Jam 9-11 malam:Pada waktu ini,sistem antibodi tubuh ( lymph nodes ) akan melalui proses detoksifikasi atau nyah kimia toksik dari badan. Jadi,pada waktu ini,kita sepatutnya berada dalam keadaan relaks atau santai dengan cara berehat,menonton atau mendengar muzik yang menenangkan. Bagi orang Islam,masa ini patut diisi dengan ibadah ringan seperti membaca Al-Quran atau berzikir.
Namun,seperti yang diketahui,pada masa inilah kebanyakan surirumah masih lagi bekerja menyiapkan segala urusan rumah tangga seperti mengutip & membasuh pakaian kotor,mengemas dapur,mencuci pinggan mangkuk atau membantu anak-anak menyiapkan kerja rumah.
Seboleh-bolehnya elakkan tabiat begini, atau cubalah alternatif lain yang lebih sesuai agar pada waktu ini anda berpeluang berehat .Bekerja berterusan pada waktu begini hanya memberi impak buruk terhadap kesihatan.
Jam 11 malam – 1 pagi :Pada waktu ini pula proses detoksifikasi dalam hati berjalan. Untuk membantu kelancarannya,pada waktu ini kita tidak lagi sepatutnya makan atau berjaga. Sewajarnya ini adalah waktu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.
Jam 1 – 3 pagi :
Proses nyah toksik berlaku dalam hempedu pada waktu ini. Tiada perkara lain yang patut dilakukan pada waktu ini,melainkan tidur.
Jam 3 – 5 pagi :Proses detoksifikasi dalam paru-paru. Penghidap batuk,biasanya pada jam ini akan lebih kerap batuk oleh kerana proses detoks telah sampai ke saluran sistem pernafasan. Disarankan agar jangan mengambil sebarang ubat batuk pada ketika hal ini berlaku untuk mengelakkan gangguan proses nyah toksin.
Jam 5 – 7 pagi :
Detoksifikasi dalam kolon ( usus besar ) sedang berlaku. Pengosongan usus ( proses membuang air besar ) pada waktu ini adalah amat menyihatkan.
Jam 7 – 9 pagi :Sangat besar faedahnya jika sarapan dapat diambil dalam tempoh ini. Ini kerana inilah masa terbaik bagi usus menyerap nutrien yang penting untuk tubuh. Namun bagi anda yang mungkin sedang sakit, ambilah sarapan lebih awal sedikit iaitu sebelum jam 6:30 pagi. Dan jika anda mahu kekal sihat,sarapan sebelum jarum jam mencecah 7:30 pagi amatlah digalakkan.
No comments:
Post a Comment