Hari ke 9 berpuasa kawan2 aku ajak berbuka sama2 di luar , lepas berbincang itu ini tukar idea mana nak berbuka kami pun bercadang berbuka puasa di Panchor Corner ni 😍💪
Aku dengan encik suami sampai awal dalam jam 6 petang lebih 😁 terus ke kaunter tanya meja yang dah ditempah sehari awal tapi yang tempah tu Hafiz suami Qilah tapi ok je sebab dah tempah 1 meja 8 orang dari group yang sama kan
Terus inform kawan2 Txcj bagitau dah sampai 😄 aku dengan encik suami dari bandar ada urusan sikit hehe misi mencari petai sebenarnya ha ha buat masak untuk sahur nanti sebab ikan bilis dah ade punyelah susah nak jumpa petai sekarang ni mungkin sebab bukan musim petai berbuah kan sampai ke sudah tak jumpa last2 aku ajak encik suami singgah SSF jap cuci mata tengok barang2 hiasan dekorasi rumah sebelum ke tempat berbuka 😄
Ni lah meja kami tu depan kaunter je 😁 santai2 berbuka sampai kami yang paling last bangun balik hehe
Tunggu Hafiz , Qilah , Faris , Iqin , Fizi , Eka sampai 😍💪
Sementara tu encik suami gi lawat kawasan 😄
Dengan qilah kitorang gi amek menu2 dulu sebelum ramai orang datang
Encik suami ke bahagian kambing panggang dulu , sedap kambing panggang ni lagi2 bila dicurah dengan sos lada hitam 😘👍
Bahagian pencuci mulut , pelbagai kuih muih , kek2 , buah2 ada
Dah amek menu2 yang nak dimakan duduk tunggu azan berbuka 😍💪masa ni makin ramai yang datang penuh 1 restoran bagi yang dah tempah awal
Dengan Eka isteri fizi orang last sampai sebab fizi balik kerja lewat sikit balik rumah dulu siap2 semua baru bertolak datang
Encik suami amekkan gambar 😁 monopod rosak pulak hehe
Iqin dengan Faris makan dulu 😁 Faris siap baca doa tu berbuka awal hehe
Alhamdulillah perancangan berbuka di luar berjalan lancar lepas banyak kali nak tunda sebab pemilihan tempat semua maklumla banyak orang banyakla ideanya kan 😄 insyaAllah ada 1 lagi perancangan berbuka di luar tapi belum bincang tempat di manakah? tungguuuuu 🤣 Oklah aku dah mengantuk menaip ni nak sahur pulak nak masak ape pun tak tahu lagi ni senang2 nasik goreng pastu goreng telur je kan 😄 Wassalam....💕
Menu2 Iftar Ramadhan hari ke 9 :-
*RABU 21/4/2021*
*Main Menu*
- Nasi Putih
- Nasi Goreng✔ - Gulai Kawah
- Patin Tempoyak
- Asam Pedas
- Tomyam Seafood
- Ayam Masak Lemak✔ - Sambal Tumis Sotong Kembang
*SAYUR*
- Baby Kailan Ikan Masin
- Masak Lemak Putih
*IKAN BAKAR*
*AYAM BAKAR*✔ *KAMBING BAKAR*✔
*Side Dish*
- Laksa✔ - Pasembur
- Tauhu sumbat
- Tempe Goreng
- Telor Dadar
- Kerabu Perut
- Pekasam lenggong
- Ikan masin & telur masin
- Aneka ulam-ulaman kampung
- Sambal belacan
- Sambal tempoyak
- Sambal kelapa@Kuinin
- Budu
- Air asam
*Dessert*
Cucur Bawang
Beraneka kuih-muih✔ Rojak Buah
Buah-buahan
Puding✔ & kek✔ Bubur Kacang
*MINUMAN*
- Kordial
- Lemon Asam Boi✔ - Milo Ais
- Kopi O✔ Ais Batu Campur (ABC)
Aiskrim✔