dah masakkan ;p
Selalu dapat idea bernas semasa solat

Kadang teringat kadang lupa
Ilham atau syaitan nak kacau kan? ;p
Tapi canggih2 je cara penyelesaian yang tak terfikir di luar solat ;0
So terpaksa paksakan diri kembali fokus ha ha ha ha ;p






Eh kat mana tadi kita cerita? ;p
Melalut lak cerita bab lain hihihi ;p

Ok telur 3 biji tu pecahkan dalam mangkuk kacau2 bagi sebati
Macam nak buat telur dadar tu

Pastu masukkan serbuk lada sulah sket,garam sket,tepung jagung sket

 Bahagi kepada 2 mangkuk sebab nak buat untuk 2 pinggan kan

Kemudian masukkan 1 bahagian kueyteow yang dah tos tadi dalam 1 mangkuk masukkan dalam kuali yang dah letak minyak masak sket

Masak sampai agak2 kuning terbalikkan pastu biar masak jap dan angkat masukkan dalam pinggan

Dah siap untuk 1 lagi pinggan now teruskan kepada buat kuah dia lak





Ok kuah dia senang je tumis bawang putih tadi

Masukkan hirisan lobak merah kacau2 jap

Kemudian masukkan tepung jagung yang dah dilarut dengan air

Masukkan garam sket dan sos tiram sket

Kacau2 sampai nampak agak likat tuang je dalam pinggan2 tadi

Siap! ;0





Daging burger tadi hiris dadu pastu masak macam biasa goreng2 angkat

Sedap makan tabur2 atas  kueyteow kungfu pagi2 ;0
Tak lupa picit limau nipis atas kueyteow





K selamat mencuba korang ;0
Gambar takde tak sempat nak tangkap sebab lapar nak makan cepat2 punya2 pasal ha ha ha ;p
Lenkali haku masak haku tempek sini ok

K lah stop dulu nanti kita sambung borak 
Daaaaaaaaaaaaaaaaaa














































Wednesday, 2 March 2016




 Pagi ni breakfast haku goreng makaroni lagi :)
Tapi kurang pedasla
So sape nak pedas boleh tuang sos cili
Saje nak makan yang tak pedas pulak :)
Memang kenyang je makan camni ;p



 Haku goreng makaroni ni jam 5.30 pagi
Siapkan bahan2 dia semua jam 3 pagi lebih 
Sebab haku tak dapat tido
So buatla ape yang patut kan
Keletang keletung kat dapur pepagi buta ;0



 Siap goreng jam 6 pagi elokla dah nak masuk subuh so solat terus pastu makan
Ni baru rasa ting tong plak
Ngantuk
Tapi nak makan dulu ;0



 Alhamdulillah breakfast pagi ni makaroni goreng dengan nescafe o panas




Sos cili dan sos tomato penambah perisa
Pagi ni banyak sket portion makaroni haku goreng
Boleh bawak ke lunch dah tu ;0
Haku rase 1 peket tu boleh seminggu makan tu
Jimat banyak betul di akhir2 zaman ni ;0
Faham2 je la korang ni pun ;0




Pagi ni alhamdulillah encik somi dah sembuh demam
Cuma selesema sket2
K nanti sambung lagi k sebab haku nak makan ;p
Selamat breakfast ye korang2 :)
Breakfast itu penting sebab haku memang tak tinggal breaksfast gitu :) 




Alamak dah malam2 haku plak macam terkena selesema ;0
Light2 je baru 
So haku just minum air suam2 panas je la baru rase rilek sket
Tadi baru lepas dinner makan sup2 gitu
Hope ok la pastu
Berjangkit dengan encik somi la ni kan ;0
Marila selesema berjemaah ;p




Tadi ada sape ntah perempuan call haku tanye soklan perihal politik negara
Wat survey kot pasal politik tanah air
 Suruh jawab soklan samada bagus,amat baik,baik,lemah
Haku cuak je memula tu tanye haku pasal politik2 ni kan ;0
Tapi haku bagi la jawapan selamat ;p
Agak2 haku tak dapat nak jawap haku jawap je tak pasti ;p
Entah kenape soklan2 macam tu macam menakutkan jek
Macam ejen CIA tengah bersoal jawab lak dengan haku kihkihkih
Pengaruh encik somi la ni suke layan cite CSI kat tv tu ;p
Haku tak layan sangat pun tapi suke plak beliau hish ;p
Menipu je semua tu hihihihihi ;p