Sunday, 23 August 2020

IKAN MASAK LEMAK TEMPOYAK

 

Hari ni aku rasa macam nak masak lemak tempoyak 

Terus wasap encik suami beli kan bahan2 yang takde kat rumah macam ikan , daun kesum , bunga kantan pastu bahan2 sampingan macam salad jugak tomato 😃

Aku rebus je menu ni mula2 aku kisar cili padi , kunyit , santan , tempoyak , air kemudian tuang dalam kuali masukkan perasa garam , hilal , daun kesum , bunga kantan pastu baru ikan di sebabkan takde ikan patin jadinya ikan kembung pun jadi lah 😃 masak hingga kuah pekat sket siaplah 😘👍 Sedap sesekali layan menu camni kan 😄

 

 

MONOREL CAFE

 

 

Al Kisah sesekali aku ade jugak ke sini tapi tak pernah masuk ke cafe nya 😃 jadinya saje2lah aku datang ke sini lepas selesai urusan aku tu encik suami pun ok je jadi marilah kita masuk hehe

Masa aku masuk takde orang lagi tapi tak lama lepas tu makin ramai pulak masuk 😄 


Aku order Nasi Lemak Ayam goreng sama jugak encik suami tapi beliau ambik ayam rendang rasa ok lah cuma harga mahal sketla 😄

Saturday, 22 August 2020

CEKODOK PISANG RANGUP

 

Hi korang wat ape je hari minggu ni? Aku santai2 tengok Asian Food Network sambil taip entri ni dengan bunyi orang mesin rumput kat luar tu 😉 dalam kepala ingat nak keluar cuci mata cari baju2 warna kelabu tema jimba2 dengan kawan2 coming soon ni trip keeeee biarlah rahsia dulu hihi 😉 baru perasan aku dengan encik suami takde baju jalan2 warna kelabu , nampak gaya kena lah gi cari aku 3 pasang encik suami 3 pasang sebab trip nanti 3 hari 2 malam , tengoklah kalau rajin nak keluar tu kan harap2 tak hujanlah 😄 musim hujan kan sekarang...

 Pagi ni aku masak cekodok pisang lepas sekian lama aku tak masak menu berasaskan pisang haha padahal sedap je kot cekodok pisang ni kalau masak tiap2 hari pun tak jemu 😃

 

 

 Aku masak cekodok pisang ikut resepi atas ni , memang menjadi & sedap 😘 rangup je bahagian luar makan panas2 adoilaaaa sedap sungguh haha begitula bila lama tak masak cekodok pisang ni kan 😄 

Pisang ni aku beli kat kedai runcit dekat2 rumah aku je , selalu lalu memang nampak je pisang bergantungan tapi tak rasa pun nak beli padahal sedap tu buat cekodok pisang kan hehe atau menu2 lain 🤣

Monday, 17 August 2020

MAKAN MALAM DI FOOD COURT ANGSANA MALL

 


                       Nasi Goreng Ayam  

        Nasi Goreng Ikan Masin Telur Mata

Saturday, 15 August 2020

MAKAN TENGAHARI DI FOOD COURT AEON KLEBANG

  

Hari ni encik suami cuti , jadinya aktiviti jalan2 on macam selalu kalau takde ape2 nak buat di rumah 😃 encik suami nak gi jumpa kawan beliau ada urusan sket aku macam biasa ikut je lah ke mana2 pun 😄 aku kan suka je jalan2 ni hehe best betul hidup tanpa terikat dengan tempat kerja macam dulu2 seperti burung bebas di angkasa menyanyi riang sesuka hati tanpa rasa tekanan atau bosan dengan perangai manusia2 di luar sana yang penuh dengan agenda tersendiri 🤣 gitu permulaan entri aku haha

Di food court lepas pusing2 tengok menu2 kami stop di gerai nasi thai , masakan thai memang cukup rasa kan tu yang kami pilih gerai tu 😄 

Encik suami order nasi daging blackpepper sauce dengan telur dadar , sedapla jugak 😘

Aku order air mocha choc , rasa oklah share dengan encik suami 😃 biasala aku selalu tak habis minum membazir je jadinya baikla share je hehe


Aku order Nasi Goreng Jawa , sedaplah jugak licin aku makan hehe ke sebab tengah lapar 😃 dapat pulak panas2 kan , dah selesai semua jalan2 kat daiso & diy jap cari hadiah besday kami pun balik 😍

Friday, 14 August 2020

MAKAN MALAM DI NAN STATION 18


Malam ni aku dengan encik suami keluar atas urusan hp encik suami , lepas selesai kitorang gi beli makanan kucing kat kedai RM2 , kuat makan betul anak2 bulus kat rumah aku ni 😄 pastu terus gerak jalan2 cari makan , last2 terus ke Nan Station 18 je sebab kawan aku dengan suami beliau pernah makan kat sini jadinya aku pun ajak encik suami ke situ je 😘

Tengok  buku menu aku order Nasi Lemak Ayam Goreng 2 pastu air Coklat dengan mineral water , Alhamdulillah sedap jugak  

 Harga nasik rm8 , air coklat rm6


Pastu gtau kawan2 aku yg aku dah dtg sini 😄 dorang suggest try burger cheese dia tp dah kenyang lain kali je lah 😄 mungkin akan datang dengan dorang pulak


Wednesday, 12 August 2020

NASI KANDAR MARRYBROWN

Hari tu suami ajak g makan tengahari kat MarryBrown , aku macam dah nape nak gi situ , pastu katanya ada menu baru , aku macam oh ye ke jomlah tengok ape menunya , rupanya menu tu nama Nasi Kandar makanya kami pun order pastu tambah Churros Coklat 😃

Lepas order duduk di kerusi buai tu 😄 Masa ni takde orang sangat tu yang aman je nak makan & pilih tempat 😘  


Churros Coklat saja je aku nak cuba 😃 apakah rasanya , rupanya rasa macam donut je hehe ok lah boleh layan 


Monday, 10 August 2020

APA AKU BELI DENGAN RM50 E-WALLET TOUCH N GO

 

Hari ni baru aku ada kesempatan keluar gi shopping mall nak try guna e wallet rm50 tu 😄 mulanya aku nak guna untuk makan2 tapi ada yang kata guna cash saje ade yang kata line slow ade pulak kata sistem down dah 4 hari hmmm terus aku ke mall beli bahan2 dapur je 😄 tgk2 kat kaunter ada touchNgo e wallet tu hehe yahuuu bolehla cuba , tapi once jejak dalam mall tu terus aku blur aku nak beli ape sebenarnya ni hehe 🤣 maklumla duit gov bagi mcm tak reti pulak nak guna haha tapi bila dah guna pastu belek2 baru rasa lagi mudah beli bhn2 atau ape je altiviti kita guna e wallet ni ada cash back lah ada discount lah mcm2 lagilah 😍👍

Ni lah hasil tangkapan di mall tadi 🤣 masa ni aku tunggu suami aku beliau ke toilet sebentar 

Susu pekat kat umah habis jadi aku amek 1 je tak berani amek byk2 😃  

Pastu aku amek biskut ni , walaupun ade je lagi biskut2 lain tapi yang ni biskut cicah kopi kegemaran dulu2 mesti ambik jugak        

Mengenangkan jem coklat kacang ada lagi aku capai jugakla roti gardenia ni 😃

Ada pagi tadi aku buatkan kueyteow sup kat encik suami ingat pagi esok bolehla buat lagi sup ayam ke makan dengan kueyteow kan 😘 alang2 kasi licin kueyteow takla bazir je kan hehe


Tiba2 encik suami ambik beras ni ewah2  😄 so tak bykla sgt brg2nya sebab dah hamek beras ni kan sebab baki e wallet aku R.0.75 ajerrr pasti haha

Pasni aku rasa mudah je lah nak shopping ape2 tinggal nak scan je kat kaunter pakai e wallet ni kan 😃 

Apepun Alhamdulillah...berjaya jugak aku belajar cara2 guna & belanja e wallet ni 👍😍  

 

 

Saturday, 8 August 2020

NASI LEMAK SAMBAL PETAI vs KOPI MADU KELULUT

 

Pagi ni aku cuma goreng ikan masin dengan telur je sebab malam tadi aku dah masak nasik , buat sambal petai , goreng ikan bilis dengan hiris timun makanya bila pagi mudah je lah kerja aku kan 😄 bila rajin je aku masak la nasik lemak ni haha bukan senang nak rajin kan kihkihkih 

Cara aku masak nasik senang je , aku cuma tambah hirisan halia , halba , garam dengan santan

Kebetulan bahan2 memang dah ada tu yang jadi nasik lemak tu 😃

Dah tekan ON kat periuk nasik aku goreng ikan bilis pastu buat sambal petai , dah siap semua baru aku hiris timun

Siap semua baru ke ruang tamu rehat2 layan tv atau social media 😃

Pagi aku cuma goreng telur dengan ikan masin pastu panaskan yang aku masak semalam 😘
Alhamdulillah pagi2 makan nasik lemak kenyangnya tu lama la sket kan 😃 layan pulak dengan Kopi Madu Kelulut sedap ni memang terbaiklah pagi kami 😍👍


Korang nak rasa Kopi Madu Kelulut ni bolehla roger2 aku 01110756170 suami aku jual 😍 sekarang ni memang kami hari2 layan kopi ni sebab banyak khasiat dia untuk kesihatan kesegaran sepanjang hari , sedap pun sedap 👍 

Saturday, 1 August 2020

MASAK MASAK 'AIDIL ADHA



Hari ni abg aku wasap bagitahu nak datang rumah , tanya sama ada aku ada kat rumah ke tak? Walaupun bahan2 masak tak lengkap tapi aku ajak dorang makan tengahari kat umah , abg aku ok je , terus aku masuk dapur siap2 bahan2 nak masak 😃


Aku masak Nasi Minyak guna minyak sapi , bawang merah , halia , kulit kayu manis , bunga lawang , buah pelaga ( tumis hingga kekuningan sket ) dengan kuah sup ayam pastu tambah garam tekan on dah biar dia masak 😄 


Dina satu2nya anak buah perempuan yang lain semua lelaki 😄 suka makan laicikang yang aku buat walaupun lain2 tak berapa nak makan sangat 😃


Aku kacau alimin sebab sibuk je dia nak main game 😄 tu yang rupa camtu hehe 


Pastu terus sambung main game ish2 budak2 zaman sekarang kan grrrr 😄


Dengar macam ada orang jual aiskrim terus abang aku belanja aiskrim 😘🍦👍
 

Malu2 meow tak nak bergambar pulak dia 😄
 

Adam dengan Uzair ngendap kucing2 kat luar 😄 geram nak pegang berdesup lari haha dahla comel2 je kucing2 tu

Ujey candid depan cermin 😄