Thursday, 26 July 2018

TERJAH FIESTA FOOD FRUIT & FLOWER DI RTC GOPENG



Sempena festival food fruit flower yang diadakan di rtc gopeng perak tu aku pun turut sama turun memeriahkan lagi festival tu ๐Ÿ˜„ pergi situ pun dah malam tapi still meriah dengan pengunjung pun still datang lagipun ada ceramah dari PU Azman orang N9 tentang teknologi sekarang so sambil dengar , tengok , ambil gambar pastu sambung makan ๐Ÿ˜ƒ meja makan pun depan sekali kot ala vvip gitu ๐Ÿ˜„

First sampai jalan2 lawat kawasan dulu biasala adun tak bertauliah selalu tawaf dulu tinjau2 keadaan hehe ๐Ÿ˜ƒ last2 first nampak pisang emas terus beli ๐Ÿ˜ƒ bolehla buat cucur pisang gitu ๐Ÿ˜„ harga RM3.80

Pas beli pisang ๐ŸŒ encik suami ajak makan so terus ke gerai Nasi Ayam Buluh tu , macam2 menu nama ada nasi tu pulak dorang masak dalam buluh hmm kreatif kan? ๐Ÿ˜˜

See nama2 yang unik diberi pada nasi ayam ni sebenarnya bukan nasi ayam yang biasa kita makan tu tapi nasi dalam buluh dengan ayam perapan je cuma nama menu tu tibe ade nama bunian dengan kampung bunian ๐Ÿ‘€ so aku order nasi ayam buluh kampung bunian & encik suami order nasi ayam buluh percik so total 2 menu ni RM24

So adik ni la sediakan order kami nampak sedap kan? ๐Ÿ˜ƒ haaa dah makan jap gi tahulaaa muahaha ๐Ÿ˜…

So kami makan kat meja depan stage lagi sebab malam ada ceramah dari PU Azman tajuk teknologi pastu kami tengah makan so dengar dari meja saja maap ye ustaz takkan nak angkat pinggan makan kat kerusi hehe so dengar dari meja sajelah tapi ramai je pengunjung pastu duduk di kerusi yang dah disediakan tu ❤

Sambil makan sambil dengar sambil wefie sambil ambil video sekali sampai separuh jalan dah habis limit ๐Ÿ˜„ simpan je lah tepon dalam beg pastu ha ha ๐Ÿ˜„

So ini je lah hasil belian kat fama fest tu
Jalan2 asal nak tengok2 je sekali hmmm ๐Ÿ˜„
Seb encik suami terus ajak gi makan ๐Ÿ˜ƒ

Semalam beli tembikai ๐Ÿ‰ so potong kecik2 camni pastu letak dalam peti ais hmmm sedap makan sejuk2 ๐Ÿ˜

Semalam jugak ni balik dari beli tembikai singgah 1 kedai ni sebab nak makan laksa hmn dapnye la laksa memang favourite aku no 1 ๐Ÿ˜ƒ

Pehtu order cendol jagung hmm dapnye ๐Ÿ˜ƒ ape la yang tak sedap bagi orang suka makan macam aku ni muahaha tu yang tak slim2 tu caner? ๐Ÿ˜„

Encik somi melayan je binik dia yang ting tong time2 masa tu muahaha biar dua2 'comel' dan membesar dengan jayanya ha ha ๐Ÿ˜„

Nasi goreng ikan rebus his favourite aku rasa nasik je sedap jugak tapi kira aku ok lagi la kan order laksa je ๐Ÿ˜œ

So begitulah story hari ni
aku stop dululah sebab nak kemas2 barang2 dapur
Sempat je menaip sementara dalam mode yang rajin ni ๐Ÿ˜ƒ
daaaaaaa ๐Ÿ™‹‍♀️




Monday, 23 July 2018

FAMILY DAY GENG KAMPUNG JAWA DI CHALET NUR KASIH



Hi korang ๐Ÿ™‹‍♀️
Sekarang aku rajin sikit nak update cerita hari keluarga pada bulan march yang lepas ๐Ÿ˜ƒ lepas 4 bulan baru nak update muahaha ๐Ÿคฃ sebab apa tau? satu sebab mode ke laut bila tengok beratus gambar kihkihkih ya ampun aku memangla malas betul dahla nak letak watermark tiap2 gambar ingat senang ke jadi blogger ni bila berhadapan dengan beratus gambar yang nak diupdate? ๐Ÿ˜‚ bertabahlah nakkkk....๐Ÿ˜†
So jomla kita mulakan sebelum kemalasan melanda kembali gitu ๐Ÿ˜‹

Korang ingat senang ke nak mencapai persetujuan buat hari keluarga ni? macam2 ragam ok dah terjadi di group whatsapp family besar aku ๐Ÿคฃ bukan senang berbincang dalam tu kejap2 suruh cari tempat lain kejap2 kata dah tak jadi bila ada di antaranya membangkang ada tak bersetuju ada yang tak tahu samada dapat join tarikh yang diberi ada pulak kata ada kenduri esok harinya macam rushing nak datang ada yang cakap best ke tempat tu dan macam2 lagilah fuhyooo sabo je lah banyak2 dengan karenah ahli group ๐Ÿคฃ

So sepupu aku yang aku panggil Kak An kata takpelah yang tak dapat nak join tu takpe janji nak buat bagi jadi jugak family day ni sebab tak pernah lagi ahli keluarga sebelah mak aku ni buat family day so tugas adik aku la deal dengan chalet yang dah dia cadangkan lagipun consider dekat dengan tempat ahli keluarga yang lain so tu pun adik dan abang aku pegi survey ke chalet tu tengok dari luar je sebab time tu ada je family yang lain tengah berfamily day kat situ pastu adik aku kata nampak macam kecik je risau ahli keluarga yang lain tak setuju tapi akhirnya semua setuju je buat hari keluarga di situ memandangkan tarikh dah dekat takut terlepas pulak booking tu so akhirnya secara rasminya hari keluarga geng kampung jawa dibuat di ๐Ÿคน‍♀️CHALET NUR KASIH ๐Ÿคน‍♀️

On the way ke Chalet lepas makan kenduri ๐Ÿ˜

dalam perjalanan menuju chalet nur kasih jauh jugak pastu jalan macam menaik bukit sikit pastu masuk lorong kampung sampai orang pun tak sangka ada chalet dengan kolam renang kat situ ๐Ÿ˜ƒ

bersama mak long arpah aku yang kaki jalan ๐Ÿ˜ƒ patutla menurun kat semua anak beranak kihkihkih ๐Ÿ˜„ boleh katakan majoriti ahli keluarga besar aku memang berkongsi minat yang sama maklumla sedarah seketurunan kan ๐Ÿ˜

Antara menu yang dah disepakati tapi ahli keluarga tak kisah sangat masing2 pun ada bawak menu2 tambahan kenyang semua makan beramai2 memang seronok sangat berfamily day ni ๐Ÿ˜

Masing2 lepas sampai tu bahagi2 bilik letak barang2 terus bergotong royong siapkan juadah makan malam dengan BBQ tapi untuk tengahari tu kitorang tempah nasi tomato dengan ayam masak merah dengan air ribena rasanya lama tak minum air ribena ๐Ÿ˜ƒ

Seronok betul sesekali berkumpul macam ni ๐Ÿ’“ maklumlah masing2 busy jarang dapat berjumpa kalau raya pun bukan semua dapat berkumpul ada balik rumah mertua la so time ni la baru seketurunan bersua muka mengeratkan lagi tali persaudaraan ๐Ÿคน‍♀️

Geng2 bbq tapi semua pun pakat2 tolong2 menu bbq hari tu ayam dengan kambing tapi nampaknya macam tak cukup sangat lepas ni kena banyakkan lagi atau double dari bajet yang mula2 dibuat pastu rempah perapan pulak isteri sepupu cik on aku yang buat memang sedap sebab dia pun ada buat jual namanya rempah bbq cik siti ๐Ÿ‘

Lagi acara bbq dibakar siang dengan malam memang sedaplah bagus chalet nur kasih tu sediakan tempat bbq so tugas aku pulak kat dapur dengan jadi photographer tak rasmi kalau tak memang takdela gambar2 semua ni ๐Ÿ˜Ž

anak2 buah aku yang happy jumpa sepupu sepapat mereka ๐Ÿ˜ anak2 buah yang lain time ni ada di kashmir sebab abang aku bercuti sekeluarga di sana tapi abang aku ada buat video call dari sana terus suami sepupu aku suruh bawak balik daging lembu dari kashmir ๐Ÿ˜„ lawak abang lutfi suami sepupu aku kak an

adik & anak2 buah ๐Ÿ˜ memang busylah kejap2 masuk bilik kejap2 gi makan kejap2 main dengan sepupu2 yang lain seronok betul berfamily day ๐Ÿ˜


Kena denda sebab main sembunyi2 time maghrib hehe bahaya tau main2 time maghrib ni dalam hutan pulak tu

Hampir setiap masa semua pakat2 berkubang dalam kolam ni ๐Ÿ˜„ aku pulak asalnya tak nak masuk dalam air sebab lagi sibuk ambik gambar sekali sepupu aku suruh masuk jugak hehe dah tu anak2 buah pakat tarik2 baju suruh aku masuk dalam air makanya tak memasal aku pun terjun dalam kolam jugak ๐Ÿคฃ

Walaupun kawasan chalet ni tak luas mana tapi apa yang penting hari keluarga kat sini memang best bukan tempat kecik atau besar yang jadi ukuran tapi senda gurau borak sembang santai bersama2 keluarga besar memang best sangat ๐Ÿ˜ terasa ikatan persaudaraan tu makin erat ๐Ÿ˜

selagi tak lapar berkubangla semua dalam kolam ๐Ÿ˜„ dari mula sampai sampai malam sampai esoknya sebelum balik pun pakat2 berkubang dalam kolam ni namakan je kuak ape yang tak buat semua style berenang ada bila dah ramai2 terjun dalam air ni yang penting happy ๐Ÿ˜ƒ

lepas maghrib masa makan malam pulak aku dengan sepupu sepapat biasalah menyibuk kat dapur sementara warga2 emas santai2 di pangkin tunggu hidangan makan malam ๐Ÿ˜Ž

makan2 sampai kenyang sambung lagi borak2 dengan family2 besar ๐Ÿ˜—

Pagi2 lagi abang lutfi dah kejutkan semua dengan suaranya yang ala2 ketua tentera tu hehe ' bangun oiiiiiii bangunnnnn kaihhhh ' tekejut semua pakat selak langsir bukak tingkap tengok ketua ni tengah cekak pinggang panggil anak2 buah haha lawak sungguh panggil sarapan je pun ๐Ÿ˜„ pastu masa sarapan pagi time ni pak long aziz aku offer buat rawatan akupunkturnya dengan berbekam so adela beberapa orang sepupu2 aku buat rawatan termasukla abang lutfi suami sepupu aku kak an haha kecoh je dia dengan jarum tercucuk kat dahi terus samekan jarum tu dengan antena tv ๐Ÿ˜„

Lepas sarapan tu sambung buat sukaneka kanak2 pulak acara kutip gula gula , musical chair , berenang dalam kolam dengan cabutan bertuah ๐Ÿ˜

Acara sukaneka budak2 berjalan ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฆ‍๐Ÿ‘ฆ time ni aku dah sibuk kemas2 barang dalam bilik sebab nak check out dah rasa sekejap sangat berfamily day sehari semalam rasanya perlu buat 3 hari 2 malam baru betul ๐Ÿ˜ƒ tapi takpe lepas ni akan ade lagi family day tu pun mak teh aku dah whatsapp dalam group keluarga tapi tempat tengah survey2 lagi ๐Ÿ˜

Lepas semua dah berkemas2 sebelum bertolak balik acara bergambar beramai2 pulak ๐Ÿ˜ masing2 rasa tak puas lagi berfamily day rasa sekejap sangat pulak tapi memang semua rasa seronok beraktiviti bersama keluarga besar kampung jawa ❤❤❤

Alhamdulillah rajin jugak aku update hari keluarga kat Chalet Nur Kasih ni ๐Ÿ˜ƒ jenuh dahla banyak gambar kena compile2 dulu so apa yang dapat aku simpulkan hari keluarga memang perlu dibuat sebab dapat eratkan lagi rasa persaudaraan tu memang best bagi aku masa ni lah yang mana lama tak bersua muka dapat borak2 sama2 rasa macam tak best bila dah kena check out macam tak cukup sehari semalam je so lepas ni kena bincang tambah hari untuk family day seterusnya ๐Ÿ˜

Ok aku ambik masa 2 hari nak habiskan cerita family day aku ni tau hehe sebab tengah rajin so baik aku habiskan cerita ni ok lah korang selamat membaca ye ๐Ÿ˜—๐Ÿ™‹‍♀️


Saturday, 14 July 2018

๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ๐Ÿ’–'AIDILFITRI DI ALOR SETAR๐Ÿ’–๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰



Hi korang ๐Ÿ™‹‍♀️
Alhamdulillah selesai sudah syawal tahun ni
Macam kejap ke lama syawal tahun ni? ๐Ÿค”
Oklah kali ni aku nak update cerita raya di kampung aku kat aloq setaq tu pulak ๐Ÿ˜„
Jom...

Masa ni aku dengan mak aku ke pekan rabu kat aloq setaq tu hehe dah berkurun kot aku tak jejak pekan rabu tu maklumla aku ni kan orang normad muahaha ๐Ÿ˜ƒ
Tapi dah cantik & tersusunla pekan rabu ni ๐Ÿ˜
Tempat parking pun dah macam shopping mall punya tu pastu ada lif lagi siap surau pun ada kira senangla nak santai2 kat situ seharian pun ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘
Tempat makan pun ade sempatla kami order laksa fuhh memang kegemaran no 1 aku tu ๐Ÿ˜


Aku dengan encik suami ๐Ÿ‘ซ
Sebenarnya tak habis pun tawaf 1 pekan rabu ni sebab yelah pertimbangkan jugakla datang dengan mak , adik ipar , anak buah aku ammar kalau aku dengan encik suami je memang 1 pekan rabu ni dah selesai tawaf muahaha silap2 1 aloq setaq kami terjah ๐Ÿ˜†


Time ni aku lupa nak tanya samada dia nak ke tak kismis tu ๐Ÿคฆ‍♀️๐Ÿ˜ƒ hehe ampunla ammar lenkali mak ngah balik kita pi pekan rabu lagi na ๐Ÿ˜

So kita berhenti jap makan laksa kat kedai2 makan bawah sekali tu
Sedap laksa ni bolehla layan makan siap adik ipar aku tapau bawak balik lagi ๐Ÿ˜ƒ harga RM4 macam tu

Balik raya pun dah hujung2 nak syawal
So just balik sekejap je 2 hari jumpa keluarga tersayang ๐Ÿ˜
Tak balik kang cian pulak keluarga aku
So marilah balik walau sekejap cuma gitu ๐Ÿ˜ƒ

budak2 bila dapat coklat tengokla reaksi budak ammar ni ๐Ÿ˜ƒ dahla gigi atas tu #$% muahaha

Malam sebelum balik ke destinasi asal aku ajak adik aku sefamily , mak , abah , encik suami makan malam di restoran shell out 
Tapi abah aku tak nak ikut sebab yelah pening dengan peel budak2 yang asyik nak lari sana sini muahaha
Orang tua kan kang risau ke mana2 je budak2 tu main 

Seronok keluar makan beramai2 camni
Ni pun tak cukup korum sebab family abg aku dengan adik lelaki , adik perempuan , abah aku tak datang sama so yang mana ada je lah ๐Ÿ˜‹

Mak aku yang lagi suka makan di rumah berbanding di luar ๐Ÿ˜ƒ

korang elok2 eh mak ngah ekau ni scan je mane korang lari2 ๐Ÿ˜ƒ ammar cuakla tu pandang mak ngah dari jauh ๐Ÿ˜„

Tapi memang pun anak2 buah aku ni seronok main je padahal area situ ade je kereta keluar masuk terus tak senang nak makan hahaha ๐Ÿ˜„
Adatla kan budak2 layankan je walaupun menjerit2 jugakla panggil budak2 tu ish2 ๐Ÿ˜„
Mak aku kata tu yang malas nak makan kat luar dengan budak2 tu baik lagi la makan dalam rumah je ๐Ÿ˜ƒ

Kemain menyengih ye encik suami ๐Ÿ˜ƒ nasib sy duduk jauh sikit dari awak kalau tak dah settle aiskrim dalam gelas tu ๐Ÿ˜„ tapi rase jugakla sikit memang sedap pun ๐Ÿ˜—

Aidil dengan pak ngahnya๐Ÿ˜ nak bodek aiskrim la tu ha ha

order sampai takla cepat tapi tak jugak lambat so so je la walaupun takla ramai sangat pelanggan ๐Ÿ™‰

Tapi kat situ banyak jugak nyamuk tiruk adeh sian anak buah aku arif asyik pot pet pot pet kata banyak nyamuk dekat dia ๐Ÿ˜„
Last2 aku tukar tempat duduk dengan dia biar dekat sikit dengan kipas situ ๐Ÿ˜„

 Arif order chicken chop tapi mak ngah jugakla kena tolong hiris2 daging ayam tu kecik2 ๐Ÿ˜ƒ

Samala aidil order chicken chop jugak tapi mak ngah jugakla yang kena hiris daging ayam tu kecik2 ๐Ÿ˜„

Tapi makanan dekat situ boleh consider murah jugakla sedap pun sedap cuma yang spoil sikit tu bila laluan tengah2 tu dijadikan laluan keluar masuk kereta memang tak sesuai sangat pastu banyak nyamuk tiruk situ pasni memang tak pergi dahla restoran tu bye ๐Ÿ––

anak2 buah aku ni memang tak bagi aku balik suruh duduk dengan dorang lama2 aduh touching mak ngah ekau ni tapi tu lah harus bertahan ๐Ÿ˜‚ nanti mak ngah balik lagi ye cayang anak2 buah mak ngah ketat2 ๐Ÿ’–๐Ÿ’“๐Ÿ’ž❤

Banyak lagi cerita yang aku belum update ๐Ÿ˜„
Tengok tahap kerajinan aku macam mana hehe
Bila rajin memang semangatla nak update tapi bila tak rajin bye2 je lah sampai rajin tu datang balik ๐Ÿ˜„ tapi tu lah banyak je gambar2 kat hp aku ni kang kalau tak update camno? banyak lagi gambar nak diambil kang full pulak ๐Ÿ˜ƒ so nak tak nak terpaksala rajin update ๐Ÿคฃ
Lagipun line tak berapa nak laju pulak aiseh ๐Ÿคฆ‍♀️
Tapi cube je lah kan ๐Ÿ™„
Oklah korang have a nice weekend ๐Ÿ™‹‍♀️๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘