Thursday 23 June 2022

DAY 2 @ NAKAWAN CAMPSITE

 


Aku terfikir kan ape je aktiviti yang boleh dibuat masa berkhemah , kalau budak2 tu yelah seronok mandi sungai , mandi kolam , makan , tido hehe kalau yang purba2 ni? lagi2 hujan pun turun sikit2 hanya yang dibuat masak , makan , borak2 , basuh pinggan mangkuk , ambik angin tinjau kawasan sekitar pastu ulang aktiviti yang sama heeee mungkin sebab aku baru mula jadi mana boleh bandingkan dengan orang2 yang kerap keluar berkhemah kan?  


Menu pagi tu kami masak mee goreng dengan air Teh Tarik & Kopi Madu Kelulut , gigih kan ha ha sesekali masak di luar


Siap dah masak , masa ni tengah tunggu budak2 balik dari mandi kolam dengan sungai , apalagi pakat kelaparan lepas berendam lama

Petang sikit sepupu aku Cik ala datang hantar barang2 camping tambahan yang kami nak guna sampai sesatlah kereta duduk atas bukit sempit tak berani nak undur balik hehe geng gi selamatkan abang , adik dengan aku lah dalam hujan renyai2 tu haha lawak betul dengan abang aku berkain pelikat lari2 naik bukit gi tolong sempat adik aku rakam tu haha nanti boleh tunjuk balik kat dia hihi


Pas rehat2 makan2 kami jalan2 tinjau kawasan , nak buat apa lagi kan heee

Tengah jalan2 tangkap aidil jap sibuk tak nampak muka asyik berendam je dalam kolam heee


 Ajak sepupu aku tido khemah sekali tapi dia dah janji nak balik rumah abang dia sebab anak buah Awatif balik dari Shah Alam lain kali pulaklah tido khemah


Petang2 sikit baru mula bakar2 satay ayam , daging dengan sosej , masak banyak sikit pastu bagi sikit dekat jiran2 sebelah tu pun tak habis sampai ada lagi bawak balik


 Aktiviti waktu malam kami , borak2 , makan2 , main2 dengan ayra penyeri malam bising je dia waktu malam lah nak keluarkan suara dia hehe 1 tapak khemah boleh dengar kot hehe


              Santai2 malam 


Suasana malam ada lampu2 warna warni pengawal datang bukak jadi tak gelaplah kawasan 

 Aku taip ni pun dah jam 12.47 tengah malam , baru balik toilet tadi encik suami teman jugak walaupun dekat je dengan khemah kami hihi , aku bukan penakut cuma cuak je sebab aku tengah cuti kan heee balik khemah tengok abang aku ada santai2 kat luar khemah mungkin tengah mengopi...

Ok waktu2 sekarang ni encik suami dah sambung tido pastu aku dengar ada jiran2 khemah yang belum tido jugak sebab dengar dorang borak2 , hujan sikit2 macam nak habis dah tapi ntahlah harap tak lebat suhu pulak 27 darjah celcius nyaman je suhunya sedap tidolah hehe

 Ada dalam 8 khemah aku kira tadi , 4 baru datang berkhemah dan sekarang jam 1.11 pagi pun ada yang masih borak2 pastu menu makan malam kami buat bbq daging , ayam dengan sosej.

 

 

 

 

No comments: