Saturday, 31 August 2019

SALAM KEMERDEKAAN KE 62 MALAYSIA TANAH AIRKU YANG TERCINTA


Salam Merdeka Ke 62
Lama aku tak menaip
Rindu nak membebel kat sini hehe
Perkembangan aku macam biasa
Takde yang berubah
Cuma selasa petang hari tu mak aku masuk wad hingga hari merdeka ni masih lagi di wad
Kes jaundis tapi warga emas
Selalu kes2 macam ni banyak terjadi kat baby kan tapi tak sangka warga emas pun boleh berlaku
Semua disebabkan hati yang ada masalah
Aku tengok kat file doktor tulis Hepatobiliary
Oklah aku nak sambung tido sebab dah jam 4.47 pagi
Wassalam

Wednesday, 14 August 2019

💖 SALAM 'AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN 💖




Hai korang raya mana tahun ni?
Aku tak balik kampung pun sebab cuti sehari je kan huhu sian tak?
Apelah makna raya kalau tak balik kampung kan?
Aku dengan adik bongsu aku je tak balik yang lain balik 😂
Tapi nanti adik bongsu aku balik jugak kampung aku je tak pasti lagi ni..
So pagi2 raya macam biaselah gi solat raya kat masjid tak jauh mana dari rumah
lepas tu ada korban 🐂 buat dekat rumah kakitangan masjid aku rasa macam nak pergi tengok tapi kata pak imam ada sistem kupon untuk ambil daging korban tu segan pulak aku nak menempek situkan hehe so tunggu jemaah berkurangan sempat layan ambik gambar seketol depan masjid hehe
Tak lama pak imam balik panggil encik suami nak bagi daging
eh ade je lebih pulak tu memang elok sangat daging tu lemak takde sangat
Alhamdulillah rezeki 😍

Terus aku potong2 bersih2kan masuk dalam beberapa bekas simpan dalam peti sejuk beku


So dalam seminggu ni rasanya menu aku mesti ada daging je lah 😃


Menu Daging Campur Masak Asam

Lame aku tak menaip rase macam dah tak reti nak berblogging maklumla banyak socmed yang lain nak diupdatekan haha gitu...😄
Tapi sejak laptop aku rosak memang aku dah tak rajin nak menaip sebab aku lagi suka menaip di laptop banding di hp macam sekarang ni kadang2 ada time terjelepok hp atas muka sakit tau tak 🤣🤣🤣 sabar je dengan hp ni kan hehe

Oklah aku stok taip dulu
Taip sambil baring lenguh tangan je kan tapi gigih nak taip jugak sebab bukak blog macam lama tak menaip so mehla update sket 😄

Tak lama nak merdeka kan
Korang sambut merdeka kat mana?
Aku tengah fikir2 lagi ni
Aku pernah sambut merdeka dekat melaka , maps perak , selangor 
Kali ni aku masih belum dapat idea lagi 
Semangat kan nak merdeka hehe

Oklah aku stop menaip dulu nanti rajin2 aku taip lagi ok insyaAllah 😍👌
Wassalam....have a nice day everyday 💖


Baju Raya 'Aidil Adha tahun ni free je reward dari bossku hehe 😄💕
Aku kan nekad nak pakai jubah je tak nak baju2 lain tapi baju peplum songket ni memang selesa jenis loose cutting dia so selesalah 😍 dapat free takkan nak tolak pulakkan terima sajalah Alhamdulillah menepati spesifikasi yang aku suka so oklah 💖



Thursday, 1 August 2019

MAKAN MALAM DI CAFE THAI



Alhamdulillah dah masuk bulan ogos kan 
Aku baru muncul semula haha 😃
Aku ada je kerap jugak bukak blog baca cerita2 lama cerita kawan2 blog hehe
Tapi nak menaip tu hmm idea tak datangla pulakkan
Malam ni eh dah jam 3 pagi pun sambil tengok jack the giant slayer gergasi tu sambil2 menaip 😃


Encik suami order teh o suam
aku order sirap bandung 😃


Encik suami macam biasalah Nasi Goreng USA dia tu 😃
Aku cilok daging sekeping hehe
Sedaplah jugak


Selalu aku mesti order Nasi Goreng Ikan Masin
Tapi malam ni aku cuba pulak Nasi Goreng Thai hmm sedaplah ada sup dengan sambal belacan


Celur bihun bagi lembut
Sebelum gi makan malam beli siap2
Nanti kedai tutup 😃


Siap2kan bahan masak bihun singapore 
Sarapan esok pagi 😘
Simple tapi kenyang seharian kan 👍


Ni malam semalam teringin makan tomyam dengan telur dadar
Memang kombinasi terbaiklah 2 menu kan 😘👍


Kueyteow bandung dengan Sirap bandung
Masa aku order menu ni tersengih je pelayan tengah catit order aku 😃
Aku tau kenapa tapi aku tak tau kenapa mesti aku order yang belakangnya bunyi bandung?
Nak suruh aku gi bandung ke ape ni?
hmm nanti aku fikirkan nak buat ape aku nak gi bandung tu hehe sebab aku bukan kaki shopping sangat pun aku lebih pada kaki makan haha patutla aku tak slim kan? 😄


Aiskrim ni sedap tau uolls 😘👍
Beli dekat stesyen minyak je sebab encik suami tengah isi minyak yang si bini ni pulak memang pantang nampak peti aiskrim mesti nak walau macam mana pun haha 

Saturday, 6 July 2019

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU 💖



Selamat berhujung minggu korang 😊
Ke mana je korang nak gi hari ni?
Atau selesa duduk di rumah saja santai2 lepak2 😄 apepun yang korang buat asal bahagia ok lah tu kan hehe
Aku duduk rumah je layan mata nak tertido pulak pagi2 hehe 😄
Maklumla pagi2 makan nasik kan 😄



Nasi Goreng Daging Merah aku punya
Oklah sedap jugak
Sambal tu pedas sikit tapi dekat licin jugak aku makan 😄


Nasi Goreng USA encik suami yang order 😃



Biskut kegemaran aku masa kecil
Rindu masa tu 😍


Jem Kacang campur coklat ni sedap jugak tapi aku lagi suka yang kacang saje 😊


Jem Kacang ni sedap makan dengan roti 😘


Biskut ni aku beli kat TF supermarket sebab hari tu aku ada testing macam sedap je hari tu
Bolehla buat makan2 sambil tengok tv 😃


Roti ni sedap ada perasa jagung , coklat , strawberry , blueberry
Aku beli di kedai RM2.10 tu je 😃



Potong2 roti macam ni buat sarapan pagi hehe
senang hidup 😃


Maruku RM5 ni aku beli kat kawasan klinik sebab pagi hari tu teman encik suami ke klinik
Nampak aney jual maruku terus belok beli maruku ni dulu 😃


Saje je try air ni ok lah boleh layan jugak 😄


Masa duduk santai di Tesco sambil tu order air ni share je dengan encik suami 😍 rasa? ok je lah bagi aku what to expect kan hehe

Monday, 1 July 2019

SALAM 'AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN



Lagi beberapa hari lagi nak habis syawal mohle update cerita hari raya 😃
Maklumla puan blog selalu sibuk
Ntah apelah yang sibuk sangat tu pun ntahla ha ha tapi rutin seharian memangla tak menang tangan 24 jam cuma masa tidur je boleh rilek2 sikit

Oklah aku sebelum raya lagi dah balik kampung hmm 3 hari sebelum raya kot sempatla berpuasa dan berbuka , berteraweh serta bersahur dengan keluarga tersayang 😍

Sehari sebelum raya baru aku round kat bandar Alor Setar cari baju raya hehe sebab citarasa aku lain sikit aku tak suka baju meriah sangat nak cari yang simple tapi unik yang aku boleh pakai selepas raya pun


Tengah cari baju raya & kasut budak2 ni aku tanyala lapaq dak pastu dan2 dorang cakap lapaq haha terus aku suruh pilih makanan kat rak2 mydin tu sorang ambik 3 makanan kesukaan terus tak tentu arah nak pilih yang mana haha geli hati aku dengan budak2 ni 😄

Usia semakin purba ni aku dah tak pakai baju kurung rasanya baju2 kurung dengan kebaya aku nanti aku bagi dekat sepupu2 aku yang masih muat di kampung

Lagipun memang mana2 baju aku sebelum ni yang masih elok aku asal balik kampung je aku bagi sebab buat penuh almari je simpan tapi dah tak pakai kan

Tu pun ada kain yang adik aku beli kat bandung tak buat lagi baju sebab aku rasa nak buat jubah je nantilah aku fikir camne 😄

Sehari sebelum raya tu aku ajak Ammar anak buah aku yang umur 5 tahun solat teraweh hehe memang rajin dia ni nak ikut gi surau so solatla tepi aku tapi tu lah aku kenala menahan rasa geli hati tengok keletah dia 😄 ape2 je lah janji aku nak biasakan dia dengan rumah Allah kan dari kecil kenala ajar bila besar dah biasa 



Masa ni budak ni nak ikut gi teraweh
So aku suruh dia amek kopiah
Sekali tok wan tak bagi sebab takut satgi nak gi toilet ke ape
Menangis2 nak ikut hehe
So esoknya tu la aku bawak tapi solat tepi aku
Elok je hehe 
Siap solat sunat sebelum isyak dengan selepasnya sekali teraweh tapi 4 rakaat je la 
Pastu zzzz kat tepi aku 😄
Aku la yang kena angkat turun tangga surau lagi
huii tu pun lena tak sedaq apa sampai balik rumah baru terjaga haha
Makcik2 siap tengok2 je budak ni
Ade yang nak bawak cucu2 dorang tapi takut ganggu jemaah 
Tidak adela dalam 5 orang gak budak2 nak ikut solat teraweh

Pagi raya aku dengan keluarga gi solat raya kat surau nun tak jauh depan rumah aku kalau jalan kaki pun boleh sampai tapi naik kereta je lah gi ramai2 anak2 buah aku pun ikut tapi yang kecil duduk dekat saf perempuan la solat belakang sekali atau tepi sekali seronok solat raya lepas sebulan puasa kan 😍

Lepas solat macam biasa gi jamuan raya salah sorang jemaah surau memang tiap2 tahun buat rumah terbuka makan2 kat situ pastu baru balik kampung mak aku di Kampung Jawa situ memang ramai sedara mara aku maklumla mak aku kan dibesarkan kat situ



Ni masa gi beraya rumah sepupu mak aku
rumah tepi tok sedara aku ni dulu lapang je
so masa gi belakang rumah dia nampak background macam sesuai untuk berphotoshoot ramai2 haha jadi kerja pulak so selfie gaya bebas ntah hape2 jadinye janji ado 😄



Adik aku yang masih single dengan anak buah aku di kampung mak aku
Bila masa dorang bergambar2 ntah aku tahu borak2 je malas nak bergambar bagai hehe
Maklumla ai bukan model gitu 
insaf heee

Esoknya pula beraya kat perlis kampung sebelah abah aku pulak dulu aku pun sekolah menengah kat situ tapi aku tinggal di asrama so lepas melawat saudara mara dekat malam baru balik rumah



Ni kat rumah pak ngah aku
sesekali balik raya dah tua2 dah dorang
cepatnya masa berlalu kan
sebelah tu sepupu aku kak tie yang maintain muda gitu
dari dulu sampai sekarang tak berubah2 rupanya heee banyak makan ulam kot 😃
gitu memandai je aku kan haha




Dulu masa aku sekolah menengah aku tinggal sekejap dengan mak sedara aku kat sini sebab aku kan duduk asrama tapi dekat2 nak spm masa tu asrama aku ada gangguan so aku amek keputusan duduk dengan mak sedara aku ulang alik naik bas gi sekolah
sepupu aku pun ada tapi sekolah lain pastu ada sorang kawan aku sekolah sama aku duduk sekali 
jadi meriahla rumah mak sedara aku ni hehe
Pagi2 rajin buat sarapan untuk kami semua
semestinya masak nasik goreng
best 😍



Dulu aku pernah tido rumah sepupu aku yang baju merah pakai songkok tu 😃
Sebab beliau guru bahasa melayu abah aku suruh belajar sekali dengan anak perempuan beliau so aku tido la sebilik dengan 2 pupu aku yang perempuan tu belajar sama2
Tapi masa tu anak beliau belajar tae kwan do haha time tido bukannya nak tido tapi berlatih tae kwan do ntah ape bahasa 2 pupu aku tu belajar geli hati aku dengar 😄
Tapi sekarang dah jadi peguam pun anak beliau 
Aku pun bercita2 nak jadi peguam tapi aku banyak cita2 so ape pun aku boleh jadi ewah hahaha mungkin aku sesuai jadi bos je muahaha 😜



Ni dekat malam nak balik tapi sepupu2 baru datang so tunggu sekejap ambil gambar ramai2 sebab susahla nak jumpa selalu kecuali raya je boleh jumpa

Waarghh takut tak? haha gitu 😄

Ade pulak helmet rupa camtu kan
ni kat rumah sepupu aku yang memang aktif dalam industri permotoran
busy beliau sempat borak sekejap pastu ada meeting
takpela sila kan kami nak layan nasik dagang kak ipaq sepupu masak hmm dapnyer 😄

So hanya tunggu pulak sedara mara berkunjung balas

Raya tahun ni aku tak banyak sangat bergambar mungkin usia pun dah purba kan hehe sedar diri tapi banyak jugakla gambarnya pun jadilah 🤣

Tahun depan raya sebelah kampung suami aku pulak kat pantai timur
Layan pantai pulak
Best hehe

Oklah aku stop dulu nanti borak lagi k
Wassalam...