Thursday, 23 June 2022

D1 CAMPING @ NAKAWAN CAMPSITE , PERLIS

 


 


 Santai jap di Monorel Cafe sementara tunggu ETS sampai


 Layan makan Nasi lemak Telur Mata dengan Teh Tarik dengan Teh O Limau

 


Lama kan tak naik ETS biasalah dah purba ni tak seaktif zaman muda2 dulu hehe 


  Alhamdulillah aku sampai di KTM Alor Setar jam 2.44 petang , terus ke Pekan Rabu makan tengahari , apalagi cari Laksa lah hehe dengan air teh tarik , makan dengan tapau laksa sekali bawak balik kampung , encik suami pulak order nasi ayam dengan nescafe , santai2 jap baru balik kampung , anak buah aku Ammar dah call tu seronok tunjuk barang2 dah beli untuk berkhemah hehe amboiii budak2 seronoklah yang purba ni nak buat ape kat hutan?🤣


 Sedap laksa kat Pekan Rabu ni menepati tekak aku jadi aku bungkus 2 bawak balik kampung


Barang2 yang aku bawak balik , barang2 berkhemah je tu lain2 tambah sikit2 


 Ni adik aku siap bekalan air mineral nak frozenkan bahan2 perapan macam ayam perap dengan satay daging

 


Anak buah aku Ammar tunjuk bahan2 masak nanti masa berkhemah 😊 seronok sangat dia nak gi berkhemah hehe

 


 Alhamdulillah sampai ke Nakawan Campsite


Antara kemudahan2 yang disediakan di tapak khemah Nakawan BaseCamp


 Tengah aku , encik suami , adik terkial2 nak pasang khemah unta saiz L ni tiba2 datang adik2 dari sekolah maahad tolong pasang , alhamdulillah hehe mungkin cikgu dorang nampak kami cuba pasang besi khemah asyik tergolek kiri kanan je tak naik2 khemahnya ha ha maklumla pertama kali nak pacak khemah kan ha ha


 Adik2 ni mesti selalu berkhemah kan? bagus  dorang ni cekap pasang tengok macam dah biasa berkhemah ni


Perkemas khemah jap gigih pasang khemah malam haa menjawablah lenguh abeh hehe


 Dah siap pasang khemah ni aku nak pasang tali pulak bagi khemah betul2 tegap


 Masa kami sampai dah ada beberapa khemah kat situ bila dah dekat malam ada dalam 10 khemah jadi memang tak sunyi lah kawasan situ lampu pun dipasang lagi2 khemah aku dalam 20 langkah je nak ke bilik air atau tandas , ada 2 tandas dengan 2 bilik mandi , tekanan air pun kuat puaslah nak mandi manda dalam tu hehe cuma tempat sangkut baju lah takde dalam tu harap pihak khemah dapatlah pasang tempat ampai dalam tu senang nak letak barang2 atau baju mandi kan? 


 Budak2 apalagi tak sabar2 nak berendam hehe


 Ada baby kecik takla boring sgt berkhemah kan


                     Ammar n ayra 


                  Antara jiran2 kami


                 Antara jiran2 kami


               Antara jiran2 kami


 Encik suami testing duduk dalam khemah


 Groundsheet adik aku , nanti aku kena beli besar sikit


Ammar yang seronok nak berkhemah 

 


 Khemah aku depan tiang lampu ni je malam2 memang tak gelapla sangat pastu ada plug tu , esoknya sepupu aku nak datang aku pesan beli plug bulat tu dengan soket 3 lubang senang nak charge tepon kan


             Adik aku masak telur dadar


 Suasana malam di Nakawan Campsite , tenang & santai je jiran2 pun ada yang belum tido sampai aku pun jam 3 pagi tak tido sebab berubah tempat tido kan dengar lagi dorang borak2 gelak2 kereta masuk keluar

 

DAY 2 @ NAKAWAN CAMPSITE

 


Aku terfikir kan ape je aktiviti yang boleh dibuat masa berkhemah , kalau budak2 tu yelah seronok mandi sungai , mandi kolam , makan , tido hehe kalau yang purba2 ni? lagi2 hujan pun turun sikit2 hanya yang dibuat masak , makan , borak2 , basuh pinggan mangkuk , ambik angin tinjau kawasan sekitar pastu ulang aktiviti yang sama heeee mungkin sebab aku baru mula jadi mana boleh bandingkan dengan orang2 yang kerap keluar berkhemah kan?  


Menu pagi tu kami masak mee goreng dengan air Teh Tarik & Kopi Madu Kelulut , gigih kan ha ha sesekali masak di luar


Siap dah masak , masa ni tengah tunggu budak2 balik dari mandi kolam dengan sungai , apalagi pakat kelaparan lepas berendam lama

Petang sikit sepupu aku Cik ala datang hantar barang2 camping tambahan yang kami nak guna sampai sesatlah kereta duduk atas bukit sempit tak berani nak undur balik hehe geng gi selamatkan abang , adik dengan aku lah dalam hujan renyai2 tu haha lawak betul dengan abang aku berkain pelikat lari2 naik bukit gi tolong sempat adik aku rakam tu haha nanti boleh tunjuk balik kat dia hihi


Pas rehat2 makan2 kami jalan2 tinjau kawasan , nak buat apa lagi kan heee

Tengah jalan2 tangkap aidil jap sibuk tak nampak muka asyik berendam je dalam kolam heee


 Ajak sepupu aku tido khemah sekali tapi dia dah janji nak balik rumah abang dia sebab anak buah Awatif balik dari Shah Alam lain kali pulaklah tido khemah


Petang2 sikit baru mula bakar2 satay ayam , daging dengan sosej , masak banyak sikit pastu bagi sikit dekat jiran2 sebelah tu pun tak habis sampai ada lagi bawak balik


 Aktiviti waktu malam kami , borak2 , makan2 , main2 dengan ayra penyeri malam bising je dia waktu malam lah nak keluarkan suara dia hehe 1 tapak khemah boleh dengar kot hehe


              Santai2 malam 


Suasana malam ada lampu2 warna warni pengawal datang bukak jadi tak gelaplah kawasan 

 Aku taip ni pun dah jam 12.47 tengah malam , baru balik toilet tadi encik suami teman jugak walaupun dekat je dengan khemah kami hihi , aku bukan penakut cuma cuak je sebab aku tengah cuti kan heee balik khemah tengok abang aku ada santai2 kat luar khemah mungkin tengah mengopi...

Ok waktu2 sekarang ni encik suami dah sambung tido pastu aku dengar ada jiran2 khemah yang belum tido jugak sebab dengar dorang borak2 , hujan sikit2 macam nak habis dah tapi ntahlah harap tak lebat suhu pulak 27 darjah celcius nyaman je suhunya sedap tidolah hehe

 Ada dalam 8 khemah aku kira tadi , 4 baru datang berkhemah dan sekarang jam 1.11 pagi pun ada yang masih borak2 pastu menu makan malam kami buat bbq daging , ayam dengan sosej.

 

 

 

 

Wednesday, 22 June 2022

STRAWBERRY CELUP COKLAT

 


 Masa ada urusan di Tapah tiba2 encik suami dapat tepon gi urusan di Cameron hehe seriuslah nak naik Cameron ni? dahla petang dah tapi sebab penting kami teruslah menuju puncak ewah 😄💪 cuaca sejuk je lagi2 awan mendung sepanjang jalan...


Sesekali sampai kat Taman Sedia ni tak pernah pulak aku nak masuk dalam Opah Strawberry & Jems ni tapi sebab belum masuk jadi aku pun apalagi terjah lah ke dalam & order menu tak ramai pun pelanggan lagi masa ni tapi bila dah semakin petang ramai mula masuk mungkin pelancong2 yang tengah bercuti datang makan


Sebab datang dah petang hanya tinggal beberapa menu je masa ni , ada jugak kebun strawberry kat kawasan meja makan kami tapi belum berbuah lagi 


Banyak kali jugak aku naik cameron ni perasaan tetap sama seronok betul tapi kalau menginap sini mungkin tidak sebab aku suka cuaca yang sederhana saja sesekali layan cuaca yang sejuk oklah bukan selalu atau hari2 hehe 


Aku order Cheese Scone , Nasi Lemak Ayam , Sambal Strawberry , Telur Goreng , Teh Anggur dengan Teh O Limau sebagai makan malam kami , ada macam2 perisa scone aku tengok macam nak semua je hihi tapi sabar boleh datang makan satu2 hihi sedap sungguh layan makan dalam suhu yang sejuk & nyaman ni kan...


Buah Strawberry kawan aku qilah punya

 Segar2 je buah strawberry ni kan? geram je tengoknya merah2 segar lagi tu


 Serius aku bukanlah seorang yang suka sangat2 nak makan strawberry pastu yang celup2 coklat tu tapi sebab selalu je baca & dengar orang cakap sedap makan camtu aku pun cubalah beli 1 pek jugak harga RM20 tu alang2 kawan aku qilah pesan belikan strawberry kat dia jugak sebab anak dia iqin yang umur 4 tahun tu memang suka minum jus strawberry kawan aku buatkan...

 Dekat Taman Sedia tu aku beli strawberry ni depan Dahlia Homestay tu ada pulak coklat celup2 jadi aku beli lah 2 bekas harga 1 bekas tu RM4 je

 Bila balik aku rendam jap strawberry tu basuh sikit terus celup coklat & makan hmmm oklah bolehlah layan makan santai2 heee

Saturday, 11 June 2022

ANNIVERSARY 12 @ CAMERON HIGHLANDS DAY 2

 



Aku terjaga jam 5.20 pagi ni , sejuk suhu pagi ni dalam 16 darjah celcius , dari bilik hotel boleh dengar laungan azan apalagi terus bangun ambil wudhuk & solat , lepas tu aku bancuh lagi strawberry teh tarik tu hmmm sedapnya minum panas2 suam dalam suhu sejuk kan 😍 siap2 pastu turun makan kat kedai jam 7.15 pagi


 Menarikkan nasik lemak kedai Bunda ni? kedai ni siap semua menu pastu sendiri layan semua dah ada bagi aku senanglah camtu kan....tapi nak refill minuman tu kena lah bayar jugak bukan percuma hehe


 Bismillah..jom makan , total menu pagi ni RM20 dah makan naik bilik santai2 sebelum check out...

 


Kami pelanggan awal masuk sarapan kat kedai ni 😘 

 Lepas sarapan jam 10 pagi camtu kami ke Taman Sedia sebab nak ke Opah Strawberry kawan aku pesan beli strawberry dengan scone pastu dengan aku beli sama hehe 

 


Scone 4 perisa dengan jems RM23 1 bekas tu

 


 Masa ni aku dengan encik suami singgah jap kat Masjid Kayangan Brinchang buat solat jama' pas siap semua kami gi makan kat kedai Nik Ikan Bakar belakang masjid ni je jalan kaki sikit tepi masjid


Kawan aku cik farah cakap sedap masakan kat kedai makan Nik ikan bakar ni jadi aku pun nak cubalah 😄 sekali suap wah memang sedap2 pun patutla kawan aku tu rajin singgah makan sini kalau naik Cameron , menu aku order macam nasi putih , Telur Dadar , Sup Cendawan Ikan Masin , Ikan Bawal Masak 3 Rasa , Tomyam Cendawan , Sambal Belacan , Timun , Air Sirap Ros special , Teh O Limau semua menepati tekak aku 😘


Tomyam Cendawan pun sedap

 Siap makan semua kami pun bertolak balik hujan sepanjang jalan dengan kabus kiri kanan rasa macam masuk alam mana ntah hehe