Tuesday, 2 January 2018

FAMILY TRIP KE SABAH NEGERI BAWAH BAYU



Alkisah family aku ke sabah negeri bawah bayu pada awal december 2017 lepas , aku baru berkesempatan update kat blog aku ni pagi2 buta sebab aku langsung tak mengantuk lagi sebab supper dengan encik suami kat kfc tadi hehe





Suhu sejuk malam ni so aku order kopi o panas je sedap minum panas2 dalam suhu yang sejuk 😘

Ok jom sambung tajuk asal muahaha 😄


Ni dorang kat airport penang , dah makin tinggi anak buah aku adam cucu lelaki sulung dalam keluarga aku hmm kejap je rase adam ni membesar ke aku yang semakin purba? ha ha ha 😄


Abah aku dengan bestfriend beliau Ammar yang kuat makan , pagi2 memang muka dia dulu akan tercongok kat dapur hahaha aku syak dia ni jenis orang yang ambil sarapan pagi macam aku 😄


Gambar atas ni tempat penginapan pertama mereka , budak2 ramai ikut so wajib pilih hotel yang ada kolam so seronokla mereka main air 


Mak long dan mak aku masa ni baru sampai hotel so rehat2 dulu sehari , bila bercuti bersama warga emas percutian lebih kepada rilek2 je tak boleh rushing2


Antara bilik yang ada di hotel tapi nama hotel aku lupa rasanya dorang ada bagitahu duduk di marina hotel


Bergambar depan hotel sebelum agenda perjalanan dimulakan 😊


Masing2 of course eksited memulakan perjalanan di bumi sabah yang indah dan permai 😎 siapa yang tak tahu sabah memiliki pemandangan yang cukup indah di samping banyak tempat2 menarik untuk dilawati 😉 tetiba ayat aku jadi macam karangan 😄


Abah aku bersantai2 di ruang tamu hotel , seronok abah aku ikut ke sabah kalau tak memang susah nak pujuk beliau ikut sama tu pun adik beradik belikan je tiket nak tak nak kena ikut ha ha bila dah ikut seronok pulak haaa kan best lagi2 jalan2 dengan family 😄


Pagi sebelum memulakan perjalanan wajib bergambar dengan berlatarbelakangkan gunung ganang yang diselaputi awan tak sepenuhnya 😄


Budak2 paling gembira 😍 sepupu sepapat bermain2 di pelantar resort hari kedua 😊 memang cantik pemandangan depan tu kan


Alang2 datang jauh2 mari bergambar banyak2 😃 atuk nenek dengan cucu2nya


Abah dan Ammar berbaju sejuk 😃 maklum sajelah  suhu sejuk di kawasan gunung ganang he he


Cucu2 dah ramai bangun tidur ha ha so bergambar lagi sekali 😃


Adik perempuan aku yang single & available ni memang kaki jalan macam abang & ahkak2nye 😃


Datuk vs Cucu2 ramai hero yang heroin baru 1 😍


Mak dengan mak long aku sentiasa bersama2 pergi bercuti , alhamdulillah bersama2 jugak tunaikan umrah & haji , kaki jalan jugak sebab tu turun dekat keturunan bawah2 kaki travel 😄


Wajah ceria dalam mode percutian yang menyegarkan minda oleh itu jom gi bercuti 😃


Masa ni di Dairy Farm Kundasang , kawasan ni mempunyai pemandangan gunung ganang yang memukau seolah berada di New Zealand  😍


Adik , mak & mak long di Desa Cattle Kundasang , suhu di sini memang sejuk walaupun ada cahaya matahari


Atuk dan cucu2nya Ammar & Aidina 😊


Pasangan pjj 😃 sorang keje sana sorang keje sini nasibla 😃


Mak & mak long aku tengah meronda2 kawasan sekitar dairy farm 😊


My mak long yang happy 😊 


Sebelum ke tempat lain jom wefie pulak dengan pemandangan cantik di belakang  😃


Pagi berikutnya jom wefie ramai2 lagi 😊


Di mana ada nenek2 di situ ada cucu2nya 😊


Aidina yang semakin nampak rupa mamanya & dah besar budak kecik comel ni 😍


Perjalanan diteruskan ke pulau2 pilihan : manukan , sapi


Dah sampai pulau terus nenek2 duduk borak2 😊


Jom wefie gitu 😃


Sebelum bertolak ke airport jalan2 ke muzium 😎

Monday, 1 January 2018

🎉SELAMAT TAHUN BARU 2018 🎉



Alhamdulillah 
Hari ini kita sudah berada di tahun 2018
Usia pun semakin bertambah lagi
Amalan pun nampaknya kena dipertingkatkan lagi supaya diri menjadi lebih baik dari sehari ke sehari amin...


Sebelum ke dataran kami jalan2 cuci mata tengok barang2 rumah kat SSF ni , banyak nau perabot comel2 dengan hiasan rumah kat sini geram eden nengoknye hehe



Masuk je tahun baru ramai je tak lari dari buat azam baru kan , hmm aku pun tak buat lagi senarai azam rasenye azam baru aku hmm baru ke? tapi aku rasa sempena tahun baru ni aku lebih berazam ke arah penjimatan segala serba serbi harap aku dapatla istiqomah kan kena lebih disiplinkan diri pasni amin...



Semalam aku dengan encik suami ke dataran sebab nak tengok bunga api , tengok pun bawah khemah auntie jual kacang dengan belon hehe sebab aku ni penakut sikit dengar dentuman bunga api dekat2 dahla dekat je dongak je dah nampak percikan bunga api hehe


Sebelum tu aku dengan encik suami makan malam dulu , asal nak makan laksa dengan minum2 je sekali terorder nasi goreng kampung , kueyteow goreng , nescafe dengan teh tarik hehe penuh tempat duduk dengan pengunjung sebab nak tunggu bunga api 


Lepas habis percikan bunga api tu kami pun balik sebab hujan gerimis sekejap2 bila sampai rumah hujan turun lebat pheww


Masa tengah makan dapat whatsapp dari group family adik aku upload gambar anak buah aku arif kena operate sebab tersembam masa nak lompat turun dari buaian , mulanya sepupu dia uzair lompat lepas elok je bila arif nak lompat nahhh terus masuk hospital kena jahit pulak adoiii lasak bebenor dahla sekolah dah bukak nampak gaya sambung cutila tu hmm semoga cepat sembuh ye....janganla tiruvasi perkara yang bahaya kan dah susahkan diri sendiri , budak lelaki kan takpe satu pengajaran untuk dia heee



Semoga cepat sembuh cyg mak ngah ni , ni baru lepas operate mamai2 sebab kena bius kalau tak jenuh doktor nak pegang kaki tangan takleh wat keje 
heeee



Oklah korang Selamat Tahun Baru 2018 aku ucapkan semoga tahun ini dan tahun2 akan datang menjadikan kita lebih baik dari segenap hal dalam kehidupan , buat amalan kebaikkan banyak2 semoga kehidupan kita lebih dirahmatiNya amin...


Keadaan terbaru Arif 🙂.