Thursday 28 July 2011

KHASIAT MAKANAN

TELUR

Telur ayam kampung amat tinggi permintaannya kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil dari pemakanan yang asli dan organik, iaitu bebas dari bahan kimia

Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10% cangkerang, 30% kuning telur dan 60% albumen (mengikut berat).

kandungn kolestrol telur itik adalah tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 mg bagi setiap gram kuning telur

Kandungan telur kaya dengan protein, vitamin dan lemak yang mudah dihadam

punca mineral perlu dan mengandungi kalori yang rendah

Bahagian putih telur ini mengandungi protein-albumin dan tidak mengandungi vitamin larut
lemak

agak unik ialah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil ‘avidin’, iaitu sejenis bahan antibiotic semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur itu

Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak

Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang

Sebiji telur juga mengandungi :
  • 0.7 mg zink
  • 1.2 mg besi
  • 5.5 mg magnesium
  • 16 mg inositol
  • 27 mg kalsium
  • 76 mg potassium
  • 253 mg choline
  • 100 mg fosforus
  • 590 unit vitamin A

Selain daripada yang disebutkan di atas, telur juga mengandungi :

  • lecithin,
  • tryptophan,
  • pyridoxine (B6),
  • biotin,
  • asid folik,
  • riboflavin (B2),
  • thiamin (B1),
  • asid pantotenik (B5),
  • selenium,
  • asid amino,
  • methionin
  • cystin.
choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah


Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung.

Choline di dalam kuning telur juga diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer

Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.

Makan telur semata-mata tidak akan menyebabkan kita sakit jantung tetapi kemungkinan besarnya adalah disebabkan oleh diet yang tidak seimbang atau tidak ketentuan kandungan dan masanya

Zat-zat makanan seperti vitamin C, niasin, magnesium, zink, kromium, lecithin dan beberapa faktor lain seperti karbohidrat serta senaman yang kerap boleh mengekalkan tahap kolesterol pada kadar yang seimbang dengan menggunakan badan dan mengelakkan daripada penyakit atherosclerosis, di mana pembuluh darah tersumbat dan menimbulkan berbagai kesulitan.

Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur juga menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.

Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44%!

Oleh itu, makanlah sebiji atau dua biji telur sehari, sebagai sumber makanan yang seimbang dan murah, kecuali mereka yang menghadapi penyakit jantung yang berisiko tinggi

Telur tidak boleh disimpan lama atau disimpan di tempat yang panas kerana sulfur yang terkandung di dalamnya akan menjadi rosak dan akhirnya busuk

Kita memerlukan sulfur dan bahan-bahan lain seperti selenium untuk membina kulit, rambut, kuku dan juga membina asid-asid amino dalam sel-sel otak dan untuk membina unsur-unsur garam sulfuric dalam sendi-sendi tulang.

Telur boleh dimakan semasa sarapan pagi dalam bentuk separa masak. Jika direbus keras, lechitin akan rosak.

Menggoreng telur pula akan meningkatkan kalorinya dan merosakkan lecithin.

Walau bagaimanapun, memakan telur masih merupakan satu cara yang baik dan murah untuk kita mendapatkan tenaga tambahan dan keupayaan berfikir.

Ia merupakan anugerah Allah yang istimewa kepada manusia.

No comments: