Thursday 28 July 2011

My ReSEpI :MeStI cUbE!!!

kali ni cekmi bercadang utk letak N3 pasal buat makanan2 yang cekmi & somi suke...so nanti bile nak masak tak payah nak godek2 buku ke tenet ke..just bukak blog cekmi n tadaaaa dah ade resepinye kan ;0

 



                                  TEPUNG BUNGKUS :

                                               

Bahan : 


1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang
Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut~akak blend kering
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum~akak guna tepung beras
4 s/b air
1 helai daun pandan
tepung pulut+air secukupnya untuk jadikan doh untuk bungkus inti ~akak tambah
Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Bungkus dengan doh tepung pulut. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan. 



 
SLICE CHEESE CAKE



Bahan-bahan :
5 keping slice cheese
200ml susu sugar
70gm butter & marjerin
70gm tepung gandum - diayak
70gm gula
4 biji telur Gred B
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
  1. Carikkan slice cheese kecil2 dan campurkan dengan susu segar. Masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga cheese menjadi cair. Kacau sentiasa.
  2. Masukkan butter @ marjerin, kacau hingga larut. Tutup api dan sejukkan sebentar.
  3. Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur bersama dengan gula hingga menjadi meringue.
  4. Dalam bekas yang lain, pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan adunan cheese tadi ke dalam mangkuk kuning telur dan kacau rata.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Pastikan adunan tidak berketul2 @ bergentel2.
  6. Akhir sekali masukkan meringue sedikit demi sedikit bersa esen vanilla. kacau rata dengan kaedah kaup-dan-balik hingga adunan sebati.
  7. Glis loyang 7" @ 18cm. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dengan kaedah bain marie.
  8. Bakar pada suhu 170oC selama 20 minit dan turunkan suhu kepada 140oC selama 40 minit.





**********************************************************************




CHICKEN IN OYSTER SAUCE


Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil/buang kulit dan tulang)
  • 1/2 cawan tepong jagung
  • 3 tangkai cili kering
  • 4 keping hirisan halia muda
  • 4 sudubesar sos tiram
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • Minyak sayuran (untuk menggoreng)
Cara Memasak:-
  1. Gaulkan ayam dengan tepong jagung hingga bersalut dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak didalam kuali dan tumis halia dan cili kering hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, kicap, gula dan air kemudian renehkan hingga menjadi kuah yang pekat.
  4. Masukkan ayam dan hirisan bawang, gaul sebati. Hidangkan bersama nasi putih.


*******************************************************************


APAM PUTERI AYU


Bahan-bahan ( 40 biji - bergantung pada saiz acuan )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
  4. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  7. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  8. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
*****************************************************************

APAM PISANG

Bahan:-
  • 8 biji pisang emas
  • 7 sudu besar gula pasir (sebab pisang siam ni kurang manis)
  • 1 biji telor
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 sudu besar santan
  • tepung gandum secukupnya (+- 1 1/4 cawan)
Cara Membuat:-
  1. Didihkan air periuk kukusan.
  2. Pisang dilecek bersama gula hingga hancur.
  3. Masukkan telor, soda bikarbonat, santan dan tepung. Gaul rata dan sebati seperti bancuhan membuat jemput pisang.
  4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8inci.
  5. Kukus selama 30 minit hingga permukaan kuih berwarna keperangan/masak.
  6. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.



*****************************************************************


KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)

Bahan A:-
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
******************************************************************

LEPAT PISANG

Bahan:- ( 7 - 8 keping)
  • 8 biji pisang emas/berangan
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cawan santan pekat
  • sedikit kelapa muda parut digaul dengan sedikit garam
  • daun pisang secukupnya (dilayu atas api perlahan, buang bahagian keras tepi, lap dan belah lebihkurang sejengkal lebar daun)
Cara-Cara:-
  1. Panaskan periuk kukusan.
  2. Dalam mangkuk lecek pisang dengan gula hingga gula dan pisang hancur sedikit.
  3. Masukkan santan, garam, dan tepung. Gaul rata.
  4. Ambil daun pisang dan letakkan 2 - 3 sudu besar adunan pisang di tengah2 daun. Letak inti di tengahnya dan gulung daun pisang. Lipat kedua2 bahagian tepinya biar kemas. Buat hingga habis.
  5. Letak/susun dalam periuk kukusan. Kukusan selama 12 - 15 minit hingga masak/kelihatan daun pisang kekuningan.
***********************************************************

KUEH BOM PISANG

Bahan:-
  • 600 gm pisang ranum (*ummi guna pisang berangan)
  • 1 biji telor
  • 120 ml susu segar/santan
  • 60 - 70 gm gula pasir
  • 210 - 230 gm tepung gandum (leh adjust laa)
  • 1 camca teh soda bikarbonat
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk, lecek pisang dan masukkan telor, susu dan gula.
  2. Ayak tepung, soda dan garam ke dalam adunan. Kacau rata. (Adunan hendaklah agak keras, jika lembik bentuknya tidak akan bulat semasa menggoreng).
  3. Biarkan adunan selama 2 jam barulah bentukkan bulat dan goreng dalam minyak panas hingga berwarna kecoklatan. Toskan minyak dan hidang.

No comments: