Saturday, 8 March 2014

PESAWAT MAS BOEING MH370 'HILANG?'





Rasa terkejut juga dengar berita pesawat MAS MH307 hilang setakat ni belum dapat dipastikan dimana ia berada..


 Semoga sama2 kita berdoa semua berada dalam keadaan selamat walau dimana mereka berada dan inshaaAllah akan dijumpai sikit masa lagi.


Bila dengar berita camni terus haku macam gementar sikit
yelah sebab setiap kali kalau haku naik flight mesti akan ade 1 perasaan yang tak dapat dipastikan melainkan perasaan nak cepat2 sampai dan mendarat dengan selamat ke destinasi yang dituju.


yang agak cuak tu bila semasa penerbangan terdengar bunyik mikrofon dari pilot yang cakap cuaca tidak berapa baik,diminta semua duduk ditempat duduk masing2..masa tu memang dup dap dup dap la jantung kan doa byk2 semua ok2 je...:)


ada sekali tu pulak bila flight masuk dalam awan haku nampak putih je kat luar tingkap tu n flight berlanggar dengan awan,bergegar la sket kan flight time tu n skrin route perjalanan pun gelap je aduh memang cuak kot just mengucap byk2 je time tu n doa semoga semuanya selamat.


ade sekali tu haku n cik farah masing2 diam je zikir byk2...
apepun kita selalu je berdoa dan baca doa menaiki kenderaan walau dimana kita berada kan

InshaaAllah haku harap semua berada dalam keadaan selamat pergi dan balik Amin...semoga penumpang2 pesawat MAS MH307 pun selamat Amin.

 Semoga ALLAH S.W.T membantu usaha pencarian pesawat MAS MH370.
Amin.

 SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.

PUMPKIN SOUP WITH GARLIC BREAD





Salam pagi jerebu hihihihi ;p
best tak pagi2 dah blur2 tgk keadaan kat luar tu
eh kabus ke jerebu tu ek??
sambil garu2 kepala ;p
lepas tolak sliding door je terusssss bauuuu asssaapppp
grrrrrr terus kesedihan tutup balik sliding door tu n pasang kipas semaksima boleh
eh geram pulak haku dekat orang yang bakar membakar ni
terbakar lak hati haku yang dah lame terpendam haba pelakuran dek perangai manusia yang pentingkan diri sendiri pastu tak fikir jangka panjang
takleh fikir eh??? kesiannnnnn meh nak lepuk sket leh??? ;&
dah tenangkan diri walaupun sakit mata ni ha tgk keadaan kat luar tu haku siap2 jugakla sarapan utk pagi ni
PUMPKIN SOUP WITH GARLIC BREAD
haaa ala2 western sarapan pagi ni
yelah kat luar tu anggap je la macam kabus2 oversea hahahahahaha ;p
western meal plus kabus2 hihihihi ;p

k lah meh haku kongsi sebelum haku nak sambung tido balik ;p



 roti perancis non ado so pakai roti gardenia je bulat2 kan pastu sapu je butter yang dah digaul dengan bawang putih dihiris halus dengan daun parsley yang juga dihiris halus pastu masuk oven jap suhu 150 darjah celcius selama 25 minit




 pumpkin soup n garlic bread dah siap pun :)
pumpkin soup tu blend je labu,gula,(bawang putih & bawang bombay yang dah digoreng dulu) pastu masak atas api letak cooking cream kacau2 sampai sederhana likat then add sket garam,serbuk lada hitam n lada putih.





okla layan sebab haku buat jugak side meal mihun sup simplessss :)



k dah nanti sambung sebab haku nak sambung zzzzzzzzzzz ;p



alaaaa haku tido kejap je pun tup2 pos laju dtg time haku tido tu grrr huwaaa bukan selalu dtg lepas zuhur ke? kene amek parcel kat pej pos la jawabnye...adeh! ;p


so pastu siap2la gi pejabat pos sekali rupenye kalau dpt surat baru tadi kena amek parcel esok la pulak..ooo ye ke baru tahu walaupun kat surat tu memang ade tulis ambil esok tapi esok cuti kan so better tanye dari tak tahu kan :)
balik je terus masak bihun tomyam kung pulak sebab bihun sup ade lebih tapi buat kuah tomyam kung lak ;p


 
roti garlic tadi bakar lagik sebab suke pulak deme kan :) 






Friday, 7 March 2014

Hentam Sajela Labu ;p




Hehe ;p
ini baru betul kene dengan tajuk ;p
dah takde idea nak buat ape dengan baki labu yang beli itu hari
makanya haku telah masak sesuatu ikut kepala sukati haku je ;p
inila Puding Biskut Digestive Labu Cheese hentam sajelah ;p
bila haku rase ok2 je la
tapi bila adik n encik somi makan dorang ckp sedap
errrr hape?? biar betol dorang ni ;p
dah tinggal suku pun erk!
ok la jugak main hentam masak2 ni kan? ;p kihkihkih
so ku persembahkan masakan ikut sukati haku ni ;p





Okla kan not bad ;p


Kadang-kadang  Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".
 

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang
  bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,
   maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana 
 labu itu menguatkan hati yang duka".


KHASIAT BUAH LABU


 *credit to google




              1.Vitamin A.               
Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.


2. Kulit Halus Berseri.  
Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.


3. Antioksida.    
Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.


4. Rabun Malam.   
Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.


5. Masalah Paru-Paru.   
Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum.   Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.




K alang2 kerajinan terus haku buat :

CARROT with PUMPKIN SEED JUICE :)





*KISAR :

- Biji Labu


- Gula


- Carrot


- Air Masak

* TAPIS & SEJUKKAN



senangkan? cubalah sedap minum sejuk2 :)

Thursday, 6 March 2014

Haaa Kannn??? :)





hehehe ;p
tu la agak2 la nak bising2 kat kawasan perumahan kan
kan dah kene tegur dengan polis peronda???
mesti ade penduduk yang tak puas hati korang memekak pagi2 buta tu kan
tu la agak2la takkan tak boleh fikir
nak kate kecik lagi nampak mcm dah besar panjang pun
haku tengok je dah tersenyum
TQ kat polis peronda :)
benda ni boleh fikir
malam2 orang bekerja nak rest2 rilek2 
pastu boleh pulak ekau2 memekak kan pepagi buta
dah kenapa tak boleh gi memekak kat stadium je
jauh dari kawasan perumahan kan
takde sape nak marah pun
tak pun siang2 time hari minggu ptg2 tu nak memekak pun memekak la kan
tapi janganla memekak pepagi buta tak kira hari keje atau hari minggu
mestila ade yang tak puas hati
tapi bagusla korang2 dengar nasihat polis peronda tu kan
aman penduduk kawasan perumahan haku ni heeeee
Alhamdulillah :)
keadaan dah aman seperti sediakala :)


Wednesday, 5 March 2014

AIR LIMAU KASTURI




Haa kan???
dah diam2 ;p meh tengok kerajinan haku malam tadi kihkihkih ;p
ku persembahkan air limau kasturi first time haku buat sepanjang haku tawen ni ;p
senang je rupenye????
sedap lak tu
apesal baru ku tahu??? ;p
hahahahaha memang nak kena debikla tu kan? ;p

 Limau Kasturi,Ais Ketul,Gula,Air,Asam Boi ( haku tak beli lagi esok baru beli ;p )











yg ni takde asam boi esok baru mintak encik somi gi beli :)
sedap wehhhh trylah :)


 AIR LIMAU KASTURI ASAM BOI

KISAR :

- 8 BIJI LIMAU KASTURI
- GULA
- KETUL AIS
- AIR

* TAPIS LEPAS KISAR

* MASUKKAN ASAM BOI