Monday, 19 September 2016

BUSY SANGAT




Wah!!!! sudah dekat 2 bulan haku tak menaip kat sini :)

Sorryla haku sekarang sudah semakin busy  ;0

Ni pun haku menaip jam 1 pagi kot

Lame sangat pulak haku tak bersenang lenang pot pet kat sini kan? ;0

Asal bukak blog je memangla ade niat nak update

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii masa tidak mengizinkan haku berceloteh panjang ketika ini

Harap haku ada ruang sedikit nanti untuk haku coretkan kisah haku yang banyaknye tak haku ceritakan lagi kat sini hmmmm......

Oklah korang have a nice day everyday ok nanti tengoklah haku jenguk lagi blog kesayangan haku ni ;0

tatatititutu ;0




Santai2 seketika.... :)







Sunday, 3 July 2016


 


Hai korang :)

       Dekat nak raya barula haku ada mode nak menaip kan :)

Macam mane dengan persiapan raya korang? Dah settle semua?

Haku tahun ni dah beli baju raya sebelum masuk 1 ramadan lagi hehe tu pun sebab sebelum puasa esoknya tu haku dengan encik somi dah berjalan2 kat shopping mall



  
Aksesori raya :) cari dokoh tak jumpe kan kelam kabut amek yang ni je la :)


Saje je nak window shopping kekdahnya awal2 tu sebab haku memang suke cuci mata tengok barang2 dalam mall mane tahu ade yang berkenan so bolehla set nanti bolehla datang lagi membeli


Haku kalau tengah window shopping tu mulela berangan time tengok barang2 yang haku teringin nak beli tu mesti suatu hari akan dapatkan jugak walaupun lepas tu haku tak ingat ape yang haku nak beli bhahaha ;p bagus tak? Agaknya sebab tu haku kerap berjalan2 kat shopping mall tu nak review balik barang2nye ;p


Baju raya haku takdela beriya benor sebab haku beli jubah je :)
Sekarang ni haku lebih selesa pakai jubah dari baju kurung
Zaman berbaju kurung dah berlalu so mane yang haku tak pakai tu haku bagila kat sanak saudara haku yang muat pakai tu nanti sebab ade yang masih elok pun




Encik somi pulak raya tahun ni berkurta la pulak :)
Femes tengah berkurta sekarang ni kan ;p
Adik beradik haku plak berbaju melayu sebab semangat kemelayuan dorang tinggi muahahaha :)
Haku suke pelbagaikan so kurta pun ok la kan lagi2 pagi2 solat raya nanti sebab nampak ala2 jubah la jugak :)



 Tapi last minit bila kuar jenjalan terbekenan plak nak beli baju melayu sebab nampak macam unik plak heee :)



  
Misi mencari tali pinggang pulak :)
Biar encik somi cari sebab haku manela reti tali pinggang lelaki ni nak macam mane kan ;0 




Mak dengan abah haku pun dah beli dah tu baju raya n kasut raya,adik beradik haku pun dah menyoping,haku rasa haku belum pun beli kasut raya ni muahaha :)



 Jubah Raya mak haku :)



 Jubah Raya abah haku :)


Nanti nak ajak encik somi ke mall lagi la nampak gaya sebab hari tu haku ada nampak 1 kasut ni n berkenan tapi ntah ade lagi ke tak sebab haku tengok pun sebulan lebih dah ;p



Sekali haku terbeli 2 pasang kasut macam kat atas ni sebab bila pakai rasa selesa pulak n best je so grab je la :) harga berpatutan sangat :)



Kasut encik somi :) jalan2 ternampak amek je la harga pun berpatutan bolehla pakai gi masjid solat raya sok hee :)


Puasa tahun ni haku banyak berbuka di masjid sebab ade majlis berbuka so mane ade lebih dorang bagi tapau so boleh bawak ke sahur so jimat tak pyhla beli n masak kan :)



 Efek lampu masjid hijau sangat kan :)

Cuma bila dah masuk akhir ramadan ni haku pun dah dapat ABC ( Allah Bagi cuti ) hehe so mulela merayap ke bazar ramadan pulak saje nak merasa kemeriahan beli juadah di bazar ramadan :)



Tahun ni haku buat jugak kuih raya dalam 3 jenis jugakla yang beli 1 je sebab haku takde resepi kuih tu hehe sebab adik beradik haku pun ade yang dah buat n beli so okla tu



Ada masa haku berbuka jugak kat luar macam KFC ke Mcdy ke Restoran Mamak ke sesekali tukar suasana :)



Kalau gi Mcdy memang tak sah order eskem Mcflurry Oreo dia hmm sedap :)


Sampul duit raya pun haku beli hehe untuk selain dari keluarga haku
Untuk keluarga haku dah ada dah yang lain :)



Ni sebelum kami sambung shopping raya ;0
Isi enjin jap ha ha



Makanan kat sini okla kena dengan tekak haku :) pastu tempat duduk kami ni sebelah mall so terasa aircond di situ ;p
Asal singgah sini je ni la port kami laki binik ;0


Esok sambung misi menyoping sket lagi sebelum kami bertolak balik kampung yahuuuuu :)

Miss them so much :)


SELAMAT HARI RAYA KAT KORANG JUGAK :)

 SEMOGA HAPPY BERSAMA KELUARGA DAN SANAK SAUDARA KORANG DI HARI RAYA OK :)


Daaaaaaaa ;0 nak sambung kemas2 baju heeee

Bertabahla haku buat summary je sebab busy sangat hihi :)







Thursday, 9 June 2016



Dah ramadan yang ke 3 ( 8/6/2016 ) tapi tgh2 malam baru dapat update maklumla busy hehe tak habis2 busy haku ni,ok la dari busybody kan bulan2 puasa ni muahaha :)


Ok hari ni haku berbuka kat masjid,macam biasa jemaah akan baca doa dulu tapi haku dengan encik somi sampai time orang tengah baca doa muahaha lenkali sila datang awal sket ye ;p 


Masuk  je dalam dewan tu nampak kak eyda lambai tangan ajak duduk sekali dengan group first ramadan berbuka hari tu so terus haku ke situ je la n duduk angkat tangan aminkan doa :)


Elok azan je kami pun berbuka,lepas berbuka kejap tu masing2 terus masuk dalam masjid nak solat maghrib berjemaah pastu baru ke dewan makan semula ambil makanan berat sket makan nasik berlauk la pulak :)


Menu masjid hari ni air teh susu,air sirap,kuih apom,karipap,pulut seri muka,pau,kurma,kari ayam,ikan sambal,sayur kobis lobak merah,timun,sambal belacan,tembikai alhamdulillah siap leh tapau lagi makan untuk sahur ;0 air pun tapau haku amek teh susu panas :)


Dalam masjid haku duduk sebelah makcik ni,borak kejap sebab belum azan isyak,makcik ni cite pasal arwah suami beliau meninggal dalam bulan puasa tahun lepas,pastu ramai juga adik beradik,saudara mara beliau meninggal dalam bulan puasa,masyaAllah kan? meninggal dalam bulan yang mulia moga2 terpelihara dari azab kubur,kan pintu neraka semua ditutup bila menjelangnya ramadan,masyaAllah,mungkin mereka termasuk dalam golongan yang terpilih kan.



Tengok menu atas tu haku ambil ikan dengan ayam ;p,kan tak boleh makan bercampur macam tu tapi hmm haku layan je la ;p 

Borak dengan makcik tadi sampaila azan isyak pastu solatla teraweh kemudian dah settle balik je la,tu yang baru dapat update tu ;0

Oklah nak rehat kejap nanti nak zzzzz plak esok nak bangun sahur pulak

Oklah korang sila tido ye esok nak bersahur wassalam :)